Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Thursday, 16 October 2014

JaNGaN BaNGGa DeNGan JawaTan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni, kakitangan kerajaan dah terima gaji 
untuk bulan Oktober sempena Deepavali.
Jangan pergi keluarkan dulu tau!
Disiplinkan diri melainkan anda 
NAK SAMBUT DEEPAVALI JUGAK!!

Entry ini ditulis setelah melihat 
satu kejadian semasa dalam perjalanan Acik ke pejabat.




Bukan semua POLIS itu ikut peraturan 
sepertimana bidang tugas mereka.
Ada juga yang gunakan pangkat dan nama POLIS
untuk lepas daripada kesalahan.
Had laju, seat-belt, minta duit jika 
nak lepas daripada saman dan macam-macam lagi.





Ada juga yang POYO bila jadi polis..
Hidung tak mahu langsung jatuh ke bawah.
Senyum jadi berat semata-mata 
nak nampakkan garang dan serius.
Hmmm..boleh bertempat jugak,kan senyum tu?
Ada juga yang Acik pernah nampak,
masa Acik buat report di balai polis,
mereka bergurau sesama mereka,
lelaki dan perempuan
sampai tepuk-tepuk punggung.
Adoi..Acik pulak yang malu.!!





Bukan semua GURU itu baik akhlaknya
sepertimana bidang tugas mereka yang mengkehendaki
mereka mendidik anak murid mereka supaya berakhlak baik.
Ada juga yang menggunakan bahasa-bahasa kesat 
dalam pengajaran mereka.
Ada juga yang terlampau mesra
sampaikan boleh bertepuk tampar tanpa ada batasan.
Ada juga yang sangat bangga jadi guru.
"Saya guru. Ikut saya la"




Bukan semua KETUA itu bagus dalam pengurusan
sepertimana yang dituntut.
Ada yang berat sebelah.
Ada yang tak mahu dengar pendapat.
Ada yang tak boleh ditegur.
Ada yang buat tak tahu je.




Bukan semua yang bertudung itu bersih hatinya
sepertimana tuntutan agama.
Ada yang bertudung sebab ikut trend.
Ada yang bertudung sebab terpaksa.
Ada juga yang sekejap pakai, sekejap tidak.
Ada yang bertudung tapi mencuri.
Ada yang bertudung tapi menipu.
Ada yang bertudung tapi berkhalwat.
Ada yang tiba-tiba bertudung sebab nak tutup 'lovebites'.





Jadi janganlah kita bangga pada manusia
dengan jawatan dan pekerjaan kita
kerana kita tidak tahu apa pandangan orang pada kita.
Jadikanlah hati kita serendah-rendah hati kita sesama manusia.






Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Tak perlu melatah..
Terima sahaja dan berubah..

SEKIAN..





Sunday, 21 September 2014

Mohon jauhkanlah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kita pernah dengar,kan cerita 
ada satu keluarga kemalangan jalan raya.
Sebelum isterinya meninggal dunia,
isterinya telah menyusukan anak mereka
sehinggalah si isteri menghembuskan nafas terakhir.

Rupanya kat kampung Acik ni pun ada kes camtu.
Si isteri menghidap Barah Otak.
Si isteri minta suaminya 
berikan anak mereka yang masih kecil
untuk disusukan di pangkuannya
Si anak pun menyusulah.
Si suami pula biarkan si isteri dengan anaknya tu.
Bila si suami datang semula,
dia lihat si isteri sudah tiada..
sedangkan 
si anak masih lagi menyusu..













Sedihkan..
Tak dapat Acik bayangkan situasi itu.
dan semoga abang-abang ada kesedaran untuk
melindungi adik-adik mereka.
Mohon jauhkanlah..
Aaminn..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...