Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Wednesday, 26 November 2014

TeRiMa KaSih DauN KeLaDi #5

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni Acik nak update hadiah yang Acik terima
sempena TEKA TEKI TEKA TEKUK
Kak Farrah Tower
mengenai KENAPA SIPUT BABI JALAN LAMBAT

Acik bertuah kerana jadi orang pertama
yang berjaya jawab soalan tu
dan rasional jawapan siput Vavi tu dalam kehidupan kita.

Jom kita lihat apa yang Acik dapat...



Kad Handmade tu...




Ucapan daripada Kak Farrah..




Fridge Magnet Seoul..


Terima kasih ye kak Farrah..
Pasni boleh la buat Teka Teki Teka Tekuk,
Ular Mati Dalam Mangkuk ye..

SEKIAN..

Saturday, 22 November 2014

TeRiMa KaSih DaUn KeLaDi #4

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas Acik terima hadiah
daripada Farida RedBellas

Alhamdulillah..tak jangka pun menang
sebab terlampau banyak sangat join GA, BW
Segmen dan macam-macam lagi
sampaikan tak boleh nak fokus sangat.








Macam tahu-tahu je Acik suka kaler hijau.







Terima kasih ye Farida..
Tapi nak tanya sikit, ini apa benda?
Tak pandai nak guna la..
Sekali tengok macam tempat letak baju
yang gantung kat palang almari.
Entah iye ke tidak.
Orang kampung maa...

SEKIAN...

Tuesday, 4 November 2014

FaSa PerTaMa Dah SeLaMat Masuk Tong MeRaH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tengah hari tadi, rakan sepejabat Acik nak ke bandar.
Acik nak tumpang kereta mereka.
Kalam kabut la menulis sampul surat
sebab dah 2 hari dok mencari alamat penerima-penerima 
hadiah bulan Oktober.




Tampal setem di pejabat pos.
Terasa old-school sangat.
Dah lama tinggalkan zaman surat-menyurat,
tampal-menampal setem ni.





Confirm ye, Acik masukkan dalam tong yang betul.





Tung!!Bunyi sampul surat jatuh ke dalam sana.
Semoga selamat sampai.
Amanlah kalian duduk dalam tong merah tu ye.
Esok pi carik tuan masing-masing.

Acik poskan hadiah untuk 7 orang dulu,
sebab yang lain tak jumpa alamat.
Acik minta hint Acik semula kat emel
biar emel tu naik semula, belum lagi.
Sibuk la tu..

Tak pe, dah online nanti, 
bagitahu ye..Acik pos.
Ada bahagian untuk korang.

Antara yang Acik dah pos tadi :








SILA KOMEN KAT BAWAH NI JE TAU,
KALAU DAH DAPAT NANTI.
TAK PAYAH NAK BUAT ENTRI PASAL HADIAH TU.
KECIK JE PUN..

Kepada penerima di bawah, mohon bagi alamat semula ye.
Maaf menyusahkan korang sebab
memang tak jumpa langsung dah kat mana emel korang.





SEKIAN...


Sunday, 2 November 2014

TeRiMa KaSih DauN KeLaDi #3

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni nak update hadiah

Malam itu Acik belek-belek blog.
Singgah la ke blog Zaki.
Intai-intai komen, tak ada orang lagi join segmen ni.

Acik cuba nasib untuk join sekali.
Risau sangat si Zaki ni.
Takut tak ada orang nak join GA dia ni.

Keputusan diumumkan. Perkhidmatan random digunakan.
Alhamdulillah..nama Acik di situ.



Minta rakan pejabat bawa ke tempat kursus sebab Acik tak masuk pejabat.



Selamat sampai without hancur!!



Potong-potong kek ni. Susun atas pinggan. Snap!!

Sedap sangat kek ni. Nama pun kek lapis.
Terima kasih ye Zaki.

SEKIAN..



Tuesday, 28 October 2014

Aku Ke YaNg Tak AleRt?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam semalam, Acik terbaca keputusan
GA daripada 1 blog
yang menganjurkan GA Shaklee.

Tak sangka pula, hadiah boleh dibatalkan
jika lambat hantar details.
Ayooo...takutnya.

