Friday 30 December 2016

Anak Bongsu Dengan Tukang Gunting

Situasi biasa bila nak sambut sesuatu perayaan atau sambutan besar ialah

GUNTING RAMBUT.

Macam-macam ragam dan kerenah anak waktu bergunting lebih-lebih lagi waktu kecil.



Disebabkan Acik la ibu, Acik la bapa, jadi semuanya kena urus sendiri. Waie kecil dulu, memang rambut tebal. Tak sempat nak gunting. Jadi alternatif paling mudah, bawa pergi kedai.

Gambar di atas ni waktu Acik baru balik kerja. Dah maghrib pun masa ni. Ambil Waie dari rumah pengasuh, terus ke kedai gunting. Waktu ni tak pandai menggelepar lagi.



Waktu ni dah 4 tahun. Dah pandai sebab selalu gunting rambut dengan Abang Ngah. Nak masuk Prasekolah dah tahun depan. Rambut dah pendek, dah boleh pi sekolah la kan Adik?

Saturday 17 December 2016

2 in 1

Plan asalnya nak ke rumah Adik Bongsu yang baru dapat kerja di Port Dickson. Alang-alang semua adik beradik dah berkumpul, maka mak Acik plan untuk tunangkan adik bongsu Acik dengan kekasih hatinya.





Alang-alang dah berkumpul semua, berkelah la kami 2 hari di sana.





Itu gambar hari pertama. Bawah ni gambar hari kedua







Selesai semua urusan, kami balik ke Kota Bharu. Jam 10.30 pagi gerak, pukul 12 tengah malam sampai Kota Bharu. Alhamdulillah..selamat

KELAS KUIH TALAM DI KOTA BHARU

InsyaAllah, pada 24 Disember 2016 ini, saya akan mengadakan Kelas Kuih Talam yang ke-4.

Pada mulanya tak la rasa nak buat lagi memandangkan saya tak ramai kawan untuk mewar-warkan kelas tetapi disebabkan ada 2-3 orang yanv bertanya, maka saya adakan juga kelas ini.



Kelas akan diadakan di rumah saya di Kampung Jambu, Chempaka bermula jam 10 pagi hingga 2 petang. Makan tengah hari disediakan.

Tak rugi sertai kelas ni. Anda rajin, anda yang dapat manfaatnya. Saya pun senang la sikit. Boleh pass order kat korang yang join nanti.

Untungkan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...