Showing posts with label Waie. Show all posts
Showing posts with label Waie. Show all posts

Saturday, 20 September 2014

SENARAI NAMA PENERIMA GA 2ND BIRTHDAY WAIE #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah..hadiah yang Acik tempah sempena
birthday anak bongsu Acik yang ke-2
telah selamat Acik terima.

Di bawah ini, Acik senaraikan nama-nama yang
dihantar melalui emel kepada Acik.
Sila semak.
Kalau ada nama yang Acik terlepas pandang,
sila maklumkan kepada Acik dengan
menghantar emel semula melalui
emel yang dihantar sebelum ini.



SENARAI NAMA :

1. Suhaida Che Yop - Penang

2. Siti Zawiah Rosali - Kedah

3. Nadia Mustafar - Selangor

4. Calrase Patrick - Sabah

5. Firzanah Azhar - Selangor

6. Nur Alia Liyana Kamaruddin - Perak

7. Nabilah Md.Hatar - Melaka

8. Siti Norbaiti Mohammad Swadi - Perak

9. Nur Farah Farhana Ramlan - KL

10. Mohd.Azman Arsad - Johor

11. Syazrah Tarmin - Sarawak

12. Nornazliana Ab.Razak - Perak

13. Najwa Nuroni Harun - Kedah

14. Hani Fadhlina Abd.Rahman - KL

15. Auni Ismail - Sabah

16. Farah Adibah - Selangor

17. Norasyidah Nasurrudin - KL

18. Nur Atikah Aspian - Sarawak

+ 5 orang blogger bertuah

Jadi 23 orang penerima semuanya.


Terima kasih kerana memberi respon
kepada program 'ice-breaking' ini.
Terimalah hadiah dari Acik yang tak seberapa itu.

Guna tau...jangan simpan je.
Lain kali Acik bagi hadiah lagi.

DENGAN  LAFAZ BISMILLAH
ACIK MERASMIKAN BAHAWA 
JUMPA LAGI DI GIVEAWAY YANG AKAN DATANG.
(Macam ucapan perasmian penutup sukan tahunan sekolah,kan?)

Thursday, 18 September 2014

SABTU NI KOT...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah...barang yang Acik tempah 
dah sampai kat tangan Acik.
Sekarang ni Acik tengah gigih membalut hadiah ni.

Dah fikir cara terbaik dan mudah untuk 
Acik balut hadiah yang tak seberapa ni.

(Gambar hiasan je ni)

Tunggu Acik update nama korang 
yang dah hantar emel 
pada Acik ye.

BABAI..
ACIK SIBUK NAK MEMBALUT HADIAH NI.



Friday, 5 September 2014

GIVEAWAY 2ND BIRTHDAY WAIE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Memandangkan Acik nak sangat bagi hadiah pada orang
sempena Birthday anak bongsu Acik,
jadi,
Acik buka pada sesiapa saja 
yang berminat untuk join.
Setakat ni, dah 7 orang yang dah berikan nama mereka.
Terima kasih pada yang support Acik.

Caranya :

1. Copy paste gambar ni
2. Pastu back-linkkan URL di atas.



Untuk keterangan lanjut, sila klik sini

TERIMA KASIH SEMUA
SETIAP ORANG ADALAH PEMENANG


TELAH DITUTUP PADA 20/9/2014 
JAM 3.25 PAGI

Wednesday, 3 September 2014

NAK BAGI HADIAH LAGI #2


Kali ni Acik nak bagi hadiah lagi
kepada kawan-kawan Acik yang sentiasa menjenguk
blog Acik ni sempena
Birthday Anak Bongsu Acik ni
MUHAMMAD WAIE ZHARFAN BIN MOHD.IZALRUDIN
yang ke-2 pada 8 September 2014 ini.

Hadiahnya Acik dah tempah.
Korang tak kisah kan apa-apa je yang Acik nak bagi?
Tapi kalau dah siap tempah-tempah bagai,
maknanya ianya adalah Special Edition.

Emailkan alamat penuh dan no.phone ke :
are.cheek.watie@gmail.com 

Setiap orang pasti dapat hadiah ni.

Eh..eh..nak mintak Follow blog bisnes Acik.
Kalau tak nak Follow pun tak pe. Tak paksa pun.
Kalau leceh nak email, WA details kat no.phone Acik ye.
(No.phone ada kat blog bisnes Acik tu)
Bagi Mukaddimah sikit la masa WA tu nanti.
Takut Acik terperasan orang nak ngorat Acik.

