Showing posts with label flashback. Show all posts
Showing posts with label flashback. Show all posts

Saturday, 22 November 2014

SaPa SeZaMaN DeNgaN Acik??

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernah main video-game?

Acik dulu kecik-kecik, ayah Acik tak beli video-game ni.
Balik sekolah, tukar baju, menepek rumah orang.
Main game sampai kena halau.

Kadang-kadang tu, rumah member siap tutup pintu,
nampak Acik kayuh basikal dari jauh.
Kesian,kan..
Bukan ayah Acik tak mampu,
tapi malas nak layan kot.




Bila Acik dah kerja, pertama sekali yang Acik beli,
benda ni la....nak tebus zaman kanak-kanak
yang tak puas main benda ni.

Top sekali, yang Acik akan main,
game ni la..
SUPER MARIO BROS.
Selalu pilih si Mario la,
sebab boleh jalan dulu.
Tak suka pilih Luigi..sebab kena tunggu orang.
Lambat!!
Bertahun-tahun main, tak pernah la selamatkan puteri tu,
asyik sampai ke naga je..
Pastu mampus!!
Sampai la sekarang...




No.2 pilihan Acik selepas asyik mampus je main Super Mario tu,
ialah TWIN BEE.
Layan jugak main twin bee ni..
Tembak-tembak awan, keluar loceng..
Tembak-tembak loceng, sampai tukar kaler..
kelip-kelip.
Kalau dapat kelip-kelip tu,
kira handal la sebab ada bayang-bayang..
jadi peluru tu banyak la.
Tembak busut masa busut tu ternganga,
jadi buah epal..boleh la ambik.




CONTRA...
Yang ni best jugak..
Selalu ambik Kaler biru.
1st player...tapi jalan sama-sama.
Selalu duduk kat atas sebab boleh dapat kuasa S.




Dah pernah sampai kat level ni,
tapi tak lepas..sebab selalunya
bila dah sampai sini,
peluru mesti yang cikai-cikai.
Camna nak menang?



B-WINGS ni pun sama.
Lama betul tak layan game ni.
Acik selalu pilih HAMMER ni 
sebab kapal terbang dijaga oleh besi hitam
2 biji yang berputar keliling kapal.
Yang lain tu memang Acik tak pernah try.
Sebab macam tak best je.




Korang yang sezaman dengan Acik,
mesti game yang korang suka jugak
Circus, Mario yang ada ketam hijau merah,
Kereta Kebal, Motorcross, 
Racing Car yang ada Superman melintas.

Seronok kalau imbas zaman kecik-kecik dulu ek??

SEKIAN...





KaLaU Dah MeManG DaRahNya BeGitu....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni Acik nak throwback balik zaman Acik kecik-kecik dulu.
Orang kata, kalaau baik sangat, tak banyak pengalaman.
So Acik ni duk kat tengah-tengah.
Antara nakal dengan tak berapa nakal.

Masa Acik lebih kurang darjah 4, tahun 1989,
sewaktu dengan kes menabung..
Acik suka sangat berjual.
Seronok dapat duit hasil titik peluh sendiri.

Mama Acik akan beli biskut timbang,
tak kira la biskut apa pun..
Biskut coklat kapit, biskut jem yang lekat celah gigi tu,
biskut yang ada aising warna warni kat atas tu la.
Macam-macam lagi.


credit


Tiap kali nak pergi sekolah, Acik dah standby malam tu,
ambik biskut-biskut yang Mama dah beli tu.
Masuk dalam beg.

Esoknya, masa rehat, Acik pergilah jual biskut tu.
Seposen 2 keping ke, ikut suka Acik.
Ada yang nak beli pulak tu.

Kadang-kadang, kalau biskut dah habis,
mintak jambu air kat rumah orang.




Esoknya tu jual...2 biji 50 sen rasanya.
Hahaha....buat duit betul.

Satu hari, Mama tanya, mana pergi biskut dia?
Rupanya cikgu dah bagitahu dia,
yang Acik jual biskut-biskut dia kat sekolah.
Ada mak bapak komplen.
Hehehee...

Pengalaman ni, walaupun masa tu pedih
kena marah, tapi manis bila kenangkan semula.
Mana nak dapat dah...

SEKIAN...





