Showing posts with label upgrade. Show all posts
Showing posts with label upgrade. Show all posts

Tuesday, 14 October 2014

WaJiB AdA DaLaM PHoNe SeTiAp ORaNG IsLaM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sedar tak kita, kadang-kadang kita sendiri was-was
dengan arah kiblat dan was-was dengan 
masa masuk waktu solat.

Jadi, Acik cuba download 'aplikasi' ini dalam phone Acik.
Ternyata ia menenangkan jiwa
dan menghilangkan rasa was-was.

Acik upload daripada Google Play Store.




Muka depan.




Antara yang ada di dalam apps ini.




Azan akan berkumandang setiap kali masuk waktu.





Arah kiblat





Asma-Ul-Husna





Doa-doa harian yang biasa kita gunakan.





Pilihan tempat dalam Malaysia.




Pilihan tempat dalam dunia.


Seeloknya, kita simpanlah Apps ini dalam gajet kita.
Bukan berat pun.
Kalau FB, IG, TWEET boleh kita download
Inikan pula perkara yang melibatkan perkara wajib
kita dengan Allah.
Tak salah,kan??

SEKIAN PERKONGSIAN KALI INI.


Tuesday, 23 September 2014

SEGMEN WALKING WITH USRAH

Assalamualiakum dan salam sejahtera,

Pertamanya, terima kasih kepada owner segmen ni kerana sudi
men'tag' Acik untuk turut serta berkongsi
pengalaman hidup sepanjang bergelar umat Muhammad.

http://kasut-rantau.blogspot.com/2014/09/segmen-walking-with-usrah.html


Di sini, Acik nak berkongsi pengalaman.
Harapnya beri pengajaran dan panduan untuk semua yang lain.

SEMBAHYANG TIANG AGAMA

Memang sangat benarlah, sembahyang itu tiang agama.
Perkara utama dalam hidup ni ialah sembahyang.
Kalau sembahyang tak kukuh, bagaimana yang lainnya nak stabil?

Acik dah pernah kongsikan pengalaman Acik di sini.
Biar Acik terangkan sikit.
Dulu memang Acik tidak jaga sembahyang.
Sibuk menguruskan rumah tangga,
sampaikan nak sembahyang pun tak sempat.
Dalam hati nak sangat sembahyang,
tapi Acik selalu sangat gunakan alasan,
"Ah, suami aku pun tak nak sembahyang".
Kadang-kadang 
"Aku nak sembahyang tapi suami tak nak tolong langsung
jagakan anak-anak time aku sembahyang"

Macam-macam alasan Acik gunakan,
tapi percayalah, Allah itu Adil.
Apa yang Acik berikan kepada Allah,
itu yang Acik dapat balik.
Apa yang Acik jaga selama itu,
tidak kekal.

Aturan hidup telah tertulis.
Sekuat mana kita menjaga perhubungan dengan manusia,
ia takkan menjadi jika kita 
TIDAK MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH.
Allah tidak kejam.
Kita yang tidak bersyukur dengan apa yang Dia beri.

Terima kasih Allah kerana Engkau telah
jauhkan aku dari kelalaian.
Niat untuk sembahyang tetap ada.

Kali ini Dia duga pula dengan kehidupan bersendirian
membesarkan anak-anak kecil 3 orang ni.
Sudah mula sembahyang, cuma masih tak cukup 5 waktu.
Nampak sedikit perubahan.
Anak-anak makin pandai berdikari.
Tabahnya hati mereka melihat orang lain 
ada keluarga yang lengkap.
Tiap-tiap hari ke sekolah,
hanya bersalam dengan ibu.

Allah...Cantiknya pemberian Engkau padaku...
Apa yang Acik beri, itu yang Allah pulangkan.

Along, Angah, Intan..
Alhamdulillah..terang hati.
Budi bahasa baik.
Tutur bahasa masih lagi boleh dikawal.
Mungkin juga sebab Acik selalu
ingatkan mereka tentang kehidupan mereka
yang tidak sempurna, kehidupan mereka sebagai adik-beradik.

Kali kedua cabaran hidup bermula lagi,
berumahtangga dengan orang yang kita cintai
dan menyintai kita.
Sekali lagi Acik gagal untuk bertahan
dalam memperkukuhkan sembahyang.
Kami sembahyang sekali sekala.

Dengan 'sekali-sekala' itu lah,
maka 'sekali-sekala' juga kami berpisah.
2 kali kami berpisah..
akhirnya kami ambil jalan untuk berpisah selamanya.

