Monday 21 July 2014

PENGALAMAN ZAMAN SEKOLAH RENDAH DULU

Aku ni suka dapat hadiah..Pantang ada peraduan je, mesti nak isi borang.

Hadiah pertama yang aku menang ialah sebuah basikal BMX warna pink.
Masa tu umur aku 10 tahun rasanyalah..
Kupon cabutan bertuah boleh beli..Mana tak menangnya.
Papa aku beli berbuku-buku. Aku dan adik-adik semua dapat buku kupon tu.
Aku dapat pegang 2 buku.
Bila umum nombor bertuah tu, aku tak toleh kiri kanan dah.
Mama yang kat sebelah aku pun aku tak bagitahu.
Menonong je aku naik pentas.
Jobo .. Poyo .. semua ada masa tu. 
Maklumlah, hadiah paling besar malam tu.

Lebih kurang macam ni la basikal tu tapi kaler pink

Malam tu bergaya la aku mengayuh basikal balik ke rumah.
Abang-abang pelatih sorak-sorak kat aku.
Muka eksyen dapat basikal.

Esoknya balik sekolah, tak sempat tunggu petang sikit.
Tengah-tengah hari berdiri tu aku kayuh basikal.
Sebelum tu masa kat sekolah, kena cucuk BCG tau.
Sakit la konon.. Dapat naik basikal baru ni, matahari atas kepala pun tak rasa.

Disebabkan muka berlagak tak habis lagi..kayuh punya kayuh..
Tak pandang dah orang...jalan pun nampak lurus je.
Sekali...bedebukk!!Hambek kau!
Jatuh kat bumper.
Aku ingatkan jalan lurus..tu la..hidung tinggi sangat.

Lutut, siku, luka..Paling tak tahan, badan jatuh mengiring ke kiri.
Hempap BCG!!
Uwaaa....tolong!!Rasa gelap kejap dunia ni.
Bukan sakit pasal luka tu, tapi masa tu automatik kepala
terbayang BCG kena cungkil balik.
Orang dulu-dulu kan ada cakap, kalau BCG tak jadi,
nurse akan korek balik, cucuk yang baru.
Masa tu...."mampus la aku kali ni"

Muka makin bera la wey bila sorang - sorang pakcik naik moto,
tanya apa pasal. Jatuh ke?

Hoh!!Kau orang jangan cakap lebih-lebih ye pakcik.
Saya cakap dengan bapak saya nanti, baru tahu..

Saturday 19 July 2014

KENDURI SEMPENA PERSARAAN..MERAIKAN KERANA SUKA ATAU SEDIH?

Adat la...orang nak bersara je..kita rai macam-macam.
Ada yang usung dengan alunan kompang..arak sampai ke pintu pagar.
Naik pajero macam nak periksa barisan.
Ada yang buat majlis bersanding..macam nak suruh orang yang pencen tu kawin lagi.

Ada juga yang setakat, salam-salam minta maaf macam tu saja.
Tanpa ada majlis rasmi. Nak cakap sepatah dua kata pun tak boleh.
Ada juga yang TERpaksa buat sebab takut dikata kat orang.

Mama saya ni pulak, tak tahu dalam kategori apa.
Dia tegas tapi dalam tegas ada sportingnya.
Mama sampai kecik-kecik hati bila cikgu-cikgu kat sekolah tanya
detail dia last minit.
Dia tak nak hadir majlis dia tu.

Adik beradik saya dah berkumpul di rumah sejak hari Khamis lagi.
Nak buat kenduri macam nak sambut menantu.
Ha..menantu??Yang mana satu nak berlaki tu ek?
Hohooo...perasan sudah mari..

Ana dari Melaka. Sampai KB hari Jumaat malam.
Nora dari Perak. Sampai rumah hari Sabtu.
Fikri dari Gemencheh. Tumpang sekali kereta Ana.
Kalau tak, aku pun disenaraikan dalam kategori perantau.
Tapi sekarang tidak lagi..