Sekian, terima kasih.


TELAH DITUTUP PADA 20/9/2014
JAM 3.25 PAGI




Monday, 1 September 2014

DIBUNUH KERANA KUAT MENANGIS

Anak meragam...
Inilah kes yang paling mencabar kesabaran.
Nak-nak pulak yang jenis menggelepar.
Pujuk-pujuk tak jalan jugak.
Yang itu memang ketap bibir la.


Semalam, kes rangka budak umur 2 tahun ditemui di belakang rumah sewa.
Difahamkan, budak ini dibunuh kerana kuat menangis
dalam erti kata lain, meragam la ni.

Memang betul, kalau anak tengah meragam,
susah sangat nak sabar.
Lebih-lebih lagi kalau yang jenis tak pandai cakap ni.
Kalau pandai cakap sikit-sikit pun, susah nak bagi mereka reda.
Apa yang mereka cakap tu, takkan jelas dan tak sama dengan apa yang dia nak.


Huii...yang pesen terjerit meraung-raung ni la yang tak tahan.

Ini la yang Acik tengah hadapi sekarang.
Waie sedang dalam fasa meragam.
Sikit-sikit nak mengamuk.
Dia cakap apa pun kita tak faham.
Bila kita sebut balik apa yang dia cakap,
dia menggelepar.
Apa nak menggeleparnya..
kita cakap benda lain dari yang dia cakap.
Puas la keluar segala jenis kamus bahasa dia.

Bila semua kamus dah keluar, bahasa tak jugak kena dengan peel dia tu,
last sekali, prapp sikit kat peha.
Meraung memang kuat la dari tadi.
Tapi cepat sikit senyapnya.

Mungkin Waie dalam fasa nak masuk 2 tahun kot.
Orang kata beralih tahun.

Apa benda la tulisan kecik kaler hijau ni tulis ni? 
Acik tak nampak!

Tapi jangan la sampai membunuh.
SAYANGILAH ANAK ANDA.

Sunday, 31 August 2014

TERSALAH ORANG

Jadi agen sesuatu barang, semua orang cari.
Telefon tu kadang-kadang sampai dah habis fesyen nama dah kita letak.
Fiza Kancil, Ahmad Pomen, Kak Ngah Tudung.

Ada jugak yang kita letak nama yang sama..
Cuma bezanya sikit je.
Kak Mas 1, Kak Mas 2.

Acik jadi agen ACAR IKAN MASIN TALANG, ACAR IKAN MASIN KURAU
dan ACAR BUAH keluaran ACARJUTAWAN.COM
yang berpengkalan di Kuantan, Pahang.





Malam semalam dapat call dari Kak Amy.
Bagitahu nak Acar Ikan Masin Talang 5 botol.

Pagi-pagi lagi Acik dah minta mama pegi hantar ke rumah Kak Amy.
Sepupu Acik. Mama cakap sepupu Acik tak balik lagi.
Aik, malam tadi cakap dah nak balik KL.
Tak de masalah la sebab sepupu kita.

Petang tadi, Kak Amy SMS Acik.
" Dik, bila nak hantar Acar? Akk dah nak balik KL ni."
Sah!! Acik salah hantar.

Hahahaaa...Nasib baik hantar rumah sepupu je.
Boleh jugak la pegi ambik balik acar tu.
Terus Acik tambah nama Kak Amy tu.
KAK AMY HOME-U

Nak cuba try test tak?
Acik kasi tengok ini gambar ye..
/
/
/
/
/
/
/

MY BEST TESTIMONER
~ WAIE ~

Nak ratah macam ni saja. Berpeluh-peluh pun sambung makan jugak


Ini bukan lakonan. Ini betul-betul.


Tak puas hati, dengan botol-botol sekali.






Sunday, 17 August 2014

SEJUKKK...KETARRR...BIBIRRR....BIRUUU...

Jarak rumah ke Taman Tema Air ni tak la jauh mana.
Dalam 15 minit je.
Tapi susah sangat nak bawak budak kecik 2 orang ni ke sini.
Bukan sebab tak de duit,
tapi susah sangat nak control.
Lari sana, lari sini.