Alhamdulillah, setelah Acik berpisah buat kali kedua,
Acik dapat tukar balik ke kampung,
tinggal dengan mama,
kerana Acik telah berniat
jika Allah benarkan Acik untuk tinggal di kampung,
In Shaa Allah, Acik akan kerjakan SEMBAHYANG sepenuhnya.

Alhamdulillah...doa Acik diterima.
Akhirnya Acik dapat juga tunaikan perintah Allah yang paling utama ini.
Doa Acik, terangkanlah hati bekas-bekas suami Acik,
untuk sama-sama menjaga SEMBAHYANG mereka
kerana Allah akan beri kehidupan yang lebih baik.

Jika mereka rasa kehidupan mereka sudah baik sekarang,
mereka perlu ketenteraman hati.
In Shaa Allah, Allah akan beri lebih baik dari sekarang

Pengalaman Acik yang lain :


Semoga jadi pengajaran untuk kita semua,
IN SHAA ALLAH....






Saturday, 20 September 2014

PENDIRIAN TAK TETAP LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Mula-mula menulis blog hari tu,
cadangnya nak tulis segala macam pengalaman..
Dari kecil sampailah sekarang.

Pengalaman bersalin dari anak pertama, anak kedua, anak ketiga,
anak keempat dan anak kelima
tapi bila sampai cerita kelahiran keempat,
segala-galanya terbantut.



Pada 17.8.2014, 1st time Acik join 
Dari situlah bermulanya segala-galanya.
Acik mula kenal blogger-blogger lain.
Rakan-rakan bertambah.

Bila Acik tengok bloglist blogger-blogger lama,
mereka ada geng masing-masing.
Yang blognya berkisarkan masak-memasak,
bloglistnya semua dari dunia yang sama.
Begitu juga yang menanam bunga, 
memancing, travel..
Ada group sendiri.



Tak kurang juga yang lebih kepada kekeluargaan.
Bloglist semua yang jenis update isu kekeluargaan.

Acik teringin sangat nak ada tujuan sendiri..
Nak tetapkan satu matlamat.
Tapi Acik ni memang dah pesen camni.
Suka macam-macamkan cerita.
sebab ini saja dunia Acik bersosial.




Kalau nak kenal Acik lebih dekat lagi,
boleh add Acik di Facebook Acik..
(Kalau nak Add, hint sikit..Acik)

In Shaa Allah...Acik menulis ikut naluri Acik.
Tak nak ikut orang.









Saturday, 6 September 2014

BERSANGKA BAIKLAH KAWAN..

Bismillahirrahmanirrahim..
Semoga Allah merestui perkongsian ini.


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sekali lagi, Acik nak berkongsi pengalaman
sepanjang Acik dalam proses mengenal Allah.
Dalam proses mempertingkatkan diri ke jalan Allah.

Sejak Acik bersendirian, jiwa Acik sering tidak stabil,
kerana terkenangkan balasan yang Acik dapat
bila sepenuh harapan dah Acik beri
pada kehidupan berumah tangga
tanpa menitik-beratkan suruhan Allah
hancur begitu sahaja.

Acik pernah buat perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Menyalahi, memarahi Allah.
Malah lebih dari itu.

"Kenapa Engkau buat aku macam ni?"
"Aku sembahyang pun sama jugak"

Tanpa Acik sedar bahawa kita perlu istiqomah 
dalam mengerjakan suruhannya.
Ini tidak..
Sembahyang jika ada apa-apa nak minta.
Sembahyang bila dalam kesusahan.
Pastu nak minta Allah tunaikan segera apa yang diminta.
Memang Acik betul-betul silap.
Dah minta, Allah tak tunaikan, marah pula.
Ampun Ya Allah!!


Allah,
Begitu cantik aturanMu.
Kau pisahkan kami kerana kami
tidak menjagaMu.

Acik dan dia sama-sama sibuk
dengan urusan dunia.
Bak kata Acik sebelum ini.
Sibuknya kami umpama nak ucapkan Alhamdulillah pun tak sempat.
Sekarang ini...
Alhamdulillah.
Allah sudah jauhkan Acik dari kelalaian kali pertama itu.

Allah,
Kali kedua Kau beri aku jodoh,
dengan orang yang menyayangi aku,
sangat memahami aku,
mampu beri aku kehidupan yang baik.
Mampu menerima anak-anak aku bersama suami pertama.
Aku masih lagi dalam kelalaian.
Sekali lagi aku mohon ampun dariMu.

