Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts

Monday, 1 December 2014

LiEBStER AwArD #17 - CaHaYa ALaM MaYa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,




Acik kena tag oleh mak cik Nur As
yang sedang bercuti ke Melaka.

Sedih pulak kena tinggal.
Sampai hati tak nak bawak Acik sekali.

Soalan : 

1. Sekarang pukul berapa?
Pukul 2.40 petang

2. Hari ni dah update blog ke belum?
Dah 2 kali update.

3. Dah makan?
Tengah tunggu boss..Boss belanja pizza,
tapi boss keluar pergi kenduri.
Laparr la boss...cepat la balik!!

4. Dah solat?
Tengah tunggu turn. Bilik sembahyang sempit.

5. Dah minum air suam / putih / jernih harini?
Dah setengah botol.

6. Dah ucap alhamdulillah untuk harini?
Alhamdulillah...dah.

7. Kalau diberi dua pilihan : kereta atau rumah, mana yang korang nak?
Nak kereta besar sikit..nak anak-anak selesa.

8. Korang dah isi belum linkies ni? Tekan sini / menu tab. [baru letak tau]
Belum lagi..nak tunggu no.24.

9. Dalam banyak-banyak aktiviti DIY, korang rasa teman patut buat apa lagi? 
Yang simple dan bajet yang bersesuaian buat penganggur ni.
Buat keychain ke, buat bantal ke,
buat penanda buku ke.

10. Kalau gigi korang sakit, korang buat apa?
Buat bodoh je..layan je sakit gigi tu.
Kadang-kadang tumbuk gigi sakit tu,
 biar sakit lagi..Dah elok, terus pergi klinik..
hukum cabut. Malas dah nak tampal-tampal.

11. Agak-agak kalau teman nak buat business, korang nak support tak?
Semestinya support...tapi jangan jual mahal sangat la.
Acik banyak benda nak buat dengan duit ni.
Tapi DIY la yang mahal.

12. Korang rasa teman ni jahat tak?
Tak jahat tapi nakal je.

13. Korang rasa teman ni macam mana orangnya? 
Orangnya simple je..Islamik sikit.
Garang pun ada. Ok la kalau buat kawan.

14. Last, apa yang melayakkan teman untuk masuk bloglist korang?
Layak ke tak layak, memang dah ada dalam BL Acik.
sebab Acik selesa berkawan dengan awak
dan yang paling penting..terhutang budi..
bukan terhutang body..Huhuu..

Mana aci 14 soalan...

SEKIAN..

Friday, 21 November 2014

LiEBsTeR AWaRd #16 - AmY J

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah malam-malam ni, baca entri kawan-kawan.
Baca entri Amy J,
ternampak nama Acik..
Buat muka tak malu la...jawab ke soalan adik kita ni.






Soalan nampak susah. Nak jawab sesimple mungkin.
Tapi boleh ke? Acik ni suka melalut-lalut.

1.  1 tabiat buruk tak boleh ubah.
Buat kerja last minute.

2. 2 benda mengingatkan korang dengan Amy J
- Serigala berjalan
- Perempuan berSpek mata

3.  3 orang penting dalam hidup.



Carilah sendiri 3 orang penting tu.


4.  4 ciri-ciri lelaki yang berjaya mencuri hati.
- Setakat ni tak ada lagi.
(Bagi soalan cepumas ye...)

5.  5 makanan tak boleh tolak
- Double Cheese Burger Mekdi
- Spagetti
-  Lamb Chop
-  Laksa Penang
-  Ayam Goreng Cap Atok Tua

6. Terbang atau baca fikiran orang?
Terbang la...fikiran sendiri pun bercelaru,
inikan pulak baca fikiran orang...Malas..

7.  Wahai (nobody)...saya sayang awak sebab
AWAK SAYANG KAT SAYA.
(mungkin tu kot Acik akan cakap nanti...huhuuu)

8.  Binatang paling menakutkan.
ULAU MELINGKAU ATAS PAGAU

9.  Kenapa korang suka / tak suka pergi kenduri kawin?
Suka kalau kenduri kawan-kawan sendiri.
Tak suka kalau ikut mak pergi kenduri rumah kawan dia.
Kejap suka kejap tak suka kalau pergi kenduri kawin
rumah sedara mara..Lama sangat.

10.  Apa perasaan korang hari ni?
Perasaan hari ni KOSONG KOSONG..biasa saja.

11. Rumah Idaman.
Rumah yang bersih dan kemas.
Bangun tidur, tak payah menyapu,
tak payah nak basuh pinggan,
tak payah nak tolak kerusi suruh lurus..

Dah selesai jawab soalan.
Macam biasa, tak sempat nak pikir nak buat soalan apa.
Nak tag orang tu, lagi la takut.
Takut kena marah kat orang.

Harap Amy J terima jawapan dari Acik.

SEKIAN...


Monday, 27 October 2014

LiEBSteR AwARd #15 - Cik YaNa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini Acik ditag oleh Cik Yana..
Macam selalu, Acik tak sampai hati nak tag kawan-kawan lain.
Jadi Acik nak jawab soalan je.






