Friday, 8 August 2014

INTAN DAN PANAHAN SAKTINYA..

Pagi-pagi lagi dah bersiap-siap hantar Intan ke sekolah.
Nak ke Shah Alam..Sirkit memanah di sana.
Sebelum ni dah ke Penang dan Kuala Terengganu.
Tak dapat apa-apa nombor pun..Dapat pengalaman je la.
Tak pe...baru Form 1,kan.
Lagipun bukan ada kelengkapan nak training sendiri kat rumah.


Pergi hari Jumaat, balik hari Ahad.
1 je la beg yang dia bawak.Beg yang dia tengah galas tu.
Ada ke patut..tapi mungkin fit kot dalam tu.

Nana awal-awal lagi dah bangun. Jadi terpaksalah bawak dia sekali.
Kadang-kadang best jugak bawak dia. Boleh jugak bual-bual.
Kalau time dia meragam, rasa nak suruh dia turun je.
Mengganggu kosentrasi memandu.


Cantik jugak si Nana ni..macam emaknya.

Kali ni dia sejuk sangat sampai suruh tutup air-cond.
Asyik panas je. Mungkin sebab kat luar hujan kot.
Tu yang berdiri bulu roma dia.


Bawak Intan ke stor..ambil barang-barang memanah dia dan kawan-kawan.
Rupa-rupanya baru nak berkemas..Bukak satu-satu.
Siap dengan screw-driver bagai..
Pastu bawa ke bas pelancongan.

Dah salam ibu, salam Nana, aku tanya Intan, "Duit bawak banyak tak?"
Dia cakap "Ntah, Intan main ambik je"..Harap-harap cukup la.
Aku tak bagi dia bawak beg duit lagi sebab haritu masa kat Penang,
beg duit hilang. Tak tahu siapa yang ambik.

Intan pun pergi ke bas.
Sambil bawak beg memanah kawan-kawan yang lain.

Jaga diri Intan. Buat yang terbaik.
Kalau boleh tangga tu kasi naik sikit dari yang sebelum ni.


GOOD LUCK, INTAN !!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...