Sembahyangku 'lekat' sikit daripada perkahwinan yang pertama.
Mungkin sebab itu Allah beri jodoh yang ok sikit.
Tapi atas sebab kami tidak istiqomah 
dalam menjaga sembahyang dan amalan-amalan lain,
maka keputusan yang sama Acik terima.
Acik dah berusaha sebaik mungkin,
menariknya ke arah keluarga Islam
tetapi apa yang boleh Acik buat?


Pasanglah niat untuk berubah,
Insya Allah, Allah akan bantu.
Satu persatu Allah beri 'hint' pada Acik.

Antara yang Acik perasan ;

1. Rambut Acik mula ditumbuhi uban
dalam usia yang boleh dikatakan muda.

2.Rambut tak panjang-panjang bertahun-tahun lamanya.

Tak perlu bersangka buruk dengan Allah.
Allah nak bagitahu, 'kalau malu, tutup la rambut tu.'
Bukan Acik tidak bertudung tapi bertudung 
cuma bila keluar ke kedai atau bekerja.
Kalau keluar rumah nak sapu depan beranda ke,
nak jemur baju ke, Acik tidak bertudung.

3. Dah 2 kali Acik jemur kain, lengan Acik tersangkut di pagar kawat.
Panjang juga lukanya.
Acik rumuskan bahawa Allah bagitahu ;
"Tutuplah lengan tu..kan lengan tu aurat"
Sebab Acik pakai T-shirt lengan pendek.
Istighfar banyak-banyak.
Allah tak kejam. Dia bagi 'hint' yang manja-manja dulu.
Tidaklah Dia bagi 'hint' yang kejam-kejam.
Contoh : Tengah cantas pokok depan rumah,
tercantas lengan sendiri.
Allahu Rabbi..jauhkanlah dari kami.

4. Drive kereta, mengantuk.
Terhuyung hayang kepala. Pastu anak mengamuk-ngamuk
kat belakang. Acik marah.
Bila kita dah marah, automatik tak mengantuk dah.

5. Dah beberapa kali, Acik nak update status kat FB
yang berbaur perli-perli.
Bila nak post je, line tak ada.
Loading-loading tak boleh jugak.
Tunggu line, sampai fed-up.
Nak marah juga tapi bila dah mula bersangka baik dengan Allah,
Acik rumuskan bahawa Allah tak benarkan ayat itu dipostkan.



Pilihlah rakan-rakan yang boleh
membawa kita ke arah kebaikan.
Pilihlah rakan-rakan yang bahasanya elok-elok.
Tidak memaki hamun orang,
tidak mencerca setiap aturan Allah.

SETAKAT INI DAHULU PERKONGSIAN
PENGALAMAN ACIK.
SEMOGA JADI IKTIBAR UNTUK RAKAN-RAKAN SEMUA.




Terima kasih Allah kerana memilih aku 
untuk berada di sini sekarang.
Alhamdulillah.



Friday, 5 September 2014

BERSEDEKAHLAH..

Sempena Hari Jumaat ini, penghulu segala hari,
juga hari yang disebutkan
bahawa Hari Kiamat akan berlaku.

Acik ingin sama-sama berkongsi,
ajaibnya bersedekah.

Acik bukannya orang berharta.
Memiliki harta,
apatah lagi simpanan dalam bank dan insuran anak-anak.
Sehingga kini.

Amalkanlah sedekah..Insya Allah..
Allah beri kita rezeki dari banyak sudut.


Pada kita, yang duitnya cukup-cukup makan saja,
agihkanlah sedikit duit yang kita ada dengan bersedekah.
Memanglah kita rasa, "ini je la duit yang aku ada untuk makan sampai akhir bulan ni"
Tapi...cubalah bersedekah..Insya Allah..Allah bantu kita.

dan..

sedekahlah apa yang paling kita sayang,
 itulah yang paling afdal.


Begitu juga dengan harta kita.
Kereta, rumah dan sebagainya.
Tak perlulah kereta 2 3 bijik,
kalau ia tidak digunakan. Cukuplah 1 saja bagi  kegunaan kita.
Kalau kita beli 2 3 biji, tapi tak guna,
alangkah bagusnya kita sedekahkan kereta yang paling kita sayang.
(harapnya ada yang berniat begini)



Sedekah yang paling elok adalah sedekah kepada 
orang yang dekat dengan kita.
Isteri kita, anak-anak kita, adik-beradik kita,
seterusnya saudara-mara.
Ibu bapa sudah semestinya wajib kita beri.