Acik jawab soalan ye.

1. Sejak bila anda mula blogging dan sebab apa anda nak blogging?
Acik baru je start berblog ni.
Tahun ni juga.
Tarikh dan entri pertama Acik di sini.


2. Cinta pertama anda pada usia berapa?
Cinta monyet la ni..darjah 6..


3. Kalau anda diberi USD 1 juta, anda nak tak masuk bilik mayat?
Acik sanggup buat apa saja...masuk bilik mayat je kan?
Tak susah pun. Padahal penakut sangat!!


4. Aktiviti yang anda suka buat pada masa lapang?
Sukaaaaaa sangat baring-baring.


5. Kalau anda tak ada lesen tak kiralah lesen apa pun, kalau nampak
polis traffik atau JPJ awak nak pecut ke buat-buat cool depan diorang?
Semestinya muka kena confident depan mereka,
turunkan cermin, senyum selebarnya.
Kalau pecut, lagi mereka cam.


6. Makanan dan minuman kegemaran anda
Laksa dengan western food
Air Teh O suam dan fresh orange


7. Antara Sony Experia Z dan Galaxy Note 4, mana satu yang korang pilih?
Galaxy Note 4 kot.
Acik tak tahu guna function banyak-banyak ni.


8. Perkara yang paling anda benci?
Setakat ni sedang berusaha mengurangkan 
rasa benci terhadap banyak perkara.


9. Cara awak memujuk orang yang tengah merajuk?
Cakap je dengan dia..Dia tak nak jawab, Acik blah la..


10. Senaraikan 5 rukun iman?



11. Pendapat anda tentang blog Miss Yana...
Acik suka blog Miss Yana..Header simple,
tulisan besar-besar, senang nak cari.
Warna lembut..



Friday, 17 October 2014

LiEBsTeR AwARd #14 - TaG By HiDaYuAYuMie

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ingatkan dah tak ada Award ni sebab daripada
tag yang ke-5 rasanya, Acik dah stop tagging orang.
Hahaha...melanggar peraturan LiEBSTeR AWaRD.

Kali ini Acik ditag oleh kawan kita yang sedang 
menunggu masa nak bersalin je ni.
Jadi, jom Acik layan orang yang tengah bercuti panjang tu




Acik nak jawab soalan yang dia beri..
Ada 11 nombor soalan semuanya,
tapi dalam 1 nombor soalan, ada 3 soalan sekali gus.
Mana aci!!

SOALANNYA :

1. Nama penuh, gelaran dan tarikh lahir..(dah 3 soalan).
Nama Penuh : Norhidayawati Othman
Gelaran : Nama panggilan ke gelaran macam Datin tu ke?
Acik jawab je la ye..PUAN.
Tarikh Lahir  :  24 Mei 1979

2. Asal kelahiran, tempat membesar dan kini menetap di? ( 3 soalan lagi)
Asal kelahiran  :  Port Dickson, NS
Tempat membesar  :  NS
Kini menetap di  :  Kelate

3. Status (bujang / berkahwin, bilangan anak jika ada)
Status  :  tiada dalam pilihan jawapan.
Bilangan anak  :  5 orang

4. Apa yang membuat diri rasa dihargai dan disayangi?
Bila nama kita disebut ketika membincangkan sesuatu
keputusan bersama lebih-lebih lagi yang melibatkan keluarga.

5. Makan & minum kesukaan & kenapa?
Makanan kesukaan  :  Laksa 
sebab suka masam.
Minuman kesukaan  :  Teh o / Sirap
sebab suka air yang tidak mengenyangkan bila tengah makan

6. Hobi atau aktiviti masa lapang?
Berguling-guling dalam bilik.

7. Bekerja / pelajar ?
Bekerja

8. Tempat pengajian?
Tadika  :  Tadika di Church Gemas..(tapi bukan belajar agama mereka)
Ini je yang paling dekat dengan rumah masa tu
Sekolah rendah  :  SRK Tunku Abdul Rahman, Gemas
& SK PULAPAH.
Sekolah menengah  :  SMKA Sheikh Hj Mohd.Said, Seremban
& SMK Batu Kikir

9. Anak ke berapa dari berapa orang adik-beradik?
1 daripada 5

10. 3 perkara yang boleh buat diri korang rase naik angin?
- Pantang sangat kalau orang sergah-sergah ni,
memang makan maki la. Acik bukan seorang
yang jenis maki orang, tapi kalau bab ni, memang Acik 
maki cukup-cukup lebih-lebih lagi yang memang dah tahu
Acik pantang disergah!! Lagi parah kalau dengan tangan Acik
sekali jalan..memang Acik pukul cukup-cukup.
Tak suka darah naik ke kepala.

- Pantang orang kejutkan Acik tengah tido,
jerit-jerit @ tempik-tempik..Acik jenis yang senang sangat
sedar daripada tidur. Usik hujung jari kaki je, dah boleh sedar.
Memang ambik masa la nak repair balik mood tu.

