Monday 6 March 2017

Homemade Takoyaki Class

Tajuk je omputih..ceritanya Bahasa Melayu sebab Acik laju
kalau Bahasa Melayu. Janganlah kau bagi English, sampai esok pun
tak tentu lagi habis baca.

Dek excitednya Acik buka Car Boot Sale, dah tahu nak jual apa,
so Acik contact Mama Dee Cooking. Kota Bharu ni je.
Hari Gaji je, Acik terus contact dia. Jumaat Sabtu full katanya.
Ada class lain. So dia bagi kata dua,
sama ada nak masuk class malam Jumaat atau minggu depan.

Eh..orang tengah excited, mana boleh tunda-tunda.
Maka malam tu jugak Acik masuk kelas Takoyaki.


Sebelum belajar Takoyaki ni, dok la terpikir, macam mana la nak bebolakan
Takoyaki tu. Rupanya ada teknik. Tu sebabnya Acik suka masuk kelas.
Kita boleh lihat sendiri cara pembuatan dan biasanya bahan-bahan
dibancuh di depan mata kita menggunakan resepi yang diberikan.
Bukan resepi yang sudah siap dibancuh.


Ok la...korang pun, rajin-rajin la menimba ilmu ye. Tak rugi pun.

Babai.

p/s : sebenarnya panjang lagi nak berbual tapi ada orang nak tumpang
balik rumah pulak. Ok..chow

Tuesday 21 February 2017

MEMBERANAKKAN DUIT

Perasan ke tak, sekarang ni kan, nilai duit makin rendah.
Kalau guna RM50 untuk beli barang pun, memang tak nampak apa.
Setakat yang kecil-kecil je.

Satu hari Acik terfikir, "apa kata aku buat Car Booth Sale sorang-sorang je".
Tak terfikir langsung kat mana ada orang buat jualan 'Carbooth Sale'
beramai-ramai. Macam mana nak join kalau ada pun.

So pagi itu, Acik cuba untuk membuka But kereta di Taman Tengku Anis,
Kota Bharu sorang-sorang. Tebal muka tau. Baru 1st time buat.

Acik saja jual sebelah pagi sebab kalau sebelah petang, 
orang ramai sangat kat Taman Tengku Anis tu. Nanti mengganggu
pula peniaga lain walaupun Acik jual makanan lain dari mereka.












Alhamdulillah...idea ini berjaya walaupun Acik hanya menjual atas talian.
Walaupun bukanlah setiap hari, hanya hujung minggu, samada Jumaat atau Sabtu,
ada saja yang mencari.

Bagi korang yang baru nak berjinak-jinak bidang ni, cubalah.
Rezeki Allah yang beri. Kita je kena usaha lebih sikit.
InsyaAllah diberi kesenangan.

INILAH PENYEBAB BESAR

Alhamdulillah..akhirnya dapat juga Acik berbual di sini
di samping mengintai rakan-rakan lama. InsyaAllah Acik akan cuba
untuk berkenalan dengan rakan-rakan baru.

Bertahun sudah rasanya Acik tak maintain untuk update 
blog kesayangan Acik ni. Sebelum ni, hampir setiap hari Acik update.

Nak tahu tak apa sebabnya?


Benda ni la..susah sangat nak beli. Senang nak masukkan gambar
yang berkenaan dengan cerita.

Hmm..lepas ni banyak la cerita yang nak diceritakan
sesuai dengan tujuan asal berblog ni...
supaya anak-anak dapat baca apa mak diaorang membebel
sorang-sorang kat sini.

Wahh..tak sabarnya nak BW blog korang. Rajin-rajin la tinggalkan 
link blog korang ye. Senang je Acik klik nanti.

See ya!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...