Sunday, 26 October 2014

DaY 8 : 10 DreAm PlaCes To Visit

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Hari ini adalah hari last seksaan untuk Acik.
10 perkara yang hampir tiada sasaran
dalam hidup Acik.
Hari ke-9 dan hari ke-10,
tutup mata pun Acik boleh jawab.



Jadi hari ni, cabarannya ialah
10 tempat impian yang anda nak pergi.

Sememangnya Acik seorang yang sangat simple.
Tak simpan banyak sangat angan-angan yang tinggi
atas sebab kekurangan diri, masih lagi berpijak di bumi yang nyata.
Anak-anak adalah segalanya.
Perbelanjaan anak-anak lebih penting.

Oleh sebab itulah, Acik memang tidak simpan
angan-angan yang tinggi melangit.

Jom kita tengok, cukup ke tak 10 tempat yang diminta tu.
Semuanya ikhlas dari hati..Tak tipu punya..

1. Perancangan terdekat, nak pergi ke Cameron Highlands.
Bawak anak-anak Acik ke sana.
Acik pun last pergi masa rombongan masa darjah 6 dulu.
Perghh..lama betul.

google

2. Nak ke Pulau Langkawi. Bawak anak-anak.
Acik dah 2 kali pergi ke sana sebab kerja.
Pertama masa Kursus Induksi selama 2 minggu.
Sampai boring duduk kat sana lama-lama 
sebab Acik bukan kaki shopping pinggan mangkuk.

Kali kedua ke sana, ada kursus kewangan di sana juga.
Ikut je la orang berjalan.
Acik tukang bawak pinggan mangkuk orang.


google

Nak jugak bawak anak-anak rasa
tempat tersohor di Malaysia.
Kita orang Malaysia pun tak habis melawat lagi.

3. Tempat ketiga ni, Acik tak pernah pergi lagi.
Tengok orang update gambar tempat ni. Cantik pulak.
Kalau letak pulak Acik kat tempat tu,
memang bertambahlah cantik.
Huhuu..

google

4. Aquaria KLCC pun antara yang Acik idam-idamkan 
nak pergi dengan anak-anak.
Acik pernah jugak pergi ke sana masa rombongan
Intan masa dia Prasekolah.
Jadi kali ni nak semua rasa keseronokan ke sana.


google

Tapi memanjang je terbantut.
Kos ke sana mahal. Tiket nak masuk saja dah banyak mana.

5. Mana-mana hotel dalam Malaysia.
Tak ada tempat lain dah nak pergi selain daripada
bawak anak-anak tidur kat hotel.
Bagi mereka rasa, macam mana rupanya duduk kat hotel.

Acik pernah habiskan semua 'bonus' tahunan Acik,
hanya untuk bayar harga bilik yang kami duduk tu.
RM500++ semalam.
Hah...Padan muka!!


google

Acik pun tak pernah termimpi nak check-in kat bilik 
semahal ini. Pada asalnya ada promosi kat sini.
Bila tanya kat pendaftaran, dah penuh.
Biasa la..nama pun promosi

Acik pujuk anak-anak.
Tapi Acik pulak kena pujuk balik kat Angah.
"Kita check-in je la ibu..Orang kat pendaftaran tu pandang
kita macam tak berduit."
Haish...Acik tak boleh orang bakar-bakar ni.
Hahaha...

Acik punya dressing simple je.
Selebet semacam. Naik pulak kancil berhabuk.
So, kami pun check-in la kat bilik RM500++ per night ni.


google

Ahh..melalut dah ni..sebab No.6-10 memang tak ada dah.

Time check-in tu, boleh nampak muka anak-anak gembira.
Riang semacam..poyo pun ada.
sebab check-in kat bilik mahal.
Hehehe..jahat ibu korang ni mengutuk anak sendiri.

'Bonus' yang Acik dapat tu, kongsi sama-sama
kegembiraan dapat 'bonus' tu.


THROWBACK SIKIT
(Gambar dari FB Acik)


Bilik kami atas sekali..untuk Non-Smoker.



Tengok tu, Waie dengan Nana kecik lagi.
Sampai-sampai je, terus lompat-lompat atas katil.



