Friday 30 December 2016

Anak Bongsu Dengan Tukang Gunting

Situasi biasa bila nak sambut sesuatu perayaan atau sambutan besar ialah

GUNTING RAMBUT.

Macam-macam ragam dan kerenah anak waktu bergunting lebih-lebih lagi waktu kecil.



Disebabkan Acik la ibu, Acik la bapa, jadi semuanya kena urus sendiri. Waie kecil dulu, memang rambut tebal. Tak sempat nak gunting. Jadi alternatif paling mudah, bawa pergi kedai.

Gambar di atas ni waktu Acik baru balik kerja. Dah maghrib pun masa ni. Ambil Waie dari rumah pengasuh, terus ke kedai gunting. Waktu ni tak pandai menggelepar lagi.



Waktu ni dah 4 tahun. Dah pandai sebab selalu gunting rambut dengan Abang Ngah. Nak masuk Prasekolah dah tahun depan. Rambut dah pendek, dah boleh pi sekolah la kan Adik?

Saturday 17 December 2016

2 in 1

Plan asalnya nak ke rumah Adik Bongsu yang baru dapat kerja di Port Dickson. Alang-alang semua adik beradik dah berkumpul, maka mak Acik plan untuk tunangkan adik bongsu Acik dengan kekasih hatinya.





Alang-alang dah berkumpul semua, berkelah la kami 2 hari di sana.





Itu gambar hari pertama. Bawah ni gambar hari kedua







Selesai semua urusan, kami balik ke Kota Bharu. Jam 10.30 pagi gerak, pukul 12 tengah malam sampai Kota Bharu. Alhamdulillah..selamat

KELAS KUIH TALAM DI KOTA BHARU

InsyaAllah, pada 24 Disember 2016 ini, saya akan mengadakan Kelas Kuih Talam yang ke-4.

Pada mulanya tak la rasa nak buat lagi memandangkan saya tak ramai kawan untuk mewar-warkan kelas tetapi disebabkan ada 2-3 orang yanv bertanya, maka saya adakan juga kelas ini.



Kelas akan diadakan di rumah saya di Kampung Jambu, Chempaka bermula jam 10 pagi hingga 2 petang. Makan tengah hari disediakan.

Tak rugi sertai kelas ni. Anda rajin, anda yang dapat manfaatnya. Saya pun senang la sikit. Boleh pass order kat korang yang join nanti.

Untungkan?

Monday 14 November 2016

SUKU

Jika anda ke Kelantan, pasti tujuan utama adalah MEMBELI BELAH @ SHOPPING.

Antara ayat yang anda kena tahu ialah 'suku'.



Suku dalam bahasa orang luar Kelantan (lupa pula orang Terengganu guna juga atau tidak ayat ini) bermaksud 'asing'

Situasi 1:
Nak bungkus nasi berlauk di gerai depan Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Contoh ayat :
"Kak, kuah suku ke?"

Maksudnya :
"Kak, kuah bungkus asing ke?"

Jawapan korang :
Angguk je. Tapi kalau nak nampak cerdik sikit, jawab la "ha".



Situasi 2:
Masih lagi membeli (sebab dah cerita awal-awal tadi. tujuan utama datang Kelantan nak shopping,kan? Jadi banyak contoh membeli je la, haha)

Nak beli kain batik crepe kat Bazaar Tengku Anis. 5 minit sebelum anda sampai ke kedai no.30, dah ada 1 family kat situ. Jadi tawar menawar pun berlaku. Anda pun sama menyibuk mengibar-ngibar dan menyelerakkan kedai no.30 tu, konon-konon nak cari yang paling memikat mata dan harga paling murah.

Anda pun nak harga sama macam orang sebelum anda.

Contoh ayat penjual :
" Kak mari suku ko? "

Maksud ayat :
" Akak datang asing-asing ke? "

Jawapan korang:
Kalau nak muka selamat, jawab la "tak"
tapi
Kalau nak duit selamat, jawab la "ye"

Selamat mencuba!!



