Showing posts with label rileks. Show all posts
Showing posts with label rileks. Show all posts

Monday, 1 December 2014

MaCam AnaK SuLuNG PuLAk..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

2 3 ari ni sibuk lain macam sikit la.
Maklumlah..dah cuti sekolah.
Tempahan pasti ada.
Antara terima dengan tidak je.

Pagi tadi, Acik pergi daftarkan anak Acik no.4
di Tadika ABIM untuk kemasukan tahun 2015.
Umur Nana tahun depan 4 tahun.
Mulanya tak nak hantar ke tadika
sebab adiknya rapat setahun sorang.
Confirm la si Waie tu melalak nak sekolah jugak.

Tapi disebabkan Nana ni banyak mulut,
asyik bercakap je..cakap pun tak pelat,
maka Acik putuskan untuk hantar dia ke tadika Islam.






Nana ni Acik ambil Sesi II iaitu sampai pukul 2 petang.
Lepas class normal kul 12.30 tgh/h,
dia akan naik ke bilik, mandi-mandi pastu ada class mengaji.
Semoga Nana terang hati ye.
Lepas jam 2 petang, mak Acik atau adik Acik
akan ambil dia di sana.
Lama-lama sangat kat tadika tu kang,
takut dia bosan pulak.
Tak pe...baru 4 tahun je pun.

Anak-anak Acik yang 3 terawal, Acik hantarkan ke tadika Kemas je
sebab dekat dengan rumah.
Ada orang boleh hantar dan boleh ambil.
Jadi bila buat pendaftaran untuk Nana ni,
Acik sedikit terkejut la dengan senarai yuran yang dikenakan.
Tak apalah..janji islamik.






Bayar dulu mana-mana yang patut. Nak booking tempat je dulu.
sebab memang nak sangat Nana dan Waie ni pandai
dunia akhirat.
Nak harapkan Acik, memang ilmu tak tinggi mana.
Jadi kita serahkan kepada yang pakar.




Tengok purse, ada sikit duit jualan kuih,
Jadi Acik terus belikan baju untuk dia pakai 
pada hari pertama sekolah nanti.
Takut habis stok pulak.
Tak apa...duit boleh cari.
Allah dah tetapkan rezeki setiap anak-anak kita.
Pejam mata saja la..

Balik dari pendaftaran, panggil Nana try baju sekolah dia ni.
Ibu dia pulak terlebih excited. Macam anak sulung pulak.
Hahahaa...anak sulung bapak dia la.




Sejuk hati tengok Nana pakai baju tadika ABIM
sebab kaler hijau!!
Yess!!I Love Green..

Semoga Nana tak menangis meraung-raung 
masa ibu hantar Nana pergi sekolah nanti.
Along, Angah dan Kakak Intan
ibu hantar sekolah, terus balik.
Tak nangis pun.
Tak cubit anak orang, tak gigit anak orang,
tak cakar anak orang, tak buat perangai,
tak meragam.
Be A Good Girl ye...

Pasni kena bayar yuran selebihnya sebelum bukak sekolah.
Dan yang pastinya, kali ni berulang kembali
beli beg katun-katun ni.
Adakah Frozen?Upin-ipin?
Barbie?
Sama-sama kita lihat entri Acik nanti.
(Parahlah nanti...jangan dia menggelepar nak 2 biji beg, sudah)

SEKIAN...


Friday, 17 October 2014

Tak WaSTekan MaSa La..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini Acik nak berkongsi sedikit
apa yang Acik dah cuba guna
iaitu Aplikasi WAZE.




Sebelum ni, bila kawan-kawan Acik cakap..
"Woi, bagi alamat rumah..Aku nak waze kejap"
Acik tak paham..apa maksud waze.
"Kau cakap je la ko nak google rumah aku."
"Bukan google la!!Aku nak waze"
Ahh...ikut kau la...
Asalkan kau sampai rumah aku.







Inilah antara yang ada.

Minggu lepas, Acik cuba guna Waze ini 
untuk ke Pantai Cahaya Bulan.
Set dari rumah nak ke sana.

Acik tahu jalan jauh je,
jadi Acik try la guna ni sensorang.
Letak kat riba, pastu ikut je la petunjuk yang di beri.

Acik ingatkan Waze ni guna jalan utama je,
rupanya Waze ni ikut jalan potong,
jalan kampung yang orang ramai tak lalu.







Ikut je apa omputih ni cakap.
Kalau suruh ambik simpang kanan,
kita pusing la.
Kalau kita tak pusing,
akan keluarkan Waze tu kaler merah.
Marah la konon..
tak ikut cakap dia.






Round about ni, omputih ni suruh masuk 
"second junction"
barulah Acik perasan selama ni
simpang ni ada 3 je simpang.





Inilah jalan 'short-cut' yang Waze ni tunjuk.
Entah mana-mana ntah jalannya.






Bila nampak bendera hitam putih tu,
rasa macam dalam perlumbaan kereta 'racing' pulak.
Maknanya penamatnya di situ.

*Buat malu je, orang Kelantan guna Waze dalam negeri.

Saturday, 6 September 2014

NAK BUAT MACAM NI JUGAK LA

Kali ni nak buat entry sempoi je la.
Banyak dah draf macam-macam tajuk.
Tinggal postkan je nanti.

Nak share dengan korang gambar ni ye.

Gambar sepupu Acik.
Adik-beradik ni memang awesome.
Tak pernah lagi nampak bergaduh,
bermasam muka apatah meninggi suara antara mereka.

Kalau mereka bergurau pun, tak pernah lagi
Acik dengar gurau mengejek-ngejek.



Bila si Adli ni upload gambar ni ke FB hari raya tahun ni,
tak pernah nampak pulak si Fahmi tu menjawab.
Relakan je apa si abang buat.
Jahat kau kan,Lie!!

Nak jadikan adik ipar?
Boleh...
Emel Acik ye..
Hahahaa....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...