Friday 29 August 2014

EE..KENAPA TAK BOLEH SOUND ORANG NI?

Memang pesen Acik, susah sangat nak bagitahu ketidakpuashatian
terhadap sesuatu perkhidmatan.
Asal Acik nak sound orang je,
Acik mesti letakkan diri Acik kat tempat orang tu.

Makan diri jugak tau kalau ada penyakit macam ni.

Kalau diri sendiri yang kena, tak pe la.
Kadang-kadang anak yang jadi mangsa.
Kesian..tapi Acik tak reti la nak sound orang.
Adakah ini sejenis penyakit?
Tolong sorang sahkan bahawa ini adalah salah 1 penyakit
1 orang dalam 10,000.

Terbaru..Nana jadi mangsa pada penyakit Acik tak reti sound orang ni.

Acik bawak Nana pegi kedai gunting rambut.
Nak gunting sikit rambutnya.
Dah sampai tutup mata.

Round-round bandar Kota Bharu, jumpa kedai orang melayu.
"Boleh potong rambut budak?"
"Kita tak potong rambut budak."

Mmm..ini la melayu. Demand sangat.
Susah sikit je, tak nak buat.
Kalau Acik la, buat je..Rezeki kita,kan?

Acik cari lagi..jumpa 1 saloon kecik.
Papan tanda macam saloon bangsa lain.
Orang tak ada pun.
2 - 3 kali Acik pusing kat jalan yang sama.
Nak carik parking.
Akhirnya dapat jugak.

Nana pun duduk kat kerusi.
Si Tukang Gunting tu pun tanya nak potong macam mana.
Acik cakap potong pendek.
Tak kisah la macam mana pun pesennya.
2nd time ni potong rambut kat kedai.

Mula potong..

Dah siap potong, si tukang gunting ni tanya, ok tak?
Acik dah nampak kecacatan di rambut belah kiri Nana.
Tapi Acik boleh jawab "Mmm..ok.Cantik!"

Ahh...mulut dah terlepas cakap "Ok..Cantik!"
Walhal nak suruh repair lagi.
Bayar RM5, pastu balik.

Rambut depan pendek..Rambut kiri panjang sampai telinga.

Rambut belah kanan, atas pada telinga.

Kalau Acik tahu la dia gunting macam ni,
baik Acik potong sendiri rambut Nana ni.

Ini la hasil guntingan rambut Acik pada Nana selama ni.

Side-burn sama rata





Rambut atas dengan side-burn nak dekat sama.


Sebijik macam rambut Temenggung Jugah Anak Barieng.
Tak pun macam Abu Bakar Ellah.
Puas jugak hati..

Pasni kena belajar gunting rambut pulak la.
Mesti ramai yang nak datang potong rambut dengan Acik




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...