Target makan tengah hari..tapi jam 2 lebih baru cikgu-cikgu ni sampai.

Kali ni kami ambil keputusan untuk beri orang masak.
Barang-barang kami beli, orang tolong masakkan.
Kami di rumah ni hanya masak bubur kacang hijau, siapkan ulam-ulaman,
aku buat kuih talam..Talam keladi, Talam Jagung, Suji Gula Merah dan Kacang Merah.

Macam mana nak masak...aku dengan kuih talam aku,
Kiah dengan jubah boria tak siap lagi,
Nora dengan anak kecik.
Ana pulak tak tahu nak tolong apa kalau orang mintak tolong dia.
(Ana ni paling teruk kes 'bahasa'...Dia tak paham kalau org ckp kelate
dengan dia..Kena ada translater pulak sebelah dia)

Kul 11 pagi, semua dah siap. Mama call dari pejabat.
Majlis tak habis lagi. Jap lagi dia balik.
Balik rumah, tukar pulak jubah boria ni.
Kan macam pengantin tu..boleh pulak tukar-tukar baju.

Yang ni baju masa majlis di sekolah.

Dipendekkan cerita, ramailah cikgu-cikgu yang datang.
Datang bawak anak beranak sekali. 
Baru balik sekolah la katakan.

Cikgu-cikgu pendidikan khas

Dalam ramai-ramai ni, ada jugak cikgu anak-anak saya (kot).


Pembekal sekolah pun ajak sekali. 
Nak borak dengan kita, kena cakap luar, ok.


Inilah sebahagian hadiah pencen mama.

Majlis habis petang jugak la. Saya dah tido, bangun balik pun,
masih ada lagi orang datang.
Mereka ni tahu tak ini kenduri sempena pencen je.
Bukan kenduri kawin.

Dan mereka-mereka yang meraikan kenduri ni
sebenarnya suka sangat CC yang tegas ni dah bersara.
Tak ada lagi la orang yang nak membebel pasal kerja.

Ala korang...suke la tew!! Kiter tahu..

Last of the majlis...kami ambik gambar 1 family.
Saya je tudung tak sama. Tak cukup kain, Kiah cakap.
Terpaksa la berkorban..Biar orang lain nampak cantik..

Waie tido, Naim dan Qaleesya anak Nora pun tido.

Ini hasilnya..

Papa mintak 2 ringgit. Nana dengan Mija tak tahu apa yang berlaku.
Haziq memang body bulider..trade mark apa lagi nak buat,kan?



Friday 18 July 2014

PERKHIDMATAN vs PENCEN



Mula kerja umur 20 tahun. Pencen umur 60 tahun.
40 tahun perkhidmatan..

Fuhh...lamanya!!

Kita ni pulak, bila kerja terbeban sikit, hati mesti terdetik nak resign.
Tak banyak pun, mesti ada sikit.

Kat bawah ni senarai nama sekolah-sekolah yang pernah mama bertugas :
1) SK Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan.
2) SMK Tanah Merah Site C, Port Dickson, NS.
3) SRK Port Dickson, NS.
4) SK Bukit Jalor (F), NS.
5) SK Serting Hilir 2, Jempol, NS.
6) SK Sering Hilir Kompleks, Jempol, NS.
7) SK Pulau Kerengga, Marang, Terengganu.
8) SMK Kompleks Seberang Takir, K.Terengganu.
9) SMK Tengku Bariah, K.Terengganu.
10) SMK Jelawat, Kelantan.
11) SMK Tanjong Mas, Kelantan.

Tengok senarai nama sekolah pun aku dah geleng kepala.
Banyaknya sekolah!!Mesti macam-macam ragam.
Daripada Guru Besar , Pengetua sampai la tukang sapu.


