Monday, 4 August 2014

PERADUAN DEMI PERADUAN

Kisah 'basikal free' dah lepas, kali ni nak bagitahu 
beberapa peraduan yang aku pernah menang..
Aku ni terlalu kuat sangat minum air keluaran syarikat ni.
Sampaikan kalau tak minum, boleh sampai tak bangun..
Sebab kepala berat.
Mama panggil air tu 'air kuat'
"Yang, dah minum dah air kuat hari ni?"
Ha...camtu la tiap-tiap hari.

Dulu, tiap-tiap tahun peraduan ni ada..jadi bila dah hujung tahun,
bila dah umumkan pemenang 1 juta tu, 
aku kumpul la balik plastik minuman ni.
Tahun depannya tu pulak, peraduan mula bulan 5..
Aku apa lagi...hantar la plastik yang banyak-banyak tu.
Sangkut jugak nama kat pemenang RM1000 tu.


Nampak tak? Nama kedua dari bawah - pemenang dari Negeri Sembilan


Sebelum ni ada dapat juga dari Powerroot...
Hadiah saguhati.Dapat tuala ada cop.
Yang tu ambik kat kedai motor kat Melang, Kuala Pilah tu je.
Tapi nak ambik cek RM1000 ni punya la susah.
Mintak kita pegi 1 kilang di Labu,Negeri Sembilan.
Aku tahu jalan sampai Muzium Seremban tu je.
Masuk ke dalam sana, mana la pernah jejak.
Pusing punya pusing, jumpa jugak.

/
/
/


Yang ni pulak peraduan masa zaman Malaysia nak hantar angkasawan pertama
Hantar apa ek?Lupa pulak..
Yang ni anjuran Maggi.
Hantar pembalut Maggi kot.
Dapat 2nd prize. Hadiah i-pod shuffle.


Hoii...dapat benda ni macam dah rasa bangga sangat-sangat.
Maklumlah, aku ni tak la mampu nak beli.
Eh..bukan tak mampu tapi daripada beli benda ni, 
baik beli makanan anak-anak.

/
/
/


Yang ini pulak, peraduan 'air seratus'.
Masa ni syaratnya mesti sertakan penutup air tin.
Kebetulan masa tu, ada acara di sekolah.
Orang beli banyak 'air seratus' ni.
Aku mintak anak-anak tolong kumpulkan tin-tin yang orang dah guna.
Hantar dan kemudian check Winner List.
Ada...menang Exercise Fitness Kit.
Ala...T-Shirt, Beg Sandang dengan tuala lap peluh.
Jadi la...daripada tak dapat.

/
/
/

Beli barang tempat yang sama 2 - 3 kali sehari
@
Beratur 2 - 3 kali di kaunter yang sama, di kedai yang sama.

Syarat peraduan, beli barang RM30 ke atas, dapat borang,
isi dan masukkan dalam tong..
Peraduan berlangsung berbulan-bulan.

Aku punya borang banyak...RM30 sekeping borang.
Tu yang beratur banyak kali.
Beli makanan kucing, pegi la kedai ni.
Jauh jugak la dari rumah.
Tapi nak menang hadiah punya pasal.

Isi borang, tulis semua nama orang yang berpotensi untuk tunggu lama 
masa pengumuman di buat.
Maka aku isi nama mama, nama aku, nama along, nama angah,
nama intan, nama kiah.

Malam tu, lepas selesai majlis bersara mama, aku pun bersiap-siap la
ke kedai ni. Tengok-tengok orang dah start.
Nasib baik baru mukaddimah.

1 hadiah, diaorang akan cabut 3 kali.
Kali pertama , orang tak ada, akan cabut nombor lain.
Nombor kedua orang tak ada, akan cabut nombor lain.
Yang kali ketiga ni, kalau orang tak ada, dikira pemenang.

Akhirnya nama along disebut kali ketiga tu..
MUHAMMAD NURHILMI BIN HALIM
Aku ni pikir, nak pegi ke tak...
Kalau tak pegi pun, tetap menang.
Akhirnya pegi jugak.
Wakil anak....




Targetnya nak Hadiah Utama>>motor modenass.
Tapi setakat tu je rezeki, alhamdulillah..

Sebenarnya ada 2 - 3 lagi hadiah kecik-kecik yang aku menang.
Tapi dah tak ada gambarnya.
Jadi tak payah cerita la ye..

SEKIAN...




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...