Angah je yang berendam..Yang lain sejuk..
Tak mahu turun

Dah la merapu meraban.
Acik nak bagitahu je yang Acik
suka bawak anak-anak ke hotel.
Tak kisah la hotel mana.
Duit boleh cari,kan?
Kegembiraan anak tak boleh cari.
Itu je la sekali mereka kecik.
Lepas ni, dah besar, tak boleh kecik balik dah..

SEKIAN DC HARI INI..



Thursday, 16 October 2014

ConFiRm La KoRanG PuN MaCaM AciK...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

SITUASI 1

Korang ingat tak masa kecik-kecik dulu,
kalau hujung tahun, excitednya kalau mak ayah
bawak pergi beli baju sekolah baru,
beg sekolah baru, kasut sekolah baru.

Muka masa tu, kalau boleh nak tunjukkan kat orang
yang kita sorang saja yang ada kelengkapan baru.
Plastik baju baru nak bawak sendiri.





Sementara nak tunggu sekolah bukak,
adalah dalam 10 kali try baju baru.
Yang tak tahan tu siap gendong beg!!
Tidur malam, kasut, baju, beg dekat atas kepala.



SITUASI 2

Korang ingat tak, kalau time sekolah ada buat rombongan.
Nak-nak pulak yang jenis bertolak waktu pagi.
Malam tu memang susah betul nak lelap.
Pusing kiri, pusing kanan.
Tak boleh jugak lelap.
Jantung berdebar-debar!!




Mintak mak kejutkan awal takut tertinggal bas.
Mak belum sempat kejutkan, kita dah bangun dulu.
Excited punya pasal!!
Beli macam-macam..jajan, biskut, air kotak.
tapi bas tak jalan lagi, dah makan.


Korang tak ngaku ea yang korang pun macam Acik.
Entah-entah lagi teruk!!
Tapi pengalaman masa kecik memang menyeronokkan.
Senyum sorang-sorang kalau teringat.

Pada yang dah ada anak, 
pasti anak kita pun macam kita jugak.
Excitednya lebih..
Hehee...memori tidak boleh dibeli!!

Jom kongsi 'perangai' korang masa kecik.

SEKIAN..


Wednesday, 8 October 2014

KaKaK iPaR DeNGaN ADiK iPaR SaMa Je..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sudah 3 kali Acik try post entry daripada Bloggeroid,
tapi tak lepas-lepas jugak..
Line internet malam ni tak berapa gagah.
Slow yang amat...

Jadi sementara nak tunggu post tu keluar entah bila,
Acik post la yang ni dulu.

BALINGBELAKANGPUNYACERITANI

Masa Acik di Kota Tinggi Johor,
bersama keluarga family suami dulu,
bila raya je, hari raya ke-3 je, 
pasti kami akan ke Skudai, Johor.
Rumah Cik Ani..(sekarang dah meninggal..al-fatihah)
Biasanya kami akan bermalam di sini.

Acik dan adik ipar perempuan tunggal ni
kureng sikit nak ke sini.
Maklumlah..banyak syarat-syarat yang kena ikut.
Salah satunya, kalau dah buang air besar,
wajib mandi.

Entah apa la yang Cik Ani ni masak hari tu.
Kami sakit perut.
Bisik kat Milah..
"Heh..sakit perut tak?"
"Ye la kak Nor..sakit perut ni"

Kami pun plan cantekk punya.
Cakap kat mak dengan abah,
nak keluar rumah jap.
Nak ambik angin.

Acik mintak suami jagakan Along dengan Angah jap.
Nak teman Milah konon.
Dalam gelap tu, kami meraba cari port..
Takkan nak buang air besar dalam jamban?
Nanti kena mandi malam-malam ni.
Sejukkk...

Jadi, kami berbincang nak buang air besar
kat dalam sungai kecik kat tepi rumah..
Berak senyap-senyap la ni..
Kelakar...berak dalam air.




Tengah-tengah membuang tu,
si Milah ni menjerit-jerit.
Dia tanya "Buat apa Kak Nor cubit bon**t saya?"
Eh, bila masa pulak nak cubit?
Ada pulak nak cubit...awak tu kan tengah membuang?

Acik ni kan penakut..Mula lah rasa macam nak lari..
Tapi stay lagi dalam air ni sebab tak habis lagi..
Sambil buang air besar, sambil pegang tangan.
Takut hanyut..air laju sangat.

