Monday 2 November 2015

PuLAPoL KUaLa LuMpUR

Dah lama plan nak ke KL, jumpa adik Acik yang nombor 4. Training Inspektor Polis di PULAPOL KL. Disebabkan kereta tak muat semua anak-anak Acik, maka kami pergi berenam saja. Yang lelaki semua tinggal kat Kota Bharu.




Ayah Acik drive dari KB ke Melaka. Seronoknya duduk kat belakang. Dah lama sangat tak merasa jalan jauh sebagai penumpang.

Stay Melaka, rumah adik nombor 2..Luruskan urut, betulkan badan..Hari Sabtu, kami gerak ke KL..Kali ini Acik yang drive sebab Ayah Acik tak suka drive kat KL..Serabut katanya..Lagipun adik Acik punya keta, auto.




Sampai sana dah lewat jugak sebab sesat-sesat nak sampai ke sana. Guna Waze ni menyakitkan hati jugak. Berpusing-pusing. Kalau Acik pegi sorang, Acik rela je dengar Waze ni menipu tapi dek pegi dengan mak ayah, Acik tutup je Waze tu. Gambel ikut naluri sendiri.










Last sekali, bila balik, adik Acik drive sendiri sebabnya Waie dah melalak-lalak nak susu. Haish!!

Kalau Dah ReZeki..

Hari tu, masa Raya Hari tahun ni la, ada orang Katering, booking 20 bekas kuih talam. Macam-macam jenis la..

Acik order la loyang untuk kuih talam ni sebab kat rumah ada sikit je. Ada la 9 pcs semuanya kat rumah.

Dah beli bahan-bahan nak wat kuih, orang katering call, bgtau tak jadi nak tempah 20 bekas. Nak 10 bekas je.. Acik yang jawab call masa tu, termenung kejap. Masih blurr-blurr sebab jawab call masa tengah tido.

Acik redha je. Bukan rezeki kot..sebabnya hati masih tak kuat nak cakap MAMPU buat 20 bekas dengan menggunakan 2 pengukus.




Order untuk raya kedua dah mula sesak. Penuh. Menyandar jugak nak buat sorang-sorang.

Masa tengah buat order untuk raya kedua, satu-satu order masuk untuk raya ketiga..Acik terima satu persatu..sampaikan ada yang call waktu Acik tengah buat order untuk raya ketiga tu.

Bayangkan Acik mula buat kuih talam start jam 9 malam raya kedua sampai la ke jam 1 ptg raya ketiga. Nak pengsan rasa.




Ni antara kuih yang siap malam raya kedua. Bila mak Acik kira, lebih 20 bekas kuih talam Acik dah buat haritu.

Tobat dah la..Tak nak lagi ambik last minit order ni.

Sunday 1 November 2015

TesTiCuLaR ToRsioN

Sememangnya Acik tak tahu apa sebenarnya penyakit ni (kategori penyakit ke?). Malahan tak terpikir langsung pun.

Jam 3 pagi, angah kejutkan Acik yang tengah mamai-mamai, baru nak terlelap. Dia cakap perut dia sakit sangat. Acik suruh dia sapu minyak angin.

Esoknya, mak Acik tolong gosokkan perut angah. Mungkin angin pasang katanya. Terus Acik bawa ke Klinik Bandar Kota Bharu.




Doktor suspek Testicular Torsion. Apa benda tu? Doktor cakap salur testis terbelit. Testis boleh hidup 6 jam saja. Gelap kejap dunia.

Terus call hospital, emergency operate. Alhamdulillah, Acik dan angah tak sempat sarapan lagi jadi nak operate makin mudah sebab perut dah sedia kosong. Tapi masalahnya, start angah sakit sampai la ke masa nak operate, nak masuk 9 jam.




Sebak hati tengok angah kena usung masuk bili bedah. Doktor cakap, ala..bedah sikit je..Allo doktor, ini anak kandung saya tau..kalau boleh, biar saya gantikan tempat dia.




Sebenarnya hari itu besday angah. ANgah cakap, sebelum operate, doktor bedah, doktor pakar, doktor bius dan doktor-doktor pelatih wish besday kat dia..Alahai...terharu rasa.

Dipendekkan cerita, bila dah operate, doktor tengok, testis sebelah kiri dah mati 25%. Alhamdulillah masih hidup 75% walaupun jangkaan mati seluruhnya sangat tinggi..







Tiada tanda-tanda sakit tau..tiba-tiba saja. JAdi kalau ada anak2 sakit, terus ke hospital.

Get well soon angah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...