Friday 15 November 2019

Gunung Tok Nenek DayHike

Lama dah nak panjat gunung tapi saya tak suka berkhemah. Rasa macam susahnya nak mandi, solat, nak lepas hajat, tido. Memandangkan saya juga mudah hypo. Kesejukan dengan ketar yang susah nak hilang.

Kebetulan ada kawan ajak hiking. Ke Gunung Tok Nenek, Loging. Balik tanpa bermalam. Saya On kan ajer. Pada tarikh yang sama, saya telah mendaftar larian HSN Proton di Putrajaya. Tapi tak ada pulak yang nak drive sampai ke sana.

Pendakian dimulakan lebih kurang jam 3.30 pagi. Dengan tak cukup rehat, beg berat, saya mula dengan langkah semangat. Saya menggendong beg rakan yang penuh dengan 2 liter air. Pada saya berat tu biasa.

Ada banyak kem untuk persinggahan. Minum, makan, rehat, sembahyang. Tidak la saya ingat semua nama Kem tu. Yang saya ingat Kem Lengkuas dan Kem Berlumut. Haha..Otak letih. Tak mampu nak save

Waktu jalan dalam gelap, tak la mental sangat. Tapi bila dah cerah, nampak gunung tu pacak, hadoiiii...Rasa menyesal giler.

Kami berlima je dari Kelantan. Yang lain dari NS, KL, Selangor, Perak.

Lebih kurang jam 1.30 petang, sampai peak. Tu pun saya bertiga dengan Kak Asiah ditemani Gogo Azran. Tukang sweeper. Kesian kat dia.

Mereka bertiga ni geng padu. Siap tinggalkan megi untuk saya yang dah calar mental nak saMpai ke atas.

Sampai atas, bergambar sikit, pastu semua berbondong-bondong turun. Kami tak mampu nak kejar. Lenguh kaki, badan tak kuat. letih yakmat. Sampai seret kaki. 

Orang lain punya la laju. Waktu Maghrib orang lain semua dah keluar hutan. Kami bertiga masih dalam hutan. Lebih kurang jam 9.30 malam, baru la kami dapat keluar sampai ke starting point.

Pengalaman pertama dah kena dera..

Cukup la pengalaman ini.

Friday 8 November 2019

PILIHAN YANG BUAT ORANG MARAH

Saya mulakan dengan Cuti Tanpa Gaji mulai 1.9.2018 hingga 30.05.2019. 9 bulan lamanya. Dengan harapan, mulai 1.6.2019, saya boleh terus bersara pilihan.

Tapi saya tak sempat nak isi borang bersara awal dek rakan sekerja beritahu kena pergi ke KWSP dan sebagainya. Dalam hati ni, "Aku bukan ada pape urusan pun dengan KWSP. Pinjaman perumahan tak de, pinjaman kerajaan yang lain pun tak de. Kenapa nak kena pi mengadap pulak?"


Niat nak bersara pilihan tahun 2019 pada umur 40 tahun diteruskan juga. Isi borang, turun naik Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, pujuk pegawai yang menguruskan borang, paling awal boleh bersara pada 1.8.2019. Submit borang ke Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Pencen. Selesai..

Yang buat permohonan saya mudah bila saya tidak terikat dengan pinjaman kerajaan. Maka mudah la sikit urusannya.

Jadi, pada 1.6.2019 terpaksa la masuk bekerja 2 bulan sehingga 31.7.2019. Hallahaiii....gaji pun tak sempat masuk payroll. Geram je member yang buat gaji saya. Haha..Sorry

1.8.2003 mula berkhidmat
1.8.2019 tamat berkhidmat

bersambung....

Thursday 7 November 2019

Welcome Back!!

Bismillahirrahmanirrahim..

2 tahun lebih dibiarkan blog ini berdiam diri. Tanpa sebarang tanda, tanpa sebarang berita. InsyaAllah saya akan mula berceloteh kembali di sini. Terlalu banyak yang nak dikongsikan sepanjang saya menghilangkan diri. Jangan jemu singgah ye

Macam mana nak upload gambar, macam mana nak buat itu ini pun dah tak berapa nak ingat. InsyaAllah saya cuba refresh mana yang mampu. Rakan-rakan lain boleh juga berkongsi pendapat dan idea di sini. Tak dak hal la. Kalau nak bantu, sangatlah dialu-alukan.

Whatapps saya ye 017-2954897


*kali pertama ini saya cuba nak upload gambar, tak dapat pun. Hampeh boto

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...