-  Acik seorang yang susah sangat nak rehat saja-saja.
Kalau terlelap atau tertidur tu, biasanya anak-anak Acik akan 
tutup pintu bilik, bawak anak-anak Acik yang kecik tu
jauh daripada Acik. kadang-kadang mak Acik yang
tarik anak-anak Acik tu.

11.  Nyatakan 3 perkara yang kawan / keluarga 
kenal benar dengan sikap korang?
- Kalau dengan adik-beradik, bila Acik cakap / nasihat, 
tak nak dengar, Acik akan buat tak tahu je.

- Kalau dengan anak-anak, bila Acik dah start
guna 'aku'..maknanya Acik marah sangat la tu.
(Memang Acik tahu sangat tak elok
bahasakan diri aku dengan anak-anak
tapi Acik tak ada cara lain nak tangani
masalah dengan anak-anak remaja ni.
Ayah mereka bukan boleh tolong pun.)

- Adik-beradik dan anak-anak tahu
yang Acik ni cepat terasa dancepat tersentuh.
Tu sebab kadang-kadang mereka tak bagi Acik 
dengar mereka bercerita
tentang apa-apa.
Walaupun muka Acik macam ni,
mereka cakap, dalam ramai-ramai,
Acik paling lemah..

Selesai sudah menjawab soalan yang banyak ni..

SEKIAN..


Friday, 10 October 2014

LiEBstER AWaRd #13 By FuZaiNi@SiMpLe@LiFe

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Acik ingatkan dah reda award ni..
Rupanya Acik ditag lagi 
oleh Cik Puan kita ni.

Acik tak nak tag orang ye..
Kesian...terkejar-kejar mereka.
Nak follow BW, GA dan Segmen yang macam-macam
sekarang ni.

Acik jawab je soalan yang awak beri ye.

SOALAN :

1. Apakah jenama telefon bimbit yang anda paling suka?
Iphone (agaknya)

2. Apakah model telefon bimbit yang anda sedang gunakan sekarang?
Samsung Young

3. Apakah aplikasi yang paling anda suka dalam 
telefon bimbit anda sekarang?
Nak tanya balik ni...aplikasi tu apa?

4. Apakah aplikasi yang ingin anda cipta?
Sila rujuk jawapan pada soalan no.3

5. Apakah impian hidup anda yang paling susah
untuk dicapai?
Kalau ikutkan susah, semuanya susah.
Harung yang susah ni dulu, baru dapat senang.

6. Apakah aktiviti masa lapang anda?
Belek telefon, belek laptop,
belek anak.

7. Di manakah tempat yang paling anda suka?
Dalam bilik.

8. Apakah pekerjaan yang paling disukai?
Kerja sekarang ni...kalau tak suka, takkan boleh bertahan
11 tahun..

9. Blog siapa yang anda paling gemari?
Fuhh...macam soalan artis ni..
so kita jawab pun macam jawapan artis la..
Semua blog Acik suka...

10. Mengapa anda berblogging?
Mencari kawan, mencatat memori
dan mengisi masa lapang.

11. Apa pendapat anda tentang blog saya ? Fuzainisimplelife
Tulisan besar...sesuai untuk pembacaan remaja
macam Acik la!!

SELESAI..


Saturday, 27 September 2014

LIEBSTER AWARD #12 BY YATIE FIZZY

Assalamualaikum dan salam sejahtera,




Pencalonan yang ke-12 ni Acik terima daripada Yatie Fizzy

Acik jawab soalan je ye.. Kesian tengok kawan-kawan lain
tak cukup tangan nak jawab soalan dari pencalonan lain.
Bukan tak ada kawan, bukan tak ada soalan.

SOALANNYA :

1. Adakah anda seorang yang peramah?
Ye..malah terlebih peramah.

2. Tinggal kat mana, best tak area tu?
Kota Bharu, Kelantan..best la...duduk bandar.

3. Warna kesukaan ?
Hijau, Biru, Kuning.

4. Pernah pergi Krabi tak?
Tak pernah..Malaysia pun tak habis lagi.

5. Bila kali terakhir anda tengok wayang & di mana?
Tahun 2010 kat Jusco Seremban 2.

6. Perkara yang paling membanggakan yang 
pernah anda capai melalui blog anda?
Ada ramai kawan baru..

7. Siapa di hati anda & kenapa dia istimewa pada anda?
Mama Acik la..istimewanya sebab dia Ibu kita.

8. Senaraikan 5 perkara yang anda benci?
Tak terlintas pun sebab perkara yang dibenci tu
tak terjadi lagi masa entri ni ditulis.

9.  Suka filem hindustan & siapa 5 artis yang diminati?
Dulu suka la..masa zaman Shah Rukh Khan..sekarang kureng..
SRK, Aamir Khan, Kajol, Aishwarya Rai &
Rani Mukerjee (macam salah eja je)

10. Apa pendapat anda tentang entri-entri I?
Entri simple...sesuai dengan U kot..

11. Rasa-rasa, I ni comel tak?
Tengok pada gambar, MACAM COMEL JE..

SELESAI



Tuesday, 23 September 2014

LIEBSTER AWARD #11 BY DEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ini adalah kali ke-11 Acik terima pencalonan
LIEBSTER AWARD ni dari rakan-rakan blog.
Terima kasih....
Korang memang awesome-lah!!

