Friday, 22 August 2014

BILA ANGAH KENA LELONG


Jaga budak ni memang betul-betul mencabar.
Macam-macam hal.
Kali ni masih lagi cerita Angah masa kecil.

Masih lagi Acik ingat, masa tu keluarga Acik tinggal di Kuala Terengganu.
Setiap hari Jumaat malam, akan ada pasar malam
di Pantai Batu Burok.

Acik yang masa tu tinggal di Negeri Sembilan,
akan ke Pasar Malam Batu Burok tu la
bila balik ke Kuala Terengganu.

Sebelum masuk ke pasar malam tu, 
biasanya akan singgah ke taman permainan kanak-kanak di situ.
Kita bawak budak kecik ni, 
tak sah kalau diaorang ni tak merengek
kalau kita tak nak singgah kat tempat-tempat camtu.

Satu hari, Acik ke pasar malam dengan adik-adik Acik.
Nora dan Kiah.
Along, Angah dan Intan, Acik biarkan mereka main di situ.


Suka la hati masing-masing.
Naik ikut sini, turun ikut sana.
Naik sana, turun hujung situ pulak.
Nak menunjukkan suka tu, sampai terjerit-jerit panggil kita ni.

Memang ramai sangat orang kat situ.
Acik suruh Nora dan Kiah tunggu anak-anak Acik kat pintu gelongsor.
Minta pegang tangan masing-masing.
Dah Maghrib. Nak ke pasar malam pulak.

Along dan Intan dah turun.
tapi Angah tak turun-turun.
Kami bergerak dalam samar-samar tu, cari Angah.
Intai kat setiap pintu turun gelongsor.
Yang pastinya, Angah masih lagi belum turun dari atas.

Lama jugak kami cari. Nora dan Kiah bermati-matian cakap 
tak nampak Angah turun.
Acik putuskan untuk tinggalkan taman permainan tu.
Cari Angah di tempat lain.

Acik ke tempat Acik parking kereta.
Setiap kali selisih dengan orang sepanjang perjalanan ke kereta,
tengok kot-kot Angah ada di tangan mereka.
Tak ada!!

Cemas memang cemas.
"Apa la aku nak jawab dengan bapak dia ni nanti"
Jantung macam nak tercabut.
Lajunya jantung berdebar.
Masa tu tak de lagi cerita-cerita budak kena culik pastu kena kerat.
Kalau masa tu dah ada cerita tu,
Acik rasa Acik meraung kat situ dulu baru cari.

Sampai di kereta, Angah tak ada jugak.
Terjengket-jengket la kami 3 orang ni.
Tengok-tengok keliling tempat parking kereta.
Kot-kot nampak Angah.

Kali ni kami bergerak ke pasar malam.
Tempat yang kami harapkan dapat jumpa Angah.
Tapi mungkin ambil masa yang lama la
sebab pasar malam bukan sikit orangnya.

Kami berpecah..Janji jumpa semula di kereta nanti.
Selak baju-baju, tengok anak orang.
Tengok kerusi penjual, Intai buaian orang.
Tak jumpa.

Riuh pasar malam dengan lagu dikir barat.
Putar lagu Siti Nurhaliza, Search.
Tak payah nak Search sangat la oii.
Aku ni tengah 'search' anak..tak jumpa-jumpa.
Lelong-lelong barang pun dah biasa kat pasar malam ni.
Lelong barang..5 barang singgit.

Dalam mata selaju jantung mencari Angah,
sempat lagi dengar apa yang si Tukang Karut ni lelongkan.
"Haa..kali ni nak lelong budak"
Acik tak pergi kat situ lagi.
Telinga dah macam tikus dengar bunyi kucing.
"Sapa ada hilang anak pakai baju Superman warna Biru"
Ahh...bukan..Angah pakai baju Power Ranger merah.
Nak nangis rasa. Itu bukan anak aku!!!

Sambung cari balik..
Kali ni si Tukang Karut lelong budak lagi.
"Hai..malam ni kita pakat lelong budok la"
"Ada sorang lagi ni..budok kecik lelaki,
pakai baju Power Rangers meroh........"
Ahh..anak aku!!
Ayat yang belakang-belakang tu aku tak dengar dah.
Muka dah cembeng-cembeng. Nak nangis.
Tak nampak orang dah.
Acik nampak jalan tu lurus je.
Acik rasa Acik langgar je orang-orang kat depan Acik tu.
Nak tengok betul ke budak yang kena lelong tu Angah.


Dari jauh Acik nampak Angah atas 'busut baju'.
Angah tak nangis. Cuma muka dia nampak pucat.
Mata dia melilau je tengok orang.

Bila dia nampak ibu dia, berlari la dia.
Si Tukang Lelong tu cakap la ntah apa-apa.
Acik rasa dia pesan macam-macam kot.
Tak pun perli-perli Acik.
Acik tak dengar dah.Acik sibuk peluk Angah,
tanya Angah pergi mana.
Sori ye pak cik!!Saya bukan jenis orang suka belek-belek handbeg,
try-try baju.
Sampai anak terlepas.

Bila tanya Angah dia pergi mana,
nak tahu apa dia jawab?

Angah tengah main gelongsor.
Bila Angah turun, Angah cari ibu.
Tak ada. Oteh tak ada,
Kiah tak ada.
Angah cari kat kerusi ibu duduk pun tak ada.
Angah pegi kat kereta, ibu tak ada.
Angah dahaga. (sebab main taman tadi la tu)
Ada orang bagi Angah air. Pastu dia pegang tangan Angah.
Ajak Angah cari ibu.
Dia bawak Angah pegi pasar malam.

PERSOALANNYA :
1. Angah turun ikut mana?
2. Acik tak nampak pun Angah jika berselisih masa Acik ke kereta 
sebab kami bertiga berpecah untuk ke kereta. Semua laluan ke kereta kami lalu.

Adakah kes bulu matanya ada kaitan dengan kes ini?

MORAL OF THE STORY :
Betul la orang tua cakap, jangan main masa Maghrib.







No comments:

Post a comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...