Tak kisah la sebenarnya,
nak batal ke, nak tukar pemenang ke.
Sebab Acik tak tahu rules tu.
Terima kasih kepada penganjur tu
sebab kalau dia tak buat camtu,
mungkin Acik tak tahu jugak bahana lambat hantar details.

Terus la Acik teringatkan 1 GA yang Acik sertai.
Betul-betul Acik tak ingat yang mana
sebab Acik tak 'bookmark' pun.
(Nak bookmark pun tak tahu sebenarnya)

Acik menang keronsang.
Details kena PM ke FB sponsor tu.
Acik dah hantar details kat FB sponsor tu.
Sampai sekarang tak dapat-dapat.

Entah sponsor tu perasan ke tak Acik PM dia.
Sebab tak de jawapan pun. OK pun tak.

Ada rezeki, ada la..
Tak de rezeki, tak ada la.

Maklumlah...GA banyak..
Tak terpandang dek kita ni,
yang mana dah keluarkan senarai pemenang.
Yang cerdik pandai tu, boleh la buat
iklan yang melintas-lintas kat atas kepala entri ini.
Yang tak berapa nak pandai,
kesian...mmmm...kesian.

JOM LA BERANGAN DULU.
KERONSANG YANG MACAM MANA YE
YANG ACIK BAKAL DAPAT TU.










Susahnya ada penyakit tak ALERT ni..


SEKIAN..

Sunday, 26 October 2014

TeRiMa KasiH DaUn KeLadi #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 3.9.2014, Acik join 2nd GA By Miminadam

Acik peserta ke-6

Acik menang LOGO TRADEMARK BLOG

Dalam pada Mimin berulang-alik
semasa arwah pakciknya tenat baru-baru ni,
sempat lagi dia curi-curi masa.

Takziah untuk keluarga Mimin.

Dan kelmarin, Acik dapat logo trademark
yang Acik menang tu.




Mimin cakap boleh guna sebagai watermark
di gambar-gambar yang Acik upload nanti.

Insya Allah Acik guna nanti ye Mimin.
Tu pun setelah Acik pandai.
Sekarang ni tengah terkial-kial nak
tampalkan trademark ni.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK MIMIN.

 *.Hadiah pertama daripada Mamaniza.


Friday, 10 October 2014

HapPy BiRthDaY To YoU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni birthday kawan kita ni.
Nak wish kat Amy


Semoga Panjang Umur dan
Dimurahkan Rezeki..
Semoga Lebih Bahagia
dan Lebih Cantik

Tak lupa juga pada kawan-kawan yang lain.
Maaf Acik terlepas pandang.
Sibuk dengan kerja.


HAPPY BIRTHDAY U ALLS.

* Hadiah lambat sikit ye. Kawan Acik yang Acik tempah
hadiah tu, sibuk sikit.
Tunggu ye.

Friday, 3 October 2014

JOM KITA LIHAT HARI NI SIAPA YANG KENA..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di sini Acik senaraikan nama rakan-rakan seperjuangan kita
beserta tarikh lahir mereka masing-masing.

Sudilah kiranya kita sama-sama mengintai
hari lahir siapa pada hari ini.


Seperti PROJEK MEGA Acik ni,
ia terbuka kepada sesiapa sahaja.
Just emel Acik details yang diperlukan.
TAK NAK POST BANNER PUN TAK APA.

Acik lihat, ramai yang join tapi tak beri details
yang Acik perlukan.
You Alls boleh juga beri details tu
via Whatapps atau SMS kat Acik
No phone Acik boleh didapati di sini ye.

Jom kita check birthday rakan-rakan kita ni.