Terima kasih pada Kak Dee kita ni
kerana sudi tag Acik.
Jom kita berkenalan dengan KAK DEE

 


Masih lagi dalam dilemma yang sama...
Nak tag rakan-rakan yang lain
ataupun tidak.
Sebabnya majoriti rakan-rakan Acik telah ditag.
Acik nampak kesibukkan mereka
dalam menjawab soalan-soalan yang diutarakan.

Acik nak jugak merasa bagi soalan,
tapi tak apa,la...Acik slow-downkan dulu
award ni demi rakan-rakan blogger yang lain.

ACIK JAWAB SOALAN YANG DIBERI YE :

1. Nama panggilan manja dan kenapa dipanggil begitu ?
KAK YANG sebab anak sulung.
Kakak Sayang

2. Tinggal kat ner?
Kota Bharu Kelantan Darul Naim.

3. Aktiviti paling giler yang pernah dibuat?
Bawak kereta laju berseorangan dan masih memandu
di atas jalan raya jam 1-5 pagi.
Boleh buat? Kalau tak boleh buat, kira giler la ni

4. Dah berapa lama berblogging?
Baru beberapa bulan je.

5. Pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan?
Lebih kurang di atas. (Rujuk jawapan no.3)

6. Kalau diberi peluang untuk melancong, kat mana dan kenapa?
Dalam Malaysia je sebab tak tahu berbahasa Inggeris

7. Aktiviti sukan yang suka buat / join?
Hampir semua : Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton,
Sukan lasak

8. Pelakon yang paling nak jumpa sangat?
Beto Qusyairi

9. Kalau di beri pilihan, nak jadi apa?
Baker Homemade yang berjaya.

10. Harapan sebagai blogger?
Harapan : semoga cita-cita nak berkongsi pengalaman hidup
berjaya dan ada yang jadikan pengalaman Acik
sebagai panduan mereka.

11.Apa pendapat tentang blog?
Simple, cepat loading..

SELESAI..



     

Wednesday, 17 September 2014

THE VERSATILE BLOGGER AWARD #2 BY DIELACRAFT

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih kepada Kak Diela kita kerana men'tag'
nama Acik.


http://dilakazuha.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html


7 FAKTA TENTANG ACIK :

1. Pernah kerja sebagai Pembantu Tukang Masak
di Dewan Makan Pelatih,
PULAPOL Air Hitam, Negeri Sembilan.

2. Pernah bekerja sebagai pekerja kedai makan.
Buat teh tarik, ambik order, lap meja,
susun kerusi, sapu lantai, basuh pinggan.

3. Pernah bekerja sebagai Pekerja Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
(PPDK) Air Hitam, Negeri Sembilan.
Tempat Orang Kelainan Upaya belajar.
(Pengalaman paling best!!)

4. Pernah bekerja di Kilang Samseng di Senawang, Negeri Sembilan.
Sebagai operator bahagian 'isi perut' televisyen.

5. Ditawarkan bekerja dalam kerajaan ketika sudah beranak 3.

6. Pernah memandu sendirian ke tempat kursus
tanpa panduan dari sapa-sapa.
Dari Negeri Sembilan ke Maran, Pahang.
Tawakkal..tengok papan tanda je.
Tak boleh nak manja-manja
Tak de sapa nak hantar.

7. Jadilah kawan yang baik dengan Acik,
semestinya Acik akan berikan yang lebih baik
dari apa yang Acik terima.

SELESAI.

Tuesday, 16 September 2014

LIEBSTER AWARD #10 BY DR.NAZECK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni hari menjawab soalan.
Yang ini pulak Acik ditag oleh Dr.Nazeck.
Terima kasih tag Acik.
(clap clap clap)



SOALANNYA :

1. Anak ke berapa daripada berapa?
Anak sulung daripada 5 beradik.

2. Warna kegemaran?
Hijau dan biru.

3. Makanan & minuman kegemaran?
Makanan - Laksa & Pizza
Minuman - Teh O Limau & Fresh Orange

4. Pernah ada BFF tak? Siapa dia & kat mana sekarang?
Ada BFF. Noor Aidil Surya Ab.Raman..
Sekarang di Kajang.

5. Cita-cita masa kecil?
Supergirl

6. Adalah cita-cita tu dah tercapai sekarang?
Sudah tapi versi baju kurung

7. Sifat positif yang ada dalam diri?
Kuat semangat & sanggup buat apa saja 
demi kepuasan diri dan anak-anak.

8. Sifat negatif yang ada dalam diri?
Sedang cuba buang sikit-sikit.

9. Berapa ramai BF / GF pernah ada? (dulu -> sekarang)
Masa sekolah? Tak ada
Masa kerja? Tak sempat berpakwe, dah kawin.

10. 3 ciri utama yang korang bagi 
pada pasangan sebelum bergelar suami / isteri?
Caring, friendly, bertanggungjawab.
Agaknya la..dah lupa (eh..ke saja buat-buat lupa?)