Mama seorang yang tegas. Setiap kali dia bercerita, aku selalu cakap,
"nasib korang la dapat CC camni."
Tapi dia jugak seorang yang sangat sporting.
Cuba korang bayangkan...kerani-kerani dia boleh tumpang tido
bawah meja dalam bilik dia. Dia la tukang cover
kerani-kerani dia tido. Asalkan jangan berkeroh.
Kalau berkeroh, sendiri jawab.
Haa...ngko ado?

Yang masuk lewat, balik awal pun ada.
Yang masuk awal, balik lewat pun ada.
Yang datang seminggu sekali pun ada.
Yang datang sehari pastu tak datang-datang lagi 
lepas tu pun ada.

Cuba korang tengok..senarai nama sekolah.
Lebih daripada separuh perkhidmatannya adalah di Negeri Sembilan.
Aku, Ana, Kiah, Fikri..lahir kat Negeri Sembilan.
Nora sorang je lahir kat Johor. Bukan sebab tinggal kat Johor,
tapi tinggal kat Gemas, Negeri Sembilan.
Hospital paling dekat ialah Hospital Segamat.
Maka ke Johor la.
Tu sebab la kami semua cakap luar.
Tak pandai langsung cakap bahasa kelate.


Aku pun dapat pindah masuk Kelantan ni atas hasil usaha mama.
Mama cakap, bila dah pencen nanti dah tak ada
yang pandang. Kita merayu pun, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Terima kasih Mama!





Thursday 17 July 2014

KB 2 KB (PART IV)


Hari ini adalah hari last cuti aku.
Ingatkan nak save hari ni untuk telentang-telentang dalam bilik.
Lepasken penat memandu kereta di rumah.
Tapi disebabkan dah tersalah plan, maka hari ni,
nak ke tak nak mesti sampai KB jugak.

Jam 9 pagi dah bersiap-siap nak balik.
Dari Melaka ke Kota Bharu = 615 km tahu tak?
Mmmmm...ambik semangat dulu.

Maka kami mulakan perjalanan dari Melaka.
Melalui jalan Tampin - Kuala Pilah.
Sampai Tampin, call Suhaimi, kawan masa kat Lui Selatan hari tu.
Sebenarnya nak tanya kat mana ada jual
nasi pagi-pagi hari ni.

Suhaimi setkan tempat pertemuan kami.
Dan segala-galanya berjalan lancar.
Sebab apa nak makan nasi pagi-pagi?
Sebabnya tak payah nak berhenti makan banyak kali.
Budak-budak ni confirm tido.
Kesian pulak nak kejut banyak kali.

Uncle Mie ajar Nana buat 'rock'.
Ibu cakap tak baik buat camtu.

 Nana pulak, dari mula jumpa Suhaimi ni, asyik duduk kat peha je.
Usap-usap janggut Suhaimi. Adoi Nana..
Aku pulak yang segan dengan Suhaimi.

Wah....pimpin tangan bagai..Cuba tengok selipar jepun tu...
Besar dari tuannya. Dia cakap ini selipar
yang ada kat masjid masa selipar dia kena curi.

 Teruskan perjalanan melalui Kuala Pilah. Nak berhenti ke tidak?
Nak bagitahu ayah Nana ke tidak?
Mmmm...tak payah la..aku dah lambat.
Hari tu dah jumpa,kan.

Hajat nak singgah Lui Selatan. Nak jumpa kawan-kawan. 
Tak jadi..takut lambat.
Hajat nak singgah Sungai Lui, tengok tempat lama.
Tak jadi jugak. Lain kali la..

Lalu Temerloh ikut jalan biasa. Singgah Kemaman.
Hantar acar 10 botol kepada Ayu. Cikgu SMKSI2.
Dah pass acar, terus ke rumah mama Nana dan Waie.
Waktu tu dah jam 6.15 petang.
Mama diaorang siap mandikan Nana dengan Waie.

Dah siap mandi, terus gerak balik KB.
Lalu ikut jalan pantai. Tak berani lalu Bukit Besi sebab badan dah penat.
Kalau lalu tepi pantai, boleh la tido-tido dalam kereta.