OKTOBER 2014

1.  http://blogparihh.blogspot.com/   -   1 Oktober
2. http://shiningt-ara.blogspot.com/   -   2 Oktober
3.  http://dianeeya.blogspot.com/   -   2 Oktober
5. http://inlove-wanda.blogspot.com/   -   8 Oktober
6. http://amysigadisweird.blogspot.com/   -   10 Oktober
7. http://mawarberduri4147.blogspot.com/   -   16 Oktober
8.  http://miamorzafirah.blogspot.com/  -  19 Oktober
9. http://norshamimi.blogspot.com/   -   24 Oktober
10. http://adna2029.blogspot.com/   -   29 Oktober

NOVEMBER

1. http://asmirasyamihah.blogspot.com/   -   8 November
2.  http://amieznuown.blogspot.com/   -   8 November
3. http://misssakuradiary.blogspot.com/  -  12 November
4. http://jnjikita.blogspot.com/  -  13 November
5.  http://yanapinkblossom.blogspot.com/  -  17 November
6.  http://najihahawanbiru.blogspot.com/  -  24 November

DISEMBER 2014

1. http://yuhaadie.blogspot.com/  -  1 Disember
2. http://dotdotmissme.blogspot.com/  -  1 Disember
3. http://jomsihatcarasaya.blogspot.com/   -   2 Disember
4.  http://hanaexotics.blogspot.com/  -  3 Disember
5. http://cammylia.blogspot.com/  -  5 Disember
6.  http://cikannesweetyncool.blogspot.com/  -  9 Disember
7. http://natikah1997.blogspot.com/   -   16 Disember
8. http://sitizawiah95.blogspot.com/  -  18 Disember
9.  http://imaneeda.blogspot.com/  -  27 Disember

JANUARI 2015

1. http://kylifa.blogspot.com/  -  3 Januari
2. http://kasut-rantau.blogspot.com/   -   6 Januari
3. http://www.sihatitunikmat.com/   -   6 Januari
4. http://wani-siulatbuku.blogspot.com/  -  8 Januari
5. http://drshikinzainal.blogspot.com/   -   14 Januari
6.  http://dielacraft.blogspot.com/   -   17 Januari
7. http://pelitasiang.blogspot.com/   -   21 Januari
8.  http://norazua10.blogspot.com/   -   24 Januari
9. http://lissadblog.blogspot.com/   -   29 Januari


FEBRUARI 2015

1. http://puyibl.blogspot.com/  -  2 Februari
2. http://aqneey.blogspot.com/   -   8 Februari
3.  http://muhammadshahril97.blogspot.com/  -  14 Februari
4. http://norshafikahaf.blogspot.com/  -  22 Februari
5.  http://theonlygirl98.blogspot.com/  -  24 Februari
6. http://aquzack.blogspot.com/   -   25 Februari

MAC 2015
1. http://ain-nadia.blogspot.com/  -  2 Mac
2. http://awansamudera.blogspot.com/  -  3 Mac
3. http://jombercontest.blogspot.com   -   6 Mac
4.  hanifadhlinaabdulrahman.  -  6 Mac
5. http://www.mamamyja.com/  -  8 Mac
6. http://pengemudamerahjambu.blogspot.com/  -  11 Mac
7. http://cikk-grape.blogspot.com/  -  11 Mac
8. http://twinkleeestar.blogspot.com/  -  13 Mac
9. http://blalalableh.blogspot.com/  -  20 Mac
10.  http://rainfallasleep.blogspot.com/   -   28 Mac


APRIL 2015

5. http://hidayuayumie.blogspot.com/   -   13 April
6. http://www.cekgunorazimah.com/   -   15 April

MEI 2015

1. http://yangbaik.blogspot.com/    -   6 Mei
7. Tetiba ada sini pulak   -   24 Mei
8. http://kakikutiphadiah.blogspot.com/  -  28 Mei
9. http://sayasukala.blogspot.com/   -   30 Mei

JUN 2015


JULAI 2015
4. http://dilakazuha.blogspot.com/   -   12 Julai

OGOS 2015

6. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/   -   28 Ogos
7. http://ciklapunyabelog.blogspot.com/  -  28 Ogos

SEPTEMBER 2015

1.  http://mencarimifthahulraudhah93.blogspot.com/  -  12 September
2.  http://mardiahdiana.blogspot.com/  -  13 September
3. http://petite-snippet.blogspot.com/   -  14 September
4. http://heartdairies.blogspot.com/  -  17 September
5.  http://theonlygirl98.blogspot.com/  -  30 September


Tarikh lahir akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


HAPPY BIRTHDAY YOU ALLS!!
Semoga Panjang Umur dan Dimurahkan Rezeki.