11. Apa agaknya reaksi korang kalau pasangan korang
tak menepati ciri-ciri kat atas bila dah sah jadi suami / isteri?
Sebolehnya berterus terang dan berubah perlahan-lahan.
Bertahan semampu mungkin tapi andainya tiada perubahan,
maka jalannya terbentang luas di depan mata.

SELESAI..ALHAMDULILLAH

LIEBSTER AWARD #9 TAGGED BY KAK FUZA MUSA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni Acik nak jawab soalan yang Tokey Sulam kita tanya.
Terima kasih ye tag Acik.


http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/09/liebster-award-2-by-farrah-mf.html


SOALANNYA :

1. Dah letak Blog Fuza dalam Bloglist anda?
Sudahhh..(Macam budak tadika jawab soalan cikgu)

2. Kenapa letak / TAK letak dalam Bloglist anda?
Sebab senang Acik nak BW dan klik-klik

3. Apa perasaan bila kena TAG?
Bangga, bangga, banggaaaa sangat.

4. Bagus ke tak sebenarnya LIEBSTER AWARD ni?
Bagus..untuk memotivasikan blogger
dan menaikkan semangat blogger lain.

5. Layak ke Blog Fuza dapat Award ini?
Layak bagi kategori bisnes.
(Ada kategori ke?)

6. Apa yang menarik dengan blog korang?
Menarik dari segi susun atur, warna, kekemasan.
Tak percaya cuba lihat sendiri.

7. Entry yang paling BEST dari blog Fuza 
korang rasa tentang apa? Ulaskan.
Entri pasal bisnes Kak Fuza sebab senang nak klik.

8. Apa mimpi ngeri anda?
Ada mimpi ngeri ke? Rasa macam tak ada je.

9. Berangan nak pergi mana?
Nak jalan-jalan makan angin kat Cameron Highland
dengan anak-anak.

10. Kalau dapat RM1K, apa 1st sekali anda nak buat?
Nak setel semua hutang bank kasi cantik sikit payslip.

11. Harapan anda di dalam dunia BLOG?
Harapan agar dapat berkawan dengan lebih ramai orang.
Dalam Malaysia ni kan ramaiiii sangat penduduk.

SELESAI..ALHAMDULILLAH..
(Tak sampai hati nak tag orang..nampak sibuk je masing-masing)

Monday, 15 September 2014

LIEBSTER AWARD #7

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Amy Sheera tag pulak.
Terima kasih sangat-sangat.
Nak jawab soalan-soalan yang ditanya oleh beliau.






SOALANNYA :

1. Nama manja dalam keluarga.
Kak Yang sebab anak sulung, sayang la.

2. Kalau bukan umur aku sekarang ni, aku nak umur...
20..nak belajar balik.

3. Aku pantang betul bila...
Orang sergah-sergah. Memang pantang!!
Biasa Acik sembur je. Tak kira la sapa pun.

4. Kalau aku tak boleh tidur, aku...
buat-buat lelap sampai terlelap.
Tapi tak pernah lagi tak dapat tidur.
Alhamdulillah

5. Barang favourite paling banyak kumpul.
Dulu Acik suka kumpul Mug tapi 
sekarang semua anak Acik dah guna.

6. Rumah atas tanah or kondo / apartment
Duduk dengan emak kat rumah atas tanah

7. Pernah tak ada satu rahsia hitam yang sorang pun tak tahu?
*selidik betul-betul
Tak..yang ada pun dah dibocorkan.

8. Tempat paling best dekat negeri kelahiran aku
(Konfius kejap nak jawab soalan.)
Acik lahir di Port Dickson 
jadi pantai Port Dickson la yang best.

9. Benda paling extreme aku pernah buat *panjat bangunan KLCC ke* 
Extreme ek??Mmmmm..
Memandu kereta 130km/j sebab ada brother tu bakar-bakar 
kat highway JB - Seremban.
Last sekali Acik menang sebab dia turun di 1 susur keluar.
Kira menang la sebab leading time tu.
Sejuk tangan derr..teringat anak kat rumah.
(Time menaip ni pun dah sejuk..terasa lagi weyy..)

10. Satu hari berapa kali hadap laptop.
Sekurang-kurangnya 3x

11. Pernah berangan jadi artis tak?
Pernah...tak terpikir pun nak jadi apa.
Terpikir nak duit banyak je sebab kami orang susah.


SELESAI..

LIEBSTER #8 BY BUDAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Budak dah tag Acik. Minta Acik jawab.
Senang sangat soalannya.
Eleh..kacang je ni.

Acik terpaksa tinggalkan dulu award #7 yang Acik dah draf.
Tinggal nak postkan je.
Sikit masa lagi Acik akan poskan yang tu
sebab Acik tengah mengejar pengomen no.1
(hahahaa..tetiba giler kuasa)




Serius...lepas baca soalan tu,
tiba-tiba kepala sakit belah kanan.
Apa maknanya tu? Adakah migrain?
(Minta kesian dari Budak je ni)
Padahal boleh pusing-pusing lagi kerusi ni.
Seronoknya Acik nak menjawab.