Akhirnya Milah ambil kesimpulan,
yang bon**tnya MUNGKIN dipatuk anak ikan dalam sungai tu.
MUNGKIN tau...tak tahu betul ke tak..

Dah selesai, lega...
Kami tak payah mandi sebab sorang pun tak tahu
kami ke mana...

*Bukan tak ada memori yang best pun...mesti ada!

SEKIAN..

Thursday, 2 October 2014

PRojEK BERhAntU

Histeria...
Satu pengalaman yang Acik tak boleh lupa.
Acik ni memang dari kecik takut hantu.
Tak ingat pulak bila start takut hantu.

Masa sekolah asrama, mak Acik penah buatkan Acik tangkal.
Ikat kat pinggang . Tapi Acik tak rasa apa-apa pun.
Perasaan takut tetap ada.
Bapak penakutnya Acik ni.

Ini cerita masa Acik kat sekolah agama.
Sekolah ni memang ada penunggu.
Ada saja manusia yang bercerita pasal ni.
Ish..diaorang ni..tak takut ke masa bercerita tu??

Ada sekali tu, 1 sekolah diserang histeria.
Acik rasa, kalaulah dulu pemberita macam sekarang,
mau tak nya sekolah Acik pun masuk surat khabar sekali.


Keratan akhbar salah sebuah sekolah yang diserang histeria


Masa tu Acik ingat lagi..tengah belajar subjek Bahasa Arab.
Ustaz Alias yang ajar.
Tiba-tiba Ruzaini Syam (G-Mie) rebah kat riba Azliza (Aleq).
Acik ingatkan dia terlelap a.k.a mengantuk.

Sekali, kepala dia tegak balik sambil meraung.
Suara dah garau!!
Allah!!Takutnya.
Budak-budak lelaki yang perasan macho, perasan kuat tu,
semua ke tepi.
(Najib, Azman..tu je yang kepala gila-gila.)
Ustaz Alias pun ke tepi.
Biarkan G-Mie menggelepar.

Tak sampai 3 minit G-Mie menggelepar, 
ada pelajar lain pulak menyahut dari tingkat atas, bangunan sebelah.
Rasanya dari kelas tingkatan 5 kot.
Pastu berjangkit-jangkit ke kelas tingkatan 3,
seterusnya kelas tingkatan 6 dan akhirnya hampir 1 sekolah.

Pelajar-pelajar semua dah berlari-lari..
Ada yang lari sebab takut.
Ada yang lari sebab nak tengok siapa lagi yang kena.
Acik buat apa?
Acik tergamam..nak lari, hantu dah kepung.
Kalau nak lari pun,'mereka' dah serang kami.

Bila tengok Ustaz arahkan budak lelaki pegang G-Mie,
Acik pun tolong la sekali.
Perempuan muka ganas ni mana boleh kalah,beb!!
Ehh..tetiba je jadi berani.
Ayat Quran tu tak payah la banyak mana Acik baca..
Tapi Al-Fatihah je la yang paling banyak.
Surah lain semua blurr.
Paling-paling tinggi pun baca,
"Yaasin, wal quranil hakim.."
Sampai situ je lancar.

Kederat G-Mie makin kuat.
Ustaz arahkan angkat G-Mie yang sedang menggelepar,
hantar ke padang asrama.
Lepaskan di situ beramai-ramai.
Kalau tak silap Acik, ada sorang lagi budak kelas Acik histeria.
Ellya Suraya namanya.

Masa angkat G-Mie tu, muka poyo tu mesti ada sekali.
Eksyen...sebab berani tolong orang histeria.

Dah letak G-Mie kat tengah padang, Acik berlari tolong yang lain pulak.
Wahh...Supergirl sudah mari..



Ada jugak yang berlari ke pagar sekolah.
Nak panjat pagar sebab nak lari ke arah kubur Kristian sebelah sekolah.
Perghh..yang ni yang Acik seram ni.
"Kau menggelepar sorang-sorang tak pe sebab aku tak tahu hantu tu kat mana.
Tapi kalau sampai lari nak arah ke kubur Kristian, seriau maa.."

