Wednesday 5 November 2014

KoRBaN CaLoN SPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Khamis minggu lepas, Acik dikejutkan dengan kemalangan
di 'fly-over' yang selalu Acik lalu
setiap kali nak ke pejabat.

Kali ni melibatkan penunggang motosikal.
Seorang remaja yang berulang-alik lebih kurang 15km 
ke sekolah daripada rumah.

Pelajar ini, pelajar tingkatan 5, sebuah sekolah agama
di Kok Lanas.
Setiap hari, dia akan menghantar adiknya ke sekolah
dulu di tempat kerja Acik,
barulah terus ke sekolah.

Arwah terlanggar belakang lori
yang meletakkan lorinya di sebelah kiri jalan di atas
'fly-over' itu.
Mungkin arwah ni ingatkan lori ini bergerak.





Teruk jugak motor arwah tu. Patah dua.
Alhamdulillah badannya tiada apa-apa.
Yang sedihnya, beg sekolah tersandang lagi di belakang mangsa.

Cikgu-cikgu di sekolah adik arwah ni
sibuk bercerita yang adiknya belajar macam biasa.
Memang la belajar macam biasa cikgu oii.
Masa tu dia tak tahu abang dia dah accident
kat atas fly-over tu.

Arwah ni baik budaknya. Adiknya pun lemah lembut.
Pastinya kehilangan dia sangat dirasai.





Sebelum kemalangan ini, calon SPM sekolah yang sama dengan arwah ni
meninggal juga. Naik motosikal dalam hujan.
Terjatuh.
Dah berhenti hujan, baru orang perasan dia ada di situ.
Pelajar tu koma beberapa hati.
Kemudian meninggal.

Selang 2-3 hari selepas kemalangan di 'fly-over' ni,
pelajar tingkatan 5 di salah sebuah sekolah menengah di Machang
pula meninggal.
Kes motor jugak.

Pelajar ni accident hari Ahad petang.
Isninnya tu dah SPM.



Gambar ni ehsan Whatsapps.


Ya Allah...sedihnya bila calon-calon SPM
meninggal ketika hampir dengan waktu peperiksaan.
Selamatkanlah mereka-mereka ni ketika pergi dan balik
dari menimba ilmu.
Aaminn..

SEKIAN..


32 comments:

  1. semoga arwah di tempat kan di kalangan orang yang beriman dan tenang disana...dah sampai ajal, segalanya telah tertulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..dah sampai ajal..kita tak boleh nak elak,dah.

      Delete
  2. lori tu takde letak sebarang tanda ke menunjukkan ia rosak? emm..laluan motor pon kan..
    semoga roh mereka ditempatkan dala golongan mereka yang beriman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin la kot lori tu tak letak triangle tu..aaminn

      Delete
  3. Ya allah . sebak tgk gambar eksiden tu . kesian sgt .. moga Allah tmptkan arwah di kalangan org yg beriman . moga mereka semuaaa trmsk kita semua dilindungi Allahh . aamin

    ReplyDelete
  4. alhuakbar..innalillah..sedihnya..btw Kok Lanas tu dah dekat dgn kg akk tu

    ReplyDelete
  5. Allahu. Innalillah. Moga mereka ditempatkan bersama dengan orang yang beriman. ^^

    ReplyDelete
  6. Sedihnya baca.
    Accident demi accident... Satu demi satu yang meragut nyawa.
    Betapa keluarga bergantung pada mereka..
    Andainya anak.sulung...
    Mmg besar harapan keluarga.
    Moga mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga antara korban baru2 ni anak sulung..semoga tempat mereka di kalangan orang2 yang beriman

      Delete
  7. Skg byk sgt kes kemalangan kan acik..
    smoga arwah ditptkn dklngn org yg beriman dan keluarga tabah

    ReplyDelete
  8. Inalillah.. sedihnya bila baca satu demi satu calon SPM meninggal dunia menjelang SPM..moga roh mereka ditempatkan bersama orang yang beriman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. calon spm yang hampir nak peksa tu yang sedih sgt tu..aaminn

      Delete
  9. Innalillah.... sedih tengok jasad arwah... T_T

    ReplyDelete
  10. Tak kira SPM, Pmr or UPSR..pasti byk berita kemalangan yang melibatkan calon peperiksaan..semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman..amin..

    ReplyDelete
  11. Ya Allah. Acik, adik kite SPM.
    Dah ajal arwah. In shaa Allah. Semoga arwah ditempatkan di tempat org2 yg beriman.
    Kite ni entah macam mana pulak cara kematian kite :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haish..awak ni Nur As...SPM tu kebetulan je...Good luck for your sis ye..
      Semoga pengakhiran kita nanti yang elok2 saja.

      Delete
  12. semoga ditempatkan dalam golongan beriman..

    ReplyDelete
  13. Innalillah. Knpe lori tu xletak tanda segitiga tuu??? Bole kne saman tu..huhu

    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la Balqis..memang sepatutnya letak tanda tiga segi tu

      Delete
  14. memang sedih sangat... kawan saya masa nak SPM, dia jatuh sakit. kritikal. sebab dia sibuk study, dia x jaga diri. so moral of the story, jagalah kesihatan juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tekanan kot..mak bapak push, cikgu push..

      Delete
  15. takziah buat keluarga mangsa.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...