Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Khamis minggu lepas, Acik dikejutkan dengan kemalangan
di 'fly-over' yang selalu Acik lalu
setiap kali nak ke pejabat.
Kali ni melibatkan penunggang motosikal.
Seorang remaja yang berulang-alik lebih kurang 15km
ke sekolah daripada rumah.
Pelajar ini, pelajar tingkatan 5, sebuah sekolah agama
di Kok Lanas.
Setiap hari, dia akan menghantar adiknya ke sekolah
dulu di tempat kerja Acik,
barulah terus ke sekolah.
Arwah terlanggar belakang lori
yang meletakkan lorinya di sebelah kiri jalan di atas
'fly-over' itu.
Mungkin arwah ni ingatkan lori ini bergerak.

Teruk jugak motor arwah tu. Patah dua.
Alhamdulillah badannya tiada apa-apa.
Yang sedihnya, beg sekolah tersandang lagi di belakang mangsa.
Cikgu-cikgu di sekolah adik arwah ni
sibuk bercerita yang adiknya belajar macam biasa.
Memang la belajar macam biasa cikgu oii.
Masa tu dia tak tahu abang dia dah accident
kat atas fly-over tu.
Arwah ni baik budaknya. Adiknya pun lemah lembut.
Pastinya kehilangan dia sangat dirasai.

Sebelum kemalangan ini, calon SPM sekolah yang sama dengan arwah ni
meninggal juga. Naik motosikal dalam hujan.
Terjatuh.
Dah berhenti hujan, baru orang perasan dia ada di situ.
Pelajar tu koma beberapa hati.
Kemudian meninggal.
Selang 2-3 hari selepas kemalangan di 'fly-over' ni,
pelajar tingkatan 5 di salah sebuah sekolah menengah di Machang
pula meninggal.
Kes motor jugak.
Pelajar ni accident hari Ahad petang.
Isninnya tu dah SPM.

Gambar ni ehsan Whatsapps.
Ya Allah...sedihnya bila calon-calon SPM
meninggal ketika hampir dengan waktu peperiksaan.
Selamatkanlah mereka-mereka ni ketika pergi dan balik
dari menimba ilmu.
Aaminn..
SEKIAN..


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