Lepas lepaskan G-Mie dengan yang lain-lain tu kat padang,
Acik tengok ramai budak lelaki tunggu tepi padang.
(Termasuk la budak lelaki kelas Acik yang perasan macho tu)
Nak tengok rambut budak-budak perempuan yang histeria ni la.
Hampeh korang...Nama je budak sekolah agama,kan?

Petang tu,pelajar asrama disuruh balik rumah seminggu.
'Pagar' asrama dah runtuh.
Ustaz nak pasang 'pagar' semula.
Ada yang cakap, 'pagar' sekolah runtuh sebab ramai yang buka lagu-lagu
yang tak sepatutnya. Seludup bawak masuk walkman.

Bila tanya G-Mie, apa yang dia nampak masa dia histeria tu.
Dia cakap, masa dia tengah dengar Ustaz Alias mengajar,
tiba-tiba ada lembaga hitam kepala botak datang kat dia.
Lepas tu, tak ingat dah.

Start pada hari tu la, Acik makin penakut.
Tak boleh dengar langsung lagu yang iras-iras lagu hantu.

SEKIAN..



Saturday, 27 September 2014

Kenapa Minat Beto?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kembalinya Acik semula untuk menulis..
setelah beberapa hari merantau tengok tempat orang.

Sambil-sambil memandu,
macam-macam pikir.
Nak tulis apa, nak highlightkan tajuk apa.

Takkan 2-3 hari ni nak upkan cerita makan angin je.
Hari ni tukar cerita lain dulu ye.

Nak cerita pasal kawan baik tang kecik..
Eh, kawan baik ke??
Acik kenal dia ni di PULAPOL Air Hitam..
(dulu dikenali sebagai PULAPAH - Pusat Latihan Polis Air Hitam)

Masa tinggal di PULAPAH ni,
kami ni dah macam 1 keluarga besar..
Tengok muka bapak, kita boleh ingat
siapa mak dia, siapa abang, kakak, adik dia.
Sampai boleh kenal sedara-mara dia.
Bila semua dah besar ni, 
masa nak flash-back la yang paling best.

Ijat ni kawan sekelas Acik.
Tak de kelas lain dah,,
Dari darjah 1 sampai darjah 6,
semuanya 1 kelas.
Maklumlah...kawasan polis.
Mana ada orang luar sekolah kat situ.

Kelas kami masa tu ada 14 orang je..
Lelaki tu ada la dalam 6-7 orang (malas nak kira).
Ijat ni yang Acik tengok paling cool..
Tak pernah dengar lagi dia tinggikan suara.
(Mungkin jugak nak tunjuk macho kat Acik kot)
Ada jugak la yang marah Acik ni kang,
upload gambar si Ijat ni.



Sori la Jat..aku nak bagitahu aku suka tengok Beto sebab apa.
Bukan nak highlight kau sangat pun..
Lagi satu sebab nak bagi saham kau naik..
hahahha...ampun..ampun!!


Dear Ijat>>
Bila tengok Beto dan isterinya,
baru aku faham.. 


SEKIAN...





Sunday, 21 September 2014

Dari Nama Dah Tahu Group Mana

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nama Acik ada 13 huruf..
Jap-jap..nak kira balik.
Haa...betul..ada 13 huruf.
Maka, macam-macam la orang boleh panggil Acik.



Kalau kat rumah, nama panggilan KAK YANG.
Jiran-jiran atau geng-geng masa kat PULAPAH dulu
panggil 'Ayang'.
Suami panggil 'Ayang' pun dah tak rasa apa.
Rasa macam biasa je.
Tak feel romantik langsung.
Panggil la Darling ke, Anje ke..


Kawan-kawan kat sekolah rendah
panggil Nor.


Masuk sekolah menengah di SMKA SHAMS, Seremban,
orang still panggil Nor.


Form 4 pindah SMK Batu Kikir,
orang panggil Ideq.
Sebab nama Nor dah ramai sangat.
Diaorang panggil Ida, Acik buat dek je,
jadi diaorang ubah panggil Ideq.




Masuk alam kerja 
di Negeri Sembilan..orang panggil Watie.
Pindah Terengganu orang panggil Ti.
Last di Kelantan ni pun orang panggil Ti.


Ada sorang je Cikgu Baking Acik panggil Acik, Hidayah.
Memang tak ada orang lain.
Dia je la..