Jalan punya jalan, akhirnya sampai juga ke New Castle.
Alhamdulillah..
Lain kali kita round the Negeri Sembilan lagi ye.


  

Wednesday 16 July 2014

MEMINARKAN MATA ORANG



Waktu ni aku rasa yang ni la yang paling cantik sekali.
Kaler biru memang aku minat betul.
Tang sekolah lagi.

Orang kata sapa yang minat BIRU ni romantik.
Romantik la sangat!!

Tapi memang suka sangat warna biru.
Mungkin sebab anak polis?
Hah..tak de kena mengena okay!!

Bila bukak blog ni, fuhh...berpinar mata.
segalanya biru.
Tak boleh jadi ni. Kita kasi tukar ini 'kaler blok'.
Tak sesuai sangat sebab satu hari aku akan tua jugak.

Mata confirm dah rabun.
Tak boleh baca dah memori lama ni.

Jadi...
JOM KITA TRY-TRY KALER LAIN.
TAPI BIRU MESTI ADO.

KISAH NANA DAN AYAHNYA

Malam tadi entah apa la angin si Nana ni.
Menangis je..Cakap sikit, nangis.
Tanya sikit, nangis.

Mulutnya asyik sebut 'ayah' je.

Ibu : Kenapa Nana nangis?
Nana : Nana nak jumpa ayah.
Ibu : Ayah duduk jauh. Nanti la kita pegi jumpa ayah.
Nana : (Sambil mulut dah start cembeng) Nana nak jumpa ayah esok.
Nanti Nana dah besar, kalau tak ada kereta,
Nana pegi jumpa ayah.

Ahh..parah camni. Kalau dia dah besar nanti, rasanya dia gambel je
naik bas pegi jumpa ayah dia ni.

Ibu : Nana tak payah la nangis. Waie tak nangis pun.
Ayah tak kawan Waie langsung pun. Kesian kat Waie.
Waie kecik tapi ayah tak nak kawan.
(haa...ibu pujuk macam pujuk Kakak Intan pulak)
Nana : Ayah dukung Nana..Ayah tak nak dukung Waie
(tahu pun!)
Ibu : Nana tak kesian kat Waie ke? Kan Nana cakap Nana sayang Waie.

Perbualan panjang lagi tapi ntah apa-apa ntah sebab aku
dah hanyut..Malas nak layan cerita Nana dengan 'ayahnya' tu.


Bila dah makin besar, makin pandai cakap.
Kita pulak malas nak layan.
Lebih-lebih lagi cerita cenggini.

Dear Nana >> Nana cerdik, Nana pandai, Nana cantik.
Kalau ibu tak de nanti, Nana pasti akan ke pangkuan ayah Nana tanpa Waie.
Waie tak kenal siapa ayah. Ayah pun tak 'rasa' sangat dengan adanya Waie.
Sama ada ayah tak nak ambik Waie atau Waie yang tak nak kat ayah.
Itu diluar jangkaan ibu.

Jadi, sementara ibu ada ni, Nana jadilah kakak yang baik untuk adik Nana,Waie,
Nana jadilah adik yang baik untuk Along, Angah dan Kakak Intan
kerana sekali Nana terlepas dari genggaman ibu, Nana akan pergi selamanya.
Ayah tak akan biarkan Nana balik untuk berjumpa adik-beradik Nana
yang lain. Mungkin Nana akan ambil masa yang sangat lama untuk
bertemu kembali iaitu setelah Nana tahu untuk berdikari sendiri.

Nana belajar rajin-rajin, pandai-pandai. 
Tunjukkan kat ayah yang Nana bagus duduk dengan ibu.
Tak main-main pun. Bila dah pandai, dapat kerja elok,
jangan lupa adik-beradik Nana yang lain.
Jangan gaduh. Kalau terasa hati dengan adik-beradik yang lain,
bagitahu. Jangan simpan. Itu yang ibu ajar,kan?
Jaga diri baik-baik. Ingat pesan ibu.