SOALAN YANG KACANG SANGAT UNTUK DIJAWAB NI :

1. Pasukan bola sepak pilihan anda.
Last sekali minat MU - itupun masa CR ada.
Bayangkan dah berapa tahun Acik tak ambik tahu pasal bola.

2. Lagu patriotik kesukaan anda.
Tak ingat tajuk lagu.
Negaraku boleh?

3. Berikan nama negeri yang anda sedang duduki dan 
berapa buah daerah yang terdapat di dalam negeri tersebut.
Kelantan tapi tak tahu ada berapa daerah.
Yang Acik tahu, tak lama lagi mengundi kat Pengkalan Kubor.

4. Asam pedas berasal dari negeri mana?
Melaka la..Hawau kau!

5. Dalam banyak-banyak pantun, pantun apa yang paling anda sukai?
Pen merah pen biru,
U marah I Love U

6. Kalau celup stoking putih dalam air yang berwarna merah, stoking jadi apa?
Stoking jadi basah la.

7. Apa yang anda faham tentang 
"buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan"
Kalau nak ambik buah cempedak yang kat luar pagar,
suruh sorang g jaga buah cempedak tu kat bawah pokok.
Takut diambil orang lain nanti.

8. Dalam banyak-banyak negara, negara mana yang mempunyai banyak artis KPOP?
K untuk Korean
M untuk Malaysia

9. Siapakah yang mencipta blogger.com?
Tak penah ambik tahu.
FB tu tahu gak..Budak rambut kerinting tu.

10. Pertahankan blog anda dengan mengatakan bahawa blog anda sangat best
dan sebab kenapa ia dianggap best.
Giler tak best. Kalau tak best, tak kuasa Acik p canang-canang
blog Acik kat blog orang.
Tanya kita pulak sebab apa best?
Carik la sendiri..Acik malas nak bagitahu.
Nanti orang tak nak singgah lagi.

11. Apa perasaan anda semasa menjawab soalan-soalan di atas?
Perasaan bercampur-baur.

12. Berikan sebarang komen tentang budak yang memberikan soalan di atas.
Dia tak perlukan jawapan skema..
Saja nak memBAHAN orang,kan??

13. Adakah anda menggunakan google.com untuk menjawab soalan di atas?
Perlu ke? 

SELESAI MEMBAHAN BUDAK.
TERIMA KASIH BAGI SOALAN YANG MENCABAR NI.
MEMANG KELUAR PELUH JANTAN MENJAWABNYA.

LIEBSTER AWARD #6

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ini adalah kali ke-6 Acik ditag.
Kali ni Farrah MF pula.
Terima kasih ye.





SOALANNYA :

1. 3 perkara yang anda titikberatkan pada blog anda.
Entri
Follower
Komen

2. 3 perkara yang boleh ceriakan hari anda.
Anak tak meragam
Ada duit untuk belanja hari itu
Dapat drive

3. 3 lagu utama yang ada dalam playlist
All the One - John Legend
Come Back Home - 2Ne1
Jaga Dia Untukku - Dato' CT

4. 3 benda utama dalam beg / dompet / beg tangan.
Duit
Handphone
Buku catatan

5. 3 perkara yang buat anda grrrr marah!
Tak tentu
Tak tahu
Ntah
(Sebolehnya tak nak marah sebab kita ni manusia je)

6. 3 destinasi percutian idaman
Cameron Highlands
Pulau Langkawi
Kuala Lumpur
(semua ni anak-anak saya tak pergi lagi)

7. 3 bau / haruman kegemaran






tapi sekarang dah tak pakai.
Susah nak sembahyang. Alhamdulillah..tak berbau pun.


8. 3 rancangan TV (TV Show) yang anda ikuti
Kalau Dah Jodoh
Berita TV9
Running Man

9. 3 buku / novel yang anda suka



Majalah boleh la ye

10. 3 perkara yang anda suka buat pada masa lapang.
Baring
Rehat
Bukak laptop

11. 3 perkara tentang diri anda yang ingin dikongsi
Tinggi
Kurus
Makan banyak

SELESAI..







LIEBSTER AWARD #4

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Yang ni pulak, Acik telah ditag oleh cahayaketinggiankehalusan
Terima kasih.

Macam biasa la..Acik nak jawab soalan yang telah diberikan.
Tak perlu tag orang,lagikan?
Sila betulkan Acik jika Acik silap ye.


SOALANNYA :
1. 3 perkataan yang menghuraikan diri anda?
- Saya anak sulung
('Anak sulung' itu saja dah melambangkan macam-macam tanggungjawab,
macam-macam perangai. Jadi huraikanlah sendiri)

2. Sumber inspirasi dan motivasi anda ?
Prof Muhaya.

3. Gajet yang mesti ada dalam poket anda?
Handphone. Itu je yang ada.

4. Apps yang paling penting dalam gajet anda?
MukaBuku, Whatapps, Permainan Pou

5. Apa yang anda impikan buat masa sekarang?
Ada duit, bercuti dengan anak-anak,
buat simpanan.

6. Hobi waktu senggang?
Cabut rumput, bersihkan sangkar kucing, burung, kura-kura
tanam bunga dan paling penting
kacau orang.