Welcome To Kelantan.

Monday 7 November 2016

Mini Gout?

Pertama kali keliling tapak kaki bengkak. Kedua-dua belah kaki diserang bengkak serentak. Ya Allah, waktu tu memang tak boleh nak cakap macam mana. Nak pijak memang rasa nak bertempik.



Ihsan gambar google tu.

Asalnya Acik tak perasan sakit kaki tu. Hari Khamis itu, Acik ke hulu ke hilir uruskan hal anak-anak. Pagi ke Solat Hajat Pelajar PT3 di SMK Putera, sekolah anak Acik yang nombor 3. Kemudian berkejar masuk ofis. Boss mintak keluarkan cek.

Settle hal tu, Acik berkejar pula ke SMK Tanjong Mas. Urusan Majlis Muzakarah Ibu Bapa Pelajar Tingkatan 5. Anak Acik yang nombor 2 pula. Majlis bersurai jam 2 lebih.

Balik dari kerja, kaki dah start bengkak. Malam masih lagi boleh bertahan. Masuk Jumaat malam, kaki dah berkilat. Demam dah mula menyinggah. Dan ke Emergency Hospital Perempuan Raja Zainab la Acik.

Doktor tak dapat trace penyakit apa. Check darah semua ok. Buah pinggang ok, tak ada kencing manis, bukan gout, bukan penyakit sendi lain. Doktor hanya spesifikasikan ia mungkin radang sendi.

Jadi, antibiotik dan ubat tahan sakit saja yang diberi.

*maaf, gambar sebenar kaki sendiri memang tak dapat Acik beri. Cari dalam google gambar yang sama macam dengan kaki Acik, memang tak jumpa. Tapi nak bagitahu, memang sangat sakit.

Sambung esok lusa pulak la. Nanti tulis panjang-panjang, tak lepas pulak. Dah la guna wifi rumah yang hampir 6 orang guna ni.

Babai.

Monday 31 October 2016

Kagum Yang Amat Sangat

Dah lama dah Acik perhatikan, ada di kalangan rakan-rakan Acik yang mempunyai memori yang sangat kuat (campur besar).

Sebab apa Acik cakap camtu?

Sebab, bila Acik timbulkan 1 isu, pasti dia akan leret-leretkan isu tu dari sekecil-kecil hal sampailah ke sebesar-besar hal. Dari anak siapa, jiran siapa, rumah kat mana, adik keje apa, kereta apa, gaji banyak mana. Huishh.. Kuatnya memori dia!! Tu baru sorang!!

Belum lagi cerita jabatan tu, jabatan ni, siapa setiausahanya, siapa chairmannya. Ya Allah...memang Acik kagum sangat.



Bagi Acik, biarlah Acik tak tanya hal orang panjang lebar. Tak tanya banyak-banyak. Mesti orang menyampah kalau jumpa kita nanti..kan?

Tapi...kagum tu tetap ada...Mana la datang memori yang extra besar tu? Acik punya hal pun payah betul nak ingat.

Maybe banyak minum air rendaman semut kot. Huhuu

Monday 5 September 2016

Kek Viral

Kek ni kek biasa je. Kek coklat dilapisi dengan keju dan ganache. Tapi dek sana sini orang makan dan update, maka jadi la ia kek viral.



Acik pun terjebak jugak dengan kek Antoo ni. Ambil kesempatan la orang kata.



Tak kisah la viral ke apa ke asalkan apa yang kita buat tu halal kan.



Allah tengok usaha kita.

Melangkah Setapak Demi Anak

Ramai yang mintak buat kelas. Tapi Acik mana la pandai bercakap depan orang. Tergagap-gagap nanti.

Akhirnya buat juga bila order dari orang sekeliling tak mampu Acik terima. Baik la berkongsi ilmu dan boleh berkongsi rezeki dengan orang lain.



1st badge > terdiri daripada mereka-mereka yang memang dah ada dalam bidang baking. Yang berdukung baby tu, cikgu. Ambil cuti tanpa gaji setahun. Kes bosan duk rumah la tu.