Sayang Nana.


Saturday 12 July 2014

KB 2 KB (PART III)


(Melaka - Port Dickson - Melaka)

Hari itu aku mulakan dengan berbual dengan Ana.
Tak banyak ceritanya..hanya meracun fikiran si Ana betapa
seronoknya aku ke i-City malam tadi.


Tak tahu la nak borak apa dengan Ana.
Dia pun tak tahu nak borak apa.
Kau pandang aku, aku pandang kau.


Dalam pukul 2 petang, kami bersiap nak ke Port Dickson.
Nak pegi JOM HEBOH la konon.
Sebabnya last skali pegi masa tahun 2002.
1st Jom Heboh. Masa tu bukan JOM HEBOH.
Ntah..tak ingat nama karnival TV tu.


Salam-salam Ana, Cium-cium, sumbat barang dalam kereta.
Nak terus ke Terengganu.
Balik Kota Bharu.






Bergambarnya bukan main lagi..sebuah kereta ni tau..sesak.
Cukup la tu kan...
Fikri, Angah, Intan duk belakang.
Along duk depan sebab nak suruh orang nampak yang dalam
kereta ni ada orang lelaki.


Bergeraklah kami ke Port Dickson. Lalu jalan Ghombau Most Wanted.
Turun ke Port Dickson terus ke Jom Heboh di Frontpark.


Boringnya..tak ada apa yang menarik.



Tapi ambik gambar jugak la..Buat tanda yang kami sampai jugak di sini.




Paling tak tahan, anak meragam..Huii..masa ni, sifat ke'ibu'an aku dah tahap maksima.
Waie tak nak orang lain dukung.
Kita dengan penatnya, dengan nak layan dia,,
Cuba tengok tangan kita betul-betul..Dah cengkam peha waie dah.
Muka pun muka bengang, kan tu.
Ketap bibir je.
Dia pun sebenarnya penat sangat. Tu yang macam-macam nak.



Benda ni la yang sebenarnya dia nak sangat. Belon mahal ni..
RM6  sebijik. Kena beli 2 bijik belon..Kalau tak Nana pulak yang menggelepar.


Tak ada apa yang nak di'rai'kan di situ.
Buat-buat la beli jajan-jajan sikit.
Bukan nak makan sangat pun.


Ini je yang kami beli.

Mulanya nak bagi Fikri..Suruh bawak balik Gemoncheh.
Tapi sebab nak gugurkan dia di Port Dickson,
balik dengan member naik motor, maka tak jadi la.
Kami usung la balik.

Dalam kereta, dah la penuh dengan orang.
Makin sendat dengan belon 2 bijik.
Tak nampak belakang.
Macam mana nak drive ni??
Aduhhh...sakit kepala.
Kecoh sekejap.
Macam bangla seludup.

Masa ni dah nak maghrib..Ke hulu ke hilir Fikri carik member dia.
Tak jumpa-jumpa..Sekejap keluar bandar PD, sekejap suruh masuk balik.
Nasib baik Kak Yang yang drive tau dik.
Kalau orang lain, dah lama dah kena hamun.

Haaa....masa ni la masa yang paling susah.
Nak terus ke Kemaman ke nak stay N9 ke nak turun balik Melaka.
Nombor telefon hotel kat Kemaman, tak ada.
Call orang yang aku mintak booking bilik tu pulak tak jawab.
Call hotel yang stay haritu kata, dah full.
Macammana ni..Nak terus ke Kemaman, ntah pukul berapa sampai.
Badan dah penat. Takut tidur dalam kereta je ni kang.

Call Ana..Tanya dia, boleh tak tumpang tidur rumah dia malam ni.
Ana jawab, boleh..
Fuhh...alhamdulillah..
Anak-anak je la yang bersungut sikit sebab turun semula.
Esok nak kena start dari mula balik.