Hari tu, masa Intan tak ada, aku bawak la mereka berdua ni.
Keluarkan arahan pada along angah,
mesti ikut tanpa sebarang alasan!!
Wah..kan senang camtu.

Pinjam Saga Putih, bawak 4 orang penumpang.
Pukul 6.15 petang, sampai sana.
Beli tiket, terus masuk dalam.
"Mandi sampai puas", kata orang jaga tiket tu.
Hah!!puas mananya?Tak lama pun.
Pukul 7 dah habis masa.

Mula-mula takut air. Sejuk.


Nana dah tinggalkan Waie yang terkedek-kedek berjalan ni


Wah..kemain lagi kau dik..pandai turun sendiri.


Peramah ke usha kakak ni Waie? Cakap pun tak betul lagi.


Nana dah berapa kali naik turun ntah.

Tengah seronok-seronok tengok Waie dengan Nana main gelongsor,
leka tengok Waie berkawan dengan sorang kakak eh abang (tak pasti jantinanya)
Punya la baik budak ni main dengan Waie.
Pegang Waie turun gelongsor.
Pastu ntah apa la yang dia tanya kat Waie.
Nampak Waie angguk je.

Pastu nampak dia pimpin tangan Waie.
Jalan arah ke pintu keluar.
Aku apa lagi, macam abang besar la bangun.
Along Angah ikut dari belakang.





Sampai kat pagar keluar, aku laung Waie kuat-kuat.
Waie!!
Macam tarzan pulak.

Fikir positif je la..
Mungkin budak tu ingat Waie mandi sorang-sorang.
Mak tak ada.
Nak tolong carikan mak dia la tu.

Mana taknya...aku angah along duduk menyandar je kat tepi kolam.
Tak nampak macam excited pun anak main air.

Tak lama lepas tu, pujuk Waie dengan Nana.
Tukar baju.
Tak sempat pukul 7 malam pun.
Nak pegi tengok rusa.
Bagi makan daun.


Dah sudah bagi makan, bergerak ke kereta.
Sebelum sampai kat kereta, beli aiskrim dengan jajan sikit.
Duduk tepi longkang, habiskan aiskrim dengan jajan.


Taman Perbandaran Tengku Anis

Esok lusa boleh datang lagi.
Babai..dah maghrib.
Nak balik sembahyang.

Friday, 27 June 2014

EJEN KOTA BHARU

Tak pernah rasa ACAR IKAN MASIN? Jom la cuba try test..

ACAR IKAN MASIN KURAU  -  RM14.90
ACAR IKAN MASIN TALANG  -  RM10.90
ACAR BUAH  -  RM8.00

Kalau nak suruh saya poskan pun boleh...
harga tetap sama tapi tambah harga poslaju la..
biasanya kalau beli 2 - 4 botol, RM6 sahaja harga postage tu..
kalau lebih, saya akan bagitahu kemudian..

SMS saya di 017-2954897



DUTA TERBAIK SAYA - WAIE






KENAPA PULAK MESTI ADA BLOG??

Saya orang biasa je. Ada kerja tetap dan berpencen.
'Single-parent'.
Mak ayah saya orang Kelantan.
Saya dilahirkan di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Saya dibesarkan di NS.
(sila teka-teka sikit warganegeri saya ye)


13 tahun saya membesar di Pusat Latihan Polis
Air Hitam, Negeri Sembilan iaitu
saya dari darjah 4 hingga beranak 3.


 Tiada apa yang nak dibanggakan. 
Cuma ada 5 orang anak. 3 lelaki dan 2 perempuan.

YANG INI 1st BADGE

(Dari kiri : Intan Nursyahirah Halim (Intan), Muhammad Nurhifzhan Halim (Angah) 
dan Muhammad Nurhilmi Halim (Along)


YANG INI PULAK 2nd BADGE

(Dari kiri : Nur Adriana Natasha Mohd.Izalrudin (Nana) dan 
Muhammad Waie Zharfan Mohd.Izalrudin (Waie)


KENAPA PULAK MESTI ADA BLOG??

Saya rasa saya perlu catatkan sesuatu untuk kenangan anak-anak.
Satu hari bila saya tiada, mereka boleh lihat coretan ini.
Agar mereka tahu susah senang, manis pahitnya hidup bersama mereka.
Zaman dah canggih,kan..mesti la ikut peredaran zaman.
Muka ganas tapi tak reti buat blog pun tak guna jugak. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...