Sedih sangat bila tengok orang dengan bangganya
bersedekah pada orang lain
walhal keluarga sendiri terabai.
Sedekah pada benda-benda yang tak sepatutnya -
yang melalaikan kita.
Sekurang-kurangnya, jika kita bersedekah kepada keluarga kita sendiri,
pahala kita akan bertambah.


Jadi..
Marilah kita mula bersedekah..
Sempena hari baik ni, apa kata kita kirimkan duit sedekah kita
pada suami kita, bapa kita
ataupun rakan sekerja kita
yang nak pergi sembahyang Jumaat.

Tak perlu banyak pun. Asalkan ikhlas.

Kalau kita terpaksa memberi RM10 
sebab kita takut rakan sekerja mengata kita,
Ingat!!Itu tak ikhlas namanya.

Lagi satu, jangan 'paksa' Allah beri ganjaran atas sedekah kita itu.
"Aku bagi RM5 ni, harap-harap Allah bagi aku RM50 petang nanti"
No,no,no..tak nak macam tu tau!

Dah sedekah tu, terus lupakan.
Jangan dok teringat-ingat sedekah kita tu.
"Hmm..hari tu aku ada sedekah RM100 kat si polan tu,
tak de apa-apa pun (duit masuk)"
Ini tak bagus juga.

Bulan ni dah bagi duit belanja kat anak-anak tapi Acik tak pernah tanya pulak
"Ada apa-apa nak beli tak selain belanja harian tu?"
Mmm..kena tanya jugak ni.
Tak baik berkira sangat dengan anak tau!!


Thursday, 4 September 2014

BERUBAHLAH..

Menjadi ibu dan ayah dalam satu masa adalah 
satu cabaran yang sangat hebat.
Tiada orang yang dapat merasai perasaan ini
waima keluarga kita sendiri,
yang melihat jatuh bangun kita.

Keluarga hanya 'back-up'.
Andai kita tidak mampu bangun,
mereka hanyalah tempat untuk kita berpaut.
Untuk kita berdiri semula.

Allah tidak menguji hambaNya dengan dugaan
yang tidak mampu kita dihadapi.
Allah minta kita mencari jalan
untuk menyelesaikan dugaan itu.
Allah sudah beri pilihan.
Samada kita nampak atau tidak,
nak ikut jalan itu atau tidak.

"Dulu memang aku sangat mengagungkan ayat,
'saya sangat bahagia'
'saya serah segalanya untuk dia'
tanpa aku selitkan walau sedikit ingatan kepada Allah,
Yang Memberi aku kebahagiaan itu.
kalaupun ada, hanya untuk orang lain dengar.
'Alhamdulillah..keluarga saya tiada masalah'
Tanpa aku sedar, walau kita terlintas sedikit pun
riak bahagia itu, berdosa.

Aku terlalu sibuk dengan kebahagiaan itu.
Sibuk dengan suami,
sibuk melayan anak,
masa itu aku rasakan sangat 'ketat'.
Tak sempat pun nak tunaikan kewajipan kepadaNya.
Umpama nak ucap Alhamdulillah pun tak sempat.


Alhamdulillah..dengan niat dan semangat yang aku pasang
ketika aku bersendirian selama ini,
Allah sudah tunjukkan jalan yang sepatutnya aku lakukan
ketika masih muda dulu.

Sembahyanglah..
Biar sesibuk mana pun kita dengan kerja-kerja harian,
selambat mana pun kita dengan temujanji,
Sembahyanglah..
Ingatlah..bahagia kita, Allah yang beri.
Balaslah pemberian Allah dengan tunaikan apa yang Allah minta.

Sebagaimana kita mahu anak kita balas jasa kita,
dengan memberikan kejayaan.
Kalau kita nak anak kita membalas jasa,
kenapa tidak kita?

Allah memberi kita segalanya tanpa kita minta.
Kita tak perlu minta Allah beri kita nyawa setiap hari,
setiap kali kita tidur.
Begitulah dengan yang lain.
Rezeki, keselamatan, kebahagiaan.
Semuanya Allah beri tanpa kita minta.

Kalau ada anak kecil, mintalah suami atau isteri jaga anak bergilir-gilir.
Utamakan sembahyang.
Jangan tak sembahyang langsung
atas alasan anak-anak kecil lagi.
Tak ada orang nak jaga

Seawal mana kita tunaikan sembahyang,
seawal itu juga la Allah akan tunaikan permintaan kita.

Sebaik mana kita jaga sembahyang kita,
Sebaik itu juga la Allah akan jaga kita.

Insya Allah..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...