7. Menonton TV atau mendengar radio?
Lebih kepada mendengar radio
sebab sambil dengar radio, boleh buat kerja lain.

8. Destinasi pelancongan yang anda ingin pergi?
Pulau - tolak tepi sebab tak pandai berenang.
Semua tempat best asalkan ada duit yang cukup.

9. Bakat terpendam / kebolehan anda yang tidak ramai orang tahu?
Ada bakat ke? Macam tak ada je.
Kebolehan? Mungkin Acik ada kebolehan untuk drift kereta.
Setakat ni, buat sikit-sikit atas jalan je.

10. Situasi yang buat anda tertekan?
- Nak bersin, ada orang acah..tak pun, tak jadi nak bersin.
- Tengah mengira, ada orang kacau.

11. Komen tentang blog Alia?
Simple..tak sarat macam blog Acik.
Macam-macam nak letak.

SELESAI..



Sunday, 14 September 2014

LIEBSTER AWARD #5

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Award ni diambil (bukan diberi) oleh Amy J
sebab dia beri pada sesiapa saja yang sudi jenguk blog dia.

Terpaksa post yang #5 dulu baru #4 sebab 
soalannya senang sangat.



 


SOALANNYA :

Yang mana satu korang suka :

1. Aiskrim / Coklat
- Aiskrim.

2. Kucing / Arnab
- Semestinya kucing.

3. Movie / Buku
Buku sebab boleh benti-benti

4. Duduk rumah / jalan-jalan
Jalan-jalan

5. Skirt / Seluar
Seluar. Last pakai skirt darjah 4

6. Morning Person / Night Owl
Morning pun suka, Night pun suka.

7. Ada best friend / tak ada langsung
Rasa macam tak ada.

8. Manja / Tegas
Tegas

9. Nerd Boy / Bad Boy
Tak tahu

10. IG / FB
FB

11. Horror Movie / Romance Movie
Say NO to horror movie!!
So terpaksa pilih Romance

SELESAI.

LIEBSTER #3

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pertamanya, terima kasih yang tak terhingga
kepada CT Humairah kerana telah meng'highlight'kan nama Acik
dalam award ini.
Ini adalah kali ke-3 Acik di tag selepas Cik Fafa dan Kasut Kusut

Jadi Acik nak jawab soalan yang Cik Siti kita ni tanya.





SOALANNYA :

1. Jujur punya opinion tentang blog CT.
Acik mula kenal dengan CT ni baru lagi,
setakat ni baru 1 je entri yang betul-betul entri.
Best je tengok gambar orang pegi makan angin.
Ntah bila la Acik nak ke sana.

2. Suka tak blog CT?
Suka

3. Kenapa ?
Senang nak search..mudah dilihat.
Tulisan tak kecik sangat, tak besar sangat.

4. Benda yang perlu ada dalam beg sebelum nak keluar rumah?
Handphone sewajibnya ada.
Kalau Acik dah gerak, perasan tak bawak phone,
Acik akan patah balik ambik phone.
Padahal bukan ada orang nak call pun.
Sedih kita..Biasa la..orang tak ada pakwe.

5. Negara idaman untuk travel?
Semua negara nak pergi tapi takut
sebab Acik tak pandai speaking English.

6. Pengalaman travel paling best dalam hidup.
Pengalaman? Tak ada kot. Travel biasa-biasa je.
Naik kereta, turun kereta je.

7. Habit tidur ?
Mengiring ke kiri, pakai selimut tapi kaki kuar kat bawah.
hahahahaa...baik tak payah pakaikan??

8. Fast food favourite
Suka makan burger dengan ayam goreng cap atok.

9. Favourite KPOP idol.
Ada ke? Anak Acik suka dengar lagu 'Come Back Home'
Dengan Acik sekali terjebak.
Artis 'Running Man' pun macam best je.
(Aik, lari dari soalan ni)..
Zaman Acik dulu kitaorang giler Artis China.
Macam Leon Lai Meng, Aaron Kwok
tapi itu dulu..

10. Handphone sekarang ?
Samseng Muda

11. Cita-cita / Impian / Keinginan ?
Cita-cita >> Nak tengok anak-anak belajar kat menara gading
sebab Acik tak belajar setinggi itu.
Lepas SPM je kawin.
Impian >> Nak beli MPV yang boleh bawak anak-anak
yang makin besar panjang ni.
Tanpa perlu tinggalkan sorang pun kat rumah.
Keinginan >> Kahwin kot..hahaha...

SELESAI...


NAK JAWAB SOALAN JE, BOLEH?


Terima kasih kepada Kasut Kusut
kerana tag Acik untuk award ini.
Semestinya blog Acik adalah blog pertama
yang terlintas di fikiran dia,
adalah 1 penghargaan yang sangat menyentuh hati.
Banggaaaaanya aku!!

