Sunday, 10 August 2014

3rd MOMENT

Mengandungkan Intan, memang banyak betul dugaannya.
Aku tak tinggal dengan laki aku.
Laki aku dah hantar balik rumah mama.
Bukan sebab aku dah nak bersalin tapi
sebab dah ada ura-ura nak berpisah.

Penyakit tiap kali aku mengandung sudah mari..
Gatal-menggatal..Nak bermakwe-makwe.
"PEMBAWAKAN BUDAK"
Cheh...alasan tak boleh diterima langsung.
Mungkin jugak sebab aku ni nak menepati 'taste' dia..
(Wuhuu...aku tahu taste dia ni pun sebab dia yang cakap kat kawan dia)
Dan aku pun tak bekerja..Tak ada duit sendiri.

Kali ni teruk sikit la pembawakan budak ni daripada sebelum ni.
Masa mengandung along, dengar sipi-sipi je ceritanya.
maklumlah baru kawin.
Masa ngandung angah, up sikit..
Mengandung Intan..makin parah.

Disebabkan tak duduk dengan laki, berat turun sebab susah hati.
Kali ni aku beli set SALINDAH..
Salin Mudah...katanya.

Macam mana boleh terbeli SALINDAH tu?
Papa bagi duit KWSP dia rasanya la..
Dia bagi sorang sikit..dalam RM1000 kot.
Aku beli la set ni..Lebih kurang RM400.
Hah..pejam mata saja la..nak tunggu ada duit, memang tak beli dah.
Tunggu gaji laki, lagi tak dapat.
Ada duit terpijak camni la nak beli.

Alhamdulillah...aku yang senang bersalin ni,
makin mudah bersalin.
Masa masuk labour room, ramai doktor pelatih tengah buat praktikal.

Nurse suruh kangkang tanpa kain.
Mengadap dia yang duduk kat kaunter tu.
Dia cakap senang nak tengok.
Aduh la nurse oi..Sabar je la!!
Aku tak ikut cakap nurse cerdik tu.
Gila apa!
Doktor pelatih bukan perempuan semuanya.
Bila time tukar shift, aku duduk diam-diam.
Tapi memang tengah sakit nak bersalin la.

Doktor pelatih shift petang tak masuk lagi, aku pun mula buat perangai.
Panggil nurse..dah nak bersalin.
Nurse datang check.
Pastu panggil yang lain-lain..bagitahu aku dah nak bersalin.
"Adik, tahan kejap ye.."
Ha??Suruh tahan??Ada jugak yang kena sekeh nurse ni kang.
Kita ni, kalau boleh nak terus teran.
Boleh pulak dia suruh tahan.

Dalam pada diaorang kelam kabut nak pakai sarung tangan,
aku dah teran keluar.
Lantak korang la..dari tadi aku cakap aku sakit,
korang cakap lambat lagi..
Aku sakit, aku tahu la.

Maka tersenyum la aku kali ni...perempuan yang keluar.
Budak yang keluar masa ibu tengah susah.
Dan Kak Lin dan Kak Lia selalu smash ayah dia,
"Comel budak yang ko nak buang ni Lim.."

Nama??Dah siapkan awal-awal dah..
Alasan dia tinggalkan aku masa mengandung tu
buat alasan aku memilih nama anak sendiri makin kuat.

INTAN NURSYAHIRAH BINTI HALIM.




Inilah mereka kecik-kecik dulu.Baik sangat.
Dah besar ni, macam anjing dengan kucing.




1 comment:

  1. Assalam sis watie,
    seriously memang kagum dengan uols :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...