Friday 14 November 2014

MiNTa PeNDaPaT SiKiT...KiTa BiNCaNG..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


MEMBINA KELUARGA BAHAGIA


Dulu, zaman Acik kecik-kecik dulu,
tak ada lagi internet-internet ni bagai.
Terpulang pada ibu bapa kita sendiri untuk cari alternatif
bagaimana cara nak menaik-taraf keluarga.


Bagi yang kurang rajin sikit, akan teruskan saja
pendidikan turun temurun tu.
Jadilah ia satu penyakit, dari bapak turun ke anak,
dari anak turun ke cucu..
Begitulah seterusnya.


Kalau yang 'turun-temurun' tu yang baik-baik,
yang mengikut landasan Islam, tak apa la..
Kalau yang jenis tak berapa nak elok,
pertuturan harian dalam rumah dah kasar,
macam mana??






Acik bagi beberapa situasi :

SITUASI 1
Suami kurang sembahyang, isteri sembahyang.
Anak-anak, kadang-kadang je sembahyang.
Si ibu tak pukul anak suruh sembahyang sebab tak nak
menggunakan kekasaran dalam mendidik anak.


SITUASI 2
Suami perengus, berbahasa kasar depan anak-anak.
Isteri tegur suami setiap kali suami maki hamun
depan anak.
Anak-anak menggunakan bahasa kasar yang 
mereka dengar
di belakang ibu mereka.


SITUASI 3
Salah seorang anak daripada situasi 1 ada kesedaran.
Tak tahu nak ubah keseluruhan keluarga.
Nak sedarkan tentang kehidupan islamik 
memandangkan adik beradik yang lain 
dah besar-besar dan 
mengamalkan konsep 'turun-temurun'.


SITUASI 4
Adik-beradik sepakat untuk menentang perubahan 
yang nak dibuat.
"BERDOSA MENEGUR IBU BAPA SEHINGGA MEREKA 
TERASA HATI"- itu kata mereka





Mungkin rakan-rakan semua ada pendapat dan cara bagaimana
untuk kita sama-sama ubah keluarga kita ke arah yang lebih baik.

Selalunya bila kita sebagai orang dalam tegur, tak boleh nak 'masuk'
tapi bila kita mintak tolong orang luar tegur, 
orang luar jarang nak masuk campur.
Nak tunggu ustaz, ustazah atau pakar motivasi datang rumah
tegur kita baru nak dengar, sapa nak layan?

SEKIAN...



32 comments:

  1. SITUASI 1
    - Suami kurang sembayang, Isteri sembayang? = isteri tidak pernah tinggal sembayang?.
    Jawapan: Bagi saya, cara terbaik adalah dengan mengigatkan suami waktu solat..
    - Anak-anak kadang-kadang saja sembayang, si ibu tak pukul anak suruh sembahyang sebab tak nak menggunakan kekasaran dalam mendidik anak.
    Jawapan: Ingatkan anak-anak agar sembayang, dan sekiranya dengan komunikasi tidak mengubah apa-apa(si anak masih sama "tinggalkan sembayang"). ibu bapa berhak untuk menggunakan kekerasan terhadap anak mereka..

    SITUASI 4
    - Adik-beradik sepakat untuk menentang perubahan yang nak dibuat.
    Jawapan: sekiranya perubahan itu kepada sesuatu yang buruk, ada lah tidak salah untuk anak-anak memberi pendapat.. (bukan menentang ibu bapa) sekiranya ianya untuk kebaikan ibu bapa dan keluarga saya rasa tidak ada masalah, cuma caranya kena lah menggunakan cara lembut (agar ibu-bapa tidak terasa).

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya untuk kesemua situasi itu? Kalau tak silap saya dalam agama Islam ni ada menyatakan bahawa sekiranya kita telah menegur mereka yang lupa pada jalan Allah dan mereka tidak menghiraukannya, maka kita yang telah menegur itu tidak berdosa kerana kita telah menjalankan tanggungjawab kita. Disini saya tak maksudkan yang kita hanya perlu lepas tangan sekaligus..Namun sesungguhnya jika kita telah berusaha nak tegur tapi tak menjadi, maka adalah lebih baik kita berbalik kepada Allah..Minta Allah bukan pintu hati mereka agar diberikan hidayah untuk sedar tentang kuasa Allah. InsyaAllah Allah akan makbulkan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha dan usaha lagi..di samping berdoa..TQ Mek Zumbie

      Delete
  3. menegur tu boleh tapi biarlah kena cara penyampaian yang betul serta masa dan tempat yang betul...ada sebahagian kita masih boleh ikut cara turun-temurun...tapi segalanya biarlah mengikut panduan yang telah ditetapkan Islam...walau apapon, gunakan senjata yang kita ada iaitu DUIT = Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih berkongsi pendapat...itu yang patut kita amalkan...DUIT.

      Delete
  4. pada pendapat saya..ada caranya utk kita tegur ibubapa kita..sepanjang hidup dalam jagaan mereka sudah pasti kita tahu bila masanya atau situasi ibubapa kita berada dalam mood yang baik..cakap dgn lembut..mukadimah perlu ada..jangan direct sound..sbb ibubapa semakin meningkat umur mereka..mereka akan semakin 'manja'..yg penting jgn berhenti berdoa..minta pada Allah semoga org tua kita berubah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Norma NML..betul..makin tua makin sensitif...

      Delete
  5. Cara nya yang sesuai..kawal dan kenal siapa kawan kawan anak anak.....anak anak lebih suka mendengar dan mengikut kata kata kawan dri ibu bapa sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi kita kena cari kawan anak-anak untuk tegur anak-anak kita ye...good idea.TQ.

      Delete
  6. Kena ingatkan suami bila dah masuk waktu solat utk kerjakan solat.
    Ank berumur 10thn ke atas kalo x solat dah boleh pukul. Ikut yg islam anjurkan. Namun nk pukul pun ada caranya.

    Bila suami dah cool baru tegur mengenai percakapan kasar dia tu. Isteti boleh amalkan doa melembutkan hati suami dan doa juga time masak utk keluarga.

    Bkn masalah terasa hati...masalahnya takut dosa kian bertambah. Boleh minta tlg pd sesiapa yg parents kita sgt hormati utk bercakap/ menasihati parents kita. Smg terbuka hati parents kita dgn nasihst tersebut.

    Teruskan berdoa spy Allah bg hidayah pd semua ahli keluarga insyaAllah.

    Just my2 cents :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok Sue...TQ atas pendapat...Doa tu paling penting

      Delete
  7. hmmmmm. utk tegur ibu bapa.. kita boleh tegur secara lembut.. inshaa Allah perlahan-lahan mereka boleh terima. (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena belajar skill tegur ibu bapa ni..TQ Izzati

      Delete
  8. bukan mudah nak menegur ibu bapa kita.. cakap memang senang.. tapi nak melakukannya kena fikir banyak kali.. hati mereka cukup nipis.. takut terkoyak macam kulit bawang.. jadi, pendekatannya yang boleh mama kongsikan adalah... mencari rakan atau sahabat yang rapat dengan orang tua kita. minta pertolongan untuk menasihati... itu saja caranya...
    Mama Niza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....nak pratikkan tu yang 'diluah mati mak, ditelan mati bapak'

      Delete
  9. Masing2 kena ingat kan ... Teguran perlu dibuat secara berhemah ... Misal nyer kalau Isteri nak tegur Suami seelok nyer jangan depan orang or anak2 ... Wallahua'lam ... Cakap mmg senang kan, tapi nak praktik kan tu memerlukan kesabaran ... Jangan mudah putus asa dan jangan lupa berdoa dan terus berdoa ... Kerana DOA tu senjata orang Islam ...

    ReplyDelete
  10. Salam singgah sini Acik...setiap kita punya pendapat dan pandangan dalam menegur ahli keluarga...seeloknya tegurlah dengan cara yang baik dan berhemah...semoga setiap teguran kita dapat merubah ke arah yang lebih baik dan berhemah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebolehnya kita nak tegur dengan teguran yang paling berhemah...

      Delete
  11. pada pendapat saya,

    sebab tu kalau boleh, masa sebelum kawen, kita perlu solat istikharah. minta dikurnia pasangan yg baik. namun kalau lepas kawen terdapat masalah timbul tentang hubungan dengan Allah, maka cuba perbaiki. memang susah nak tegur orang yg dekat dengan kita. cuba kasi dengar ceramah2 @ ayat alquran @ tegur secara berhikmah. terus berdoa untuk sama2 bertemu kembali di syurga kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah HSB...yang baik-baik datangnya dari Allah

      Delete
  12. Bace jugak.. nak komen, tak lalui lagi... =)

    ReplyDelete
  13. kalau dengan family ni, susah sikit nak tegur.. saya sebagai anak sulung, saya memang direct je.. kau tak nak ummi, ayah, arwah abah masuk syurga ke? kita ni keluarga Islam. kita nak sama-sama duduk dekat syurga nanti. karang orang lain ada family, kita xde.. nak ke?

    situasi lain, kawan saya, mak dia sindir je. anak dia lambat solat. dia p cakap, ha, kakak, pergi sembah pokok tu. pokok tu bila-bila boleh sembah. xyah nak lewat-lewatkan ke apa sembahyang nya..

    kadang2 sindiran ni berguna juga. jangan sampai marah. jangan mengkritik. jangan membandingkan. cukup x suka bila dibandingkan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...