Wednesday, 1 October 2014

GivEawAy BiRthdAy YoU aLLs

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ini la Projek Mega Acik..
Meganya sebab mula tahun ini,
habis tahun depan.
Makan* tahun la tu,kan?


Kalau ada rezeki lebih, Acik akan jadikan
ia betul-betul Mega la..
Tahun ni sampai tahun depan,
sampai tahun lagi satu, sampai tahun satu satu lagi
dan seterusnya..
Sampai la Acik dah tak ada.


Kali ini Acik nak beri hadiah pada semua
rakan-rakan seperjuangan Acik di sini.
Macam biasa, hadiahnya Acik dah tempah
dengan sorang member Acik.
(Member-member Acik semua kaki bisnes)


Hadiah yang Acik nak bagi ni bukanlah besar sangat.
Tapi okay la untuk kenangan bersama.


Sudilah kiranya
kakak-kakak, adik-adik, abang-abang
join Projek Mega Acik ni.



1 OKTOBER 2014  -  30 SEPTEMBER 2015


SYARATNYA :

1. Copy banner di atas ni untuk tujuan
bagitahu kat member-member lain
yang Acik nak bagi hadiah ni.
(Tak nak copy pun tak apa..just email me your details)
Nanti ada pulak yang merajuk tak dapat hadiah. 
Nak follow ke tak nak follow Acik, ikut you alls la.
Acik tak paksa pun.
Pastu back-linkkan semula ke sini.
Senang Acik nak rujuk dan update tarikh lahir korang.
Guna tajuk GIVEAWAY BIRTHDAY WE ALLS ye..

2. Bagitahu tarikh lahir kat entry you alls. Tarikh dan bulan je..
Kalau bagitahu tahun lahir sekali, lagi bagus..

3. Kalau nak dapat banyak hadiah, tulis alamat sekali kat entry you alls.
Boleh la secret admire you alls bagi hadiah nanti.
Tapi untuk Acik, WAJIB emel :
are.cheek.watie@gmail.com


i) Nama Penuh
ii) Alamat Penuh
iii) No. Phone
iv) Alamat URL / nama blog


* Acik tak suka sebenarnya guna ayat WAJIB
tapi data-data yang Acik nak tu
kena tulis kat sampul surat dan untuk rujukan Acik.
Kalau tak bagi kat Acik, macammana Acik nak uruskan
pemberian hadiah ni,kan?

Harap you alls gembira dengan Projek Mega Acik ni.
Kata nak kawan,kan..Jadi kita kawan betul-betul.
Yang 163 orang follower setakat ni, confirm akan dapat.
(Itu pun kalau you alls bagi details)


HAPPY BIRTHDAY YOU ALLS!!


nota : makan - mengambil masa.






Wednesday, 17 September 2014

KEPUTUSAN RASMI PEMENANG GIVEAWAY BLOGWALKING BERSAMA MAMANIZA

Alhamdulillah..ini la 1st time Acik dapat hadiah.




Acik No. 30..Nampak tak?
Barisan No.2 dan No.2 dari kanan korang. 
Nampak?

COPY PASTE SEPENUHNYA DARI BLOG MAMANIZA

SENARAI NAMA PEMENANG KLIK DI SINI



40 PEMENANG 
DARI MAMANIZA.COM 
Tuntut : Emailkan di norhasnizakhalid@gmail.com - Subject : Pemenang GA Mamaniza

132, 123,120, 53, 32, 48, 126, 29, 44, 2
24, 50, 91, 40, 17, 61, 118, 97, 30, 87
127, 20, 52, 28, 5, 128, 105, 69, 99, 90
55, 34, 15, 130, 100, 21, 121, 37, 27, 64

Jadi, Acik nak bantu Mamaniza ni.
Manalah tahu, korang tak perasan yang 
Mama dah keluarkan result.
Kalau tak ada dalam senarai 40 pemenang ni,
boleh ke link di atas untuk check kot-kot
dapat hadiah lain pulak.


TAHNIAH SEMUA..
pasni Acik BW blog korang ye.
Nak kawan-kawan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...