Sampaikan Acik terpaksa tanya ;
"Awak panggil saya apa?"
semata-mata nak tahu kenal di mana.


Papa, Mama & adik-adik semua boleh cam,
kalau ada yang call nak cakap dengan Ideq,
itu geng-geng dari Batu Kikir.


Kalau nak cakap dengan Nor, itu geng-geng sekolah agama
atau sekolah rendah.


Kalau panggil Ayang, mereka kenal semua orang yang
panggil Acik Ayang.


Dan yang terbaru...kalau ada yang panggil Acik
masa Acik tengah jalan-jalan,
Acik tahu yang itu kawan-kawan blogger Acik..
Hehehe..


Acik mencipta group Acik sendiri..
BEST!!

Friday, 19 September 2014

MANA TAK TUMPAHNYA KUAH KALAU BUKAN DI TEPI PINGGAN..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Betul tak tajuk entri ni??
Betul la,kan??Kalau kuah dah sampai ke nasi, itu bukan tumpah..
Tumpah tu, mungkin di tepi pinggan 
sebab berlaga siku dengan orang sebelah.
Haha...ada pulak la yang hentam Acik ni kang.
(Mampus aku!!)

Maaf la..Acik ni loyar buruk sikit.
Suka mengarut-ngarut.

Kali ni nak cerita sikit pasal pengalaman mencari kerja.
Misi mencari kerja 'tetap dan berpencen'.
Mama Acik memang titik beratkan kerja dengan 'gomen' ni.
Terjamin katanya..

Sebelum kerja yang sekarang ni, 
Acik pernah pergi macam-macam interview.
Polis, cikgu, kerani. office-girl,
PASKAL pun Acik mintak tau!!

Kan smart tu, kalau Acik di situ.


Hoh..PASKAL paling sakit hati..
Tak layak sebab terlebih umur 2 bulan.
Dah merayu pun tak dapat jugak.
Hampeh!!

Pergi Ujian Bertulis untuk pemilihan cikgu,
tak pernahnya lepas..
3 kali mengandung, 3 kali pergi..
Kos pilihan..PJK / BM.
Sapa nak bagi...beribu orang mintak PJK / BM.
Subjek paling senang.
Bukan rezeki anak-anak.

Interview polis...kacang je..
Biasa la..anak polis..
Tak bagitahu yang kita anak polis pun 
orang tahu kita anak polis.
Cer tengok muka Acik, ada nampak muka anak polis??
Ada,kan..


Sedih nak cerita pasal polis ni.
Acik tinggal di Pusat Latihan Polis Air Hitam, Jempol, N.Sembilan..
Tiap-tiap hari tengok pelatih kulu kilir berkawad.
Tiap-tiap hari dengar mereka nyanyi lagu 'POLIS SEDIA BERKHIDMAT"
Sampai lancar la..

Time mereka tamat latihan, kita pun sama la menyibuk kat 
padang kawad tu..tengok mereka tamat latihan.
Perghh..tahannya mereka berdiri berjam-jam tanpa
bergerak-gerak..ada sorang dua je la yang pengsan.
Tak tahan..mungkin sebab lapar kot.
Maklumlah..orang nak tamat latihan,
tak lalu makan la, mandi tak basah la..
Kalau Acik dalam barisan mereka,
mungkin Acik la yang akan buat-buat pengsan tu.
Boleh keluar awal..hehehe..
Hah...kan Acik dah melalut..

Acik dah dapat tawaran latihan polis tu,
beli barang, semangat giler.
sedih pun ada sebab masa tu along umur 4 bulan.
tengah menyusu lagi.
Acik start ajar minum botol la KONON...

Hari lapor diri, saja lapor diri lambat.
Sebab training kat situ jugak.
Maknanya, kalau nak tengok along tu,
boleh la bapak dia bawak jalan-jalan,
Acik intai dari jauh.
Alahai..sukanya memanjangkan ayat la,Acik ni.

Beberapa jam nak lapor diri, Papa dan suami Acik,
balik rumah, bagitahu yang Komandan PULAPAH masa tu,
baru keluarkan arahan yang pelatih yang dah kahwin,
tidak diterima..
Bagaimana pula yang dah datang dari jauh.
Khabