Monday 5 September 2016

Kek Viral

Kek ni kek biasa je. Kek coklat dilapisi dengan keju dan ganache. Tapi dek sana sini orang makan dan update, maka jadi la ia kek viral.



Acik pun terjebak jugak dengan kek Antoo ni. Ambil kesempatan la orang kata.



Tak kisah la viral ke apa ke asalkan apa yang kita buat tu halal kan.



Allah tengok usaha kita.

Melangkah Setapak Demi Anak

Ramai yang mintak buat kelas. Tapi Acik mana la pandai bercakap depan orang. Tergagap-gagap nanti.

Akhirnya buat juga bila order dari orang sekeliling tak mampu Acik terima. Baik la berkongsi ilmu dan boleh berkongsi rezeki dengan orang lain.



1st badge > terdiri daripada mereka-mereka yang memang dah ada dalam bidang baking. Yang berdukung baby tu, cikgu. Ambil cuti tanpa gaji setahun. Kes bosan duk rumah la tu.



2nd badge > kelas emergency. Sorang kenalan baker di Kota Bharu call hari Jumaat. Makcik duk KL nak belajar Sabtu esoknya sebab Ahad nak balik KL.

Alhamdulillah dapat juga berjalan lancar.

Nak berkat lagi, duit yuran tu Acik beri sikit untuk Mama. Buat la apa nak buat dengan duit tu. Tapi dah lumrah orang tua, dia takkan beli sesuka hati. Mesti dia ada standby untuk kegunaan kemudian hari.

Berminat nak join? WA 017-2954897 (watie)

Todas Is UPSR Day

Pagi ni nampaknya ramai la parents yang berdebar. Anak-anak nak menghadapi peperiksaan UPSR



Sis Suria Amanda antara ibu-ibu yang kecut perut. Semoga anak-anak tenang menjawab soalan nanti.

Acik lagi 6 tahun pulak akan berdebar bola Nana, anak no. 4 Acik darjah 6 nanti.



Good Luck semua!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...