Acik nak jawab je soalan yang Kasut Kusut beri, boleh?
Boleh la ye..
Sebabnya Acik telah ditag oleh Cik Fafa
(Tak boleh bukak pulak blog dia saat ini
apatah lagi nak linkkan blog dia)


SOALAN DARIPADA KASUT KUSUT :

1. Siapakah idola anda?
Idola Acik sudah tentunya Nabi Muhammad S.A.W.
Hati ni nak sangat mengikut peribadi Rasulullah.
Kuat semangat, tegas tetapi lembut.
Bicara, tingkah laku dan sebagainya.

2.Apa pendapat anda tentang Malaysia?
Malaysia negara yang aman. Hasil daripada kesungguhan
pejuang-pejuang terdahulu.
Allah dah janji, siapa berusaha dia akan berjaya.
Itulah yang kita terima sekarang.
Cuma semakin hari kita semakin rasa kurang selamat
bila berada di dalam negara sendiri.
Bunuh, rogol, rompak dah macam 'biasa' pada kita.
Muka depan surat khabar pun dah tak ada cerita lain.
Semuanya mengenai kemungkaran.
(Jangan bagi Acik ulas lagi..kang panjang berjela, 
Idea tentang tajuk ni memang banyak)

3. Komen serba sedikit tentang buku kegemaran anda.


Ini buku kegemaran Acik. Pertama kali memilikinya,
Acik baca sampai habis.
Bila kita memang dah pasang niat untuk berubah,
maka Allah akan permudahkan.
Buku ini WAJIB ada di setiap rumah.
Kalau boleh, setiap orang WAJIB ada.
Umpama setiap perbuatan dan langkah kita tu, boleh rujuk di sini.
Anak-anak Acik pun guna buku ni, lebih-lebih lagi Si Hilmi.
Kadang-kadang sampai kena sorok,
sebab semua orang nak guna.

4. Apa pendapat anda tentang blog saya.
Pada pendapat Acik, blog Kasut Kusut ni
sesuai untuk pembaca sebaya-sebaya dia.
Maknakata, yang muda remaja.
Konsepnya mudah..
Berteraskan islam.
Pendapat dalam blog, dan pengisian, ok.
Bahasa pun sesuai dengan orang muda (macam Acik,,kuikui)


5. Bagi cadangan bagaimana untuk sebarkan
ilmu Islam dengan lebih mudah & efektif melalui laman cyber.
Sekarang mudah sangat nak sebarkan ilmu Islam
melalui laman cyber cuma yang
nak membacanya tu la yang kurang.
Hanya orang yang rajin mentelaah saja
yang akan membacanya,
orang yang tak rajin membaca, ketinggalan.
Pada Acik, caranya hanyalah dengan pendengaran sahaja.
Tanpa perlu klik, tanpa perlu loading..
Itu saja..ibarat kita 'paksa' mereka dengar.

6. Adakah saya perempuan atau lelaki?
Tak kisah la awak lelaki atau perempuan,
Acik kawan semua.
Tapi Acik rasa macam perempuan.
(Ahh..macam teka baby dalam perut orang pulak)


7. Tag 5 orang rakan anda dari blogger, seorang dari blog / laman web lain.
Red Bellas
Calrase Patrick
Niera Hashim
Naalisa
Jubah Prof Muhaya

8. Apakah movie Islamik yang paling anda suka?
"AKU MASIH DARA"
(Tajuk cerita ni tau!!)


9. Sedekahkan satu hadis yang sahih serta penerangan.

10. Berikan 3 cara anda menaikkan trafik blog anda.
1. Rajin singgah kat blog orang, baca, komen dan tinggalkan URL.
2. Rajin singgah kat blog orang, baca, komen dan tinggalkan URL.
3. Rajin singgah kat blog orang, baca, komen dan tinggalkan URL.


11. Berikan ucapan kepada saya.
Acik harap blog awak ni akan dapat mencapai target
yang awak targetkan.
Kekalkan ciri-ciri islamik yang diketengahkan.

ALHAMDULILLAH..SELESAI.


Wednesday, 10 September 2014

VERSATILE BLOGGER AWARD

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertamanya, Acik nak ucapkan terima kasih
kepada Kenny977 kerana tag Acik sebagai antara 15 blogger pilihan.

kenny977world versatile blogger award

SYARAT-SYARATNYA :

Thanks to the person who gave you this award.
Provide a LINK to their blog.
Select 15 blogs / blogger you have recently discovered / followed regularly
Nominate these 15 to the VBA's award *don't forget to tell them.
Tell 7 facts or 7 things about yourself.
(hah..merangkak Acik menyalin rules ni)


7 FAKTA TENTANG ACIK :

1. Tarikh lahir 24 Mei. (Bagi hadiah tau).

2. Bintang Gemini

3. Tahun KAMBING!! 

4. Anak sulong.

5. Ada 5 orang anak.

6. Baru perasan yang nombor phone Acik
adalah gabungan tarikh lahir Acik.

7. Memori tak kuat sangat.


15 BLOGGER PILIHAN SAYA :

1. N

2. CP



5. ABM



8. Budak


10. Cik Fafa

11. Izzeyda

GOOD LUCK SEMUA.
ACIK DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK KALIAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...