2nd badge > kelas emergency. Sorang kenalan baker di Kota Bharu call hari Jumaat. Makcik duk KL nak belajar Sabtu esoknya sebab Ahad nak balik KL.

Alhamdulillah dapat juga berjalan lancar.

Nak berkat lagi, duit yuran tu Acik beri sikit untuk Mama. Buat la apa nak buat dengan duit tu. Tapi dah lumrah orang tua, dia takkan beli sesuka hati. Mesti dia ada standby untuk kegunaan kemudian hari.

Berminat nak join? WA 017-2954897 (watie)

Todas Is UPSR Day

Pagi ni nampaknya ramai la parents yang berdebar. Anak-anak nak menghadapi peperiksaan UPSR



Sis Suria Amanda antara ibu-ibu yang kecut perut. Semoga anak-anak tenang menjawab soalan nanti.

Acik lagi 6 tahun pulak akan berdebar bola Nana, anak no. 4 Acik darjah 6 nanti.



Good Luck semua!!

Sunday 31 July 2016

Busy.

Sejak Acik berpindah dari Machang ke Kota Bharu, Acik jadi sibuk yang teramat sangat. Tiada masa nak update blog, nak berbual panjang dengan rakan-rakan blogger.

Tempat kerja baru ni menuntut komitmen yang sangat tinggi. Tak termampu Acik nak buat. Dengan pengalaman yang tak berapa banyak mengenai sekolah kluster, Acik rasa bebanan yang teramat sangat.




Sampai satu tahap, Acik rasa Acik perlu keluar bagi memberi peluang kepada orang lain yang lebih berpengalaman. Borang dah isi, tunggu boss luluskan atau tidak.

Berserah pada Allah. Segala keputusan adalah yang terbaik buat Acik.

Wednesday 27 July 2016

ACIK NAIK HANTU!!

Pagi tadi, masa hantar Intan, anak Acik no.3 ke sekolah,
dia tak sempat pakai kasut di tangga sebab Acik dah start kereta.

Dia yang kelam kabut bila Acik start kereta, capai kasut,
bawa masuk dalam kereta. Nak pakai dalam kereta.

Biasanya kalau dia lambat camtu, dia akan pakai bila dah separuh jalan.

Nak dijadikan cerita, Intan pakai kasut pastu tiba-tiba dia lempar kasut.
"Macam ada benda kat dalam"

Hmm..confirm la KATAK!
Dan Acik pun berhenti tepi jalan.

Katak dah keluar dari kasut dan lompat ke arah depan kereta.
Kat wayar-wayar yang berselirat di stereng kereta. 





Masa tu, memang Acik naik hantu tau. Giler tak mengamuk.
Buatnya katak melompat kat kaki Acik masa Acik tengah drive,
apa akan jadi.

 Acik terbayangkan ini saja.

Alhamdulillah.. petangnya katak dah ditemui.
Kepanasan dalam kereta dan tak berdaya.

Selamatlah katak dan juga Acik.


Nak Mula Tang Mana Ni

Lama sangat dah tak update blog. Puncanya laptop rosak. Screen patah. Jadi lehernya tak dapat ditegakkan. Mood nak update blog kelaut la.

Sambil-sambil tunggu kuih talam Acik masak, update sikit la. Kasi intro yang entah ke berapa kali intro dah.

Banyak sebenarnya nak cerita. Untuk tatapan Acik di masa tua nanti. Nanti Acik cerita slow-slow.




Esok ada Jamuan Hari Raya. Turn ofis Acik pulak. Jadi Acik nak try buat Serimuka Mangga. Ala-ala makan Pulut Mangga gitu. Entah jadi ke tidak.

Orang-orang ofis la mangsa try n error Acik. Tak sedap, diaorang makan. Sedap pun diaorang makan. Blasah je kak.




Ok, dah siap. Acik nak tido kejap. Nanti kita borak lagi.

Babai

Sunday 17 April 2016

Tribute To Tomey

Sesiapa yang ada bela kucing, pasti akan tahu erti 'sayang giler'.. Acik mula gilerkan kucing ni mulai tahun 2009. Waktu itu, ibarat rumah kucing terbiar. Mana-mana kucing yang Acik jumpa, akan Acik bawa balik.

Tomey, antara kucing yang Acik jumpa. Sebetulnya suami Acik waktu itu, bawa balik dari tempat kerjanya. Seekor ibu kucing yang aktif. Rasanya dah lebih 35 ekor anaknya.




Di akhir-akhir umurnya, Tomey masih lagi bunting tapi kualiti dah tak sebaik muda. Tomey bengkak susu berikutan anaknya yang sedikit.




Bila bahagian susu pecah dan anaknya pula berebut-rebut nak menyusu, akhirnya koyak. Lama juga Acik tak perasan. Maaf Tomey.




Setelah dirawat di klinik, warded selama 4 hari, Tomey pulih. Anak-anak masih mahu menyusu. Acik biarkan Tomey dengan anak-anaknya yang masih kecil.

Tapi Acik lupa yang luka Tomey telah disapu ubat. Keesokan harinya, anak-anak Tomey, mati sekor demi sekor. Mungkin terjilat ubat luka Tomey. Apsal la Acik tak terfikir hal tu?




Akhirnya perut Tomey kembali terkoyak dan Acik memang tak bawa dah ke klinik. Acik cuma sapukan aloe vera pada lukanya.

Dipendekkan cerita, akhirnya Tomey mati setelah lebih sebulan mengidap jangkitan fungus yang sangat serius. Deria hidu tidak berfungsi. Tak nak makan, tak nak minum.

Tomey, kamu ibu terbaik kami pernah jumpa

Saturday 5 March 2016

Suprise Cake For Her Daughter

Acik speaking?? Hahaha...tengok kamus je tu. Mana la Acik tahu nak speaking-speaking ni.

Nak cerita pasal birthday girl ni. Maknya whatapps kat Acik. Minta buatkan kek birthday untuk anaknya.

Maknya si Izzah ni tinggal di Kuantan. Izzah belajar di Universiti Malaya Kelantan di Pengkalan Chepa ni je.

Kak Eyda (mak Izzah) bagitahu, anaknya peminat tegar Hello Kitty.. Aduhh...masalah ni. Camne nak buat kek tema Hello Kitty. Acik bukannya pandai nak buat kek fondant. Leceh sikit berfondant-fondant ni. Nasib baik la maknya bagi cadangan, buat Edible Image je.

Acik siap tempah Edible Image yang dah siap tulis nama. Hihii..senang kerja. Tak payah lagi nak menerap huruf fondant. Tampalkan EI, deko sikit keliling kek, siap!





Jam 6 petang, call kawan Izzah, Anje namanya. Hantar sampai depan pagar UMK.





Dah selesai urusan, mensuprisekan Izzah. Malamnya tu, kak Eyda hantar gambar ni.





Happy Birthday Izzah. Belajar rajin-rajin tau.

Doakan anak Acik dapat masuk U ye.

Sunday 28 February 2016

Timun vs Tembikai

Kalau korang datang Kelantan, ada banyak juga bahasa orang sini yang tak sama dengan orang luar antaranya ni la... TIMUN DAN TEMBIKAI





Teringat pengalaman Intan tinggal di asrama aritu. Kawan sebilik minta Intan ambilkan Timun di dewan makan. Freshie la ni.. Tolong ambilkan untuk senior.

Dia cakap tak ada pun. Senior marah-marah. Mustahil dah habis sebab tadi banyak. Katanya...

Senior minta orang lain ambil, setray budak tu bawa naik ke bilik. Rupanya Tembikai.

Jadi, kalau korang ke sini, timun tu maknanya tembikai ye.

Sekian

Friday 26 February 2016

Selalu Macam Ni Tau!

* Phone
Satu yang Acik perasan sangat-sangat dalam hal rezeki Acik ni ialah bila Acik terima banyak sangat tempahan, macam-macam hal yang akan jadi.

1. Bahan kat rumah dah habis, cari serata kedai, tak jumpa.
2. Nak beli banyak stok, auto teller rosak.
3. Dah la bahan terhad, tersalah adunan pulak. Nak bancuh lain, memang tak cukup dah.
4. Baru nak start enjin, anak pulak meragam.
5. Lagi 10 minit nak siap, gas habis termasuklah stok tong gas lain.
6. Paling haru, nak lelapkan mata kejap je, sudahnya pagi esok baru sedar...





Kekasih hati ni meragam. Sampaikan duduk tepi chiller. Nak makan edible image gambar Ultraman. Customer Acik punya. Takkan Acik bak bagi?




Kek ni pun sampai tenggelam kt tengah sbb terlebih masukkan ovelette. (Agaknya la). Esok kena buat baru nampaknya.

Tak boleh banyak merungut. Allah uji sikit je pun

Thursday 25 February 2016

Bantuan Awal Persekolahan 2016

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Bantuan Awal Persekolahan
adalah antara bantuan yang ditunggu-tunggu oleh
kebanyakan ibu bapa pelajar.

Walaupun cuma RM100 sahaja tetapi sekurang-kurangnya mampu
menampung sedikit perbelanjaan persekolahan anak.

Tapi tahun ini sedikit perubahan telah dilakukan iaitu
kelayakan penerima Bantuan Awal Persekolahan ini
ditapis. Pendapatan ibu bapa penjaga pelajar
hendaklah tidak lebih RM3000.

Acik antara penerima bantuan tersebut untuk Angah dan Intan.
Majlis di sekolah Intan, Acik tak pergi sebabnya
Acik masih di Melaka. Layan HeroHeroin Cinta Si Wedding Planner .
(Nampak tak majlis tu lagi penting daripada RM100 tu?)





Acik hadir kali ni untuk terimaan bagi pihak angah di SMK Tanjong Mas, Kota Bharu.
Biasa la, datang pendaftaran dulu pastu dengar sikit taklimat
pastu baru pemberian wang.

Naik pentas tu yang Acik lemah tu.






Nasib baik la ambil kat kantin je.


Alhamdulillah..

Ada yang cakap, untunglah kau, dapat RM100, anak 2 orang sekolah,
dah RM200, BRiM lagi. Mereka lupa ke, nilai wang terlalu rendah.
Haiyaa..

Wednesday 24 February 2016

MAJLIS SARAPAN PAGI BERSAMA ADI PUTRA, MIRA FILZAH DAN BLOGGER

Tazabarnya nak cerita.....

Pagi tu, 20.02.2016 (Sabtu), Acik terlambat bangun.
Mama pun sama. Sebabnya kami tidur rumah adik
jadi semuanya janggal. Dah la tersedar lambat, 
cari jam dinding pun tak jumpa. Nak lilit shawl pun rasa nak bertempik je
sebab tak jumpa cermin besar.

Jam 7.10 pagi, Acik bertolak dari Melaka. Dengan tak tahu berapa kilometernya
dari Melaka ke Bangi, Acik gerak dari rumah adik
dengan rasa geram. Geram sebab tudung tak jadi. Grrr..

Makan tak sempat. Lapar giler. Kalau dilayan makan, bertambahlah lambat.
Masuk highway, tengok signboard, 100km++. 
Maknanya ada 1 jam lebih nak sampai ke Bangi.
Takut dah nak wasap kat KK (Khir Khalid) . Nanti ditanyanya Acik kat mana,
susah jugak nak jawab tu.
Takkan nak jawab baru naik highway sedangkan mereka dah start berkumpul

Acik nak cerita ni pun seriau lagi ni.

Disebabkan dah lambat, penganjur pun dah banyak kali bagitahu jangan lambat,
Acik tekan minyak sampai 140km sejam tau.
Fuhhh... memang tak pernah Acik cecah selaju tu.
Tobat dah.. tak nak buat camtu lagi.

Tapi tetap sampai jam 8 lebih jugak sebab 140km tu pun kejap-kejap je.
Datang pikir yang bukan-bukan, slow balik.. 
Masuk lorong tengah.
Bila pikir balik orang dah start majlis, tekan minyak semula sampai 140km.
Camtu la sampai la ke Bangi.

Dipendekkan cerita, dapat la jugak sampai dengan selamat.
Tapi eee... itu la last rasanya Acik pergi majlis camtu sorang-sorang.
Tengok la sebab apa?





















Semuanya gambar ambik sendiri tau. Tak ada kawan.
Takkan nak berkawan dengan KK pulak.
Dengan blogger lain, Acik tak kenal.

Akhirnya, Acik mintak tolong sorang blogger, tak tahu nama apa,
snapkan gambar Acik. Biar la dia nak cakap apa pun,
asalkan dapat bergambar.




Sorry Abang Adi..Acik terpegang sikit siku. Bukan sengaja tau.





Dalam banyak-banyak gambar mereka bersama blogger,
gambar ni je Acik ada sebab kepala ting tong sangat.
Badan letih. Tak daya nak lawan peminat fanatik Adi Putra.
Acik pandang je la gelagat mereka.

Terima kasih kepada Tuan Haji Denaihati dan team kerana
memberi peluang Acik merasa indahnya hidup berblogger.
Sekurang-kurangnya Acik dapat peluang ini atas nama BLOGGER.










HUK ALOH LAA...

Pagi-pagi lagi dah try tukar background apa bagai.
Klik itu klik ini.
Sekali, bloglist jadi panjang berjela.


Haritu ada orang tolong buatkan ikon 'scroll'.
Jadinya nak buat balik ikon 'scroll' tu tak pandai.

Iklan Nuffnang pun hilang. Adoii!!
Tolonglah!!




Camne la nak buat ni? Kalau ada sesiapa boleh tolong ke,
boleh bagi tutorial sikit, (yang tak memeningkan kepala orang tua ni),
sangat-sangat dialu-alukan. Wasap Acik ye. 
017-2954897.

Pada korang yang blognya ada dalam list sebelum ni tapi Acik dah terdelete,
Acik minta maaf sangat. Nanti Acik masukkan semula lepas
update ikon 'scroll' tu ye.

Kepala dah pening pulak pepagi ni.

Tu la..sapa suruh cari pasal!

Tuesday 23 February 2016

CoMe Back!!

Alhamdulillah... Akhirnya Acik dapat balik menaip seperti biasa. Rindu sangat dengan korang tau. Setiap hari, perasaan nak berinteraksi dengan rakan-rakan membuak-buak.

Banyak sangat masalah datang. Mulanya dengan masalah keyboard laptop. Pastu dengan masalah laptop pulak. Sambung pulak dengan order yang banyak (Alhamdulillah rezeki anak-anak). Hujung tahun lepas bergelut pulak dengan penutupan akaun sekolah.

Yang paling ketara sekali ialah ketika Acik dapat pindah ke Kota Bharu. Dekat dengan anak-anak, dekat dengan mak. Boleh uruskan hal anak-anak sendiri. Nampak tak kesibukannya di situ.



Ni pun Acik try cari balik password emel. Tak puas rasanya nak mengupdate blog dalam phone. Dah la phone besarr sangat. Tak muat jari nak menekan.






Terkial-kial jugak nak klik button-button kat atas tu. Maklumlah makan tahun jugak tinggalkan blog.



Yang paling penting, Acik boleh BW korang punya blog. 

Weeee...

pstt...Sorry..entri kali ni syok sendiri sikit. Nak bagitahu dah aktif balik je.
So tak de idea lagi nak share apa-apa.
 
p/s : Boring pulak tengok blog ni. Ada sapa-sapa boleh updatekan blog Acik ni
dengan sedikit bayaran. I pay for your job.
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...