Showing posts with label servis. Show all posts
Showing posts with label servis. Show all posts

Friday, 17 October 2014

Tak WaSTekan MaSa La..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini Acik nak berkongsi sedikit
apa yang Acik dah cuba guna
iaitu Aplikasi WAZE.




Sebelum ni, bila kawan-kawan Acik cakap..
"Woi, bagi alamat rumah..Aku nak waze kejap"
Acik tak paham..apa maksud waze.
"Kau cakap je la ko nak google rumah aku."
"Bukan google la!!Aku nak waze"
Ahh...ikut kau la...
Asalkan kau sampai rumah aku.







Inilah antara yang ada.

Minggu lepas, Acik cuba guna Waze ini 
untuk ke Pantai Cahaya Bulan.
Set dari rumah nak ke sana.

Acik tahu jalan jauh je,
jadi Acik try la guna ni sensorang.
Letak kat riba, pastu ikut je la petunjuk yang di beri.

Acik ingatkan Waze ni guna jalan utama je,
rupanya Waze ni ikut jalan potong,
jalan kampung yang orang ramai tak lalu.







Ikut je apa omputih ni cakap.
Kalau suruh ambik simpang kanan,
kita pusing la.
Kalau kita tak pusing,
akan keluarkan Waze tu kaler merah.
Marah la konon..
tak ikut cakap dia.






Round about ni, omputih ni suruh masuk 
"second junction"
barulah Acik perasan selama ni
simpang ni ada 3 je simpang.





Inilah jalan 'short-cut' yang Waze ni tunjuk.
Entah mana-mana ntah jalannya.






Bila nampak bendera hitam putih tu,
rasa macam dalam perlumbaan kereta 'racing' pulak.
Maknanya penamatnya di situ.

*Buat malu je, orang Kelantan guna Waze dalam negeri.

Friday, 29 August 2014

EE..KENAPA TAK BOLEH SOUND ORANG NI?

Memang pesen Acik, susah sangat nak bagitahu ketidakpuashatian
terhadap sesuatu perkhidmatan.
Asal Acik nak sound orang je,
Acik mesti letakkan diri Acik kat tempat orang tu.

Makan diri jugak tau kalau ada penyakit macam ni.

Kalau diri sendiri yang kena, tak pe la.
Kadang-kadang anak yang jadi mangsa.
Kesian..tapi Acik tak reti la nak sound orang.
Adakah ini sejenis penyakit?
Tolong sorang sahkan bahawa ini adalah salah 1 penyakit
1 orang dalam 10,000.

Terbaru..Nana jadi mangsa pada penyakit Acik tak reti sound orang ni.

Acik bawak Nana pegi kedai gunting rambut.
Nak gunting sikit rambutnya.
Dah sampai tutup mata.

Round-round bandar Kota Bharu, jumpa kedai orang melayu.
"Boleh potong rambut budak?"
"Kita tak potong rambut budak."

Mmm..ini la melayu. Demand sangat.
Susah sikit je, tak nak buat.
Kalau Acik la, buat je..Rezeki kita,kan?

Acik cari lagi..jumpa 1 saloon kecik.
Papan tanda macam saloon bangsa lain.
Orang tak ada pun.
2 - 3 kali Acik pusing kat jalan yang sama.
Nak carik parking.
Akhirnya dapat jugak.

Nana pun duduk kat kerusi.
Si Tukang Gunting tu pun tanya nak potong macam mana.
Acik cakap potong pendek.
Tak kisah la macam mana pun pesennya.
2nd time ni potong rambut kat kedai.

Mula potong..

Dah siap potong, si tukang gunting ni tanya, ok tak?
Acik dah nampak kecacatan di rambut belah kiri Nana.
Tapi Acik boleh jawab "Mmm..ok.Cantik!"

Ahh...mulut dah terlepas cakap "Ok..Cantik!"
Walhal nak suruh repair lagi.
Bayar RM5, pastu balik.

Rambut depan pendek..Rambut kiri panjang sampai telinga.

Rambut belah kanan, atas pada telinga.

Kalau Acik tahu la dia gunting macam ni,
baik Acik potong sendiri rambut Nana ni.

Ini la hasil guntingan rambut Acik pada Nana selama ni.

Side-burn sama rata





Rambut atas dengan side-burn nak dekat sama.


Sebijik macam rambut Temenggung Jugah Anak Barieng.
Tak pun macam Abu Bakar Ellah.
Puas jugak hati..

Pasni kena belajar gunting rambut pulak la.
Mesti ramai yang nak datang potong rambut dengan Acik




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...