Dalam pada suka, ada jugak risaunya.
Orang-orang tua cakap, kalau nak jalan jauh, jangan patah balik.
Tapi kali ni, kalau tak patah balik, lagi bahaya.
Driver penat. Perlukan tidur yang cukup sebab esok
MESTI SAMPAI KOTA BHARU.

Sampai rumah Ana lebih kurang pukul 11 malam.
Masuk bilik terus tidur..tak boleh dah nak borak-borak lagi.

Esok nak drive jauh ni..Kena gerak pagi-pagi.




Wednesday 9 July 2014

KURMA MALAYSIA

Gayat sekejap bila dapat tahu kat Kota Bharu ni
ada pokok kurma yang sedang berbuah.
Hati melonjak-lonjak nak pergi tengok.
Start sebelum puasa lagi.

Malam lepas baru dapat tengok.
Itu pun dalam gelap.
Suluh-suluh macam intai ular sawa atas pokok.

Nak parking kereta memang susah.
Orang ramai sangat.
Mungkin mereka macam aku jugak.
Nak tengok sangat sampai tak boleh tunggu hari siang.

Dah dapat parking, nak lintas jalan ke tengah bulatan pulak.
Kereta, lori, motor sama laju dengan kami yang nak melintas ni.
Baru nak lintas, motor pulak memecut.

Bila jalan clear, ada la sekor anjing tu nak melintas jugak.
Bukan nak melintas ke bulatan tengah
TAPI
melintas ke arah kami yang tengah bersedia nak berlari.

Bila nampak anjing tu berlari arah kami,
aku buka lock kereta,
apalagi...berlari la kami sume masuk kereta.
Intan yang tengah dukung Nana tu pun, campak je Nana ke dalam kereta.

Hantu betul la kau ni,anjing.

Hongeh!!
Betul la orang kata..
"MACAM KENA KEJAR KAT ANJING"
haa..ni la contohnya!!




Apa la yang budak belakang tu dapat ambik.
Gelap la dik oii....

Nampak macam pelancong kan tu.

Intan cakap..."ibu, kita memang nak ambik gambar pesen ni ke?"
Hahaha..kau ni Intan. Pandang je la.
Angah tengah ambik gambar tu.

Serius aku cakap, bukan nampak pun buah kurma tu.
Eksyen je ni.

Mercu tanda di bulatan. Kalau nampak mercu tanda ni,
maknanya anda berada di Kelantan Serambi Mekah

Akhirnya...dapat jugak ke bulatan Kota Bharu ni tengok
pokok kurma yang sedang berbuah.
(Hah, menipu lagi!! Tak nampak la buah kurma tu.)
Kalau pergi siang hari, kena sorak kat orang-orang yang lalu kat bulatan tu.
MPKB pun beriya-iya menyaman orang yang parking kereta kat situ.

Pokok kurma ni pula dikatakan berbuah kerana 
cuaca panas sekarang yang panas sangat.
Tapi memang panas pun semenjak dua menjak ni.
Pemanasan global la katakan.
Semoga 15 Ramadhan ni, dapat pulak rasa buah kurma ni.


* dengarnya buah kurma tak cantik sangat sebab cuaca dah tak panas
melampau macam masa mula-mula berbuah dulu.


* hongeh - termengah-mengah dalam bahasa orang Negeri Sembilan.
(contoh ayat : hongeh den naik Gunung Angsi ni!)


Saturday 5 July 2014

INNALILLAH...

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini disahkan meninggal dunia 
pada jam 1.26 pagi tadi, 5 Julai bersamaan 7 Ramadan 1435H.

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke Masjid At Taqwa, TTDI 
selepas waktu Subuh sebelum dikebumikan. 
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan 
di kalangan orang-orang beriman. 
Al-Fatihah...

( Sumber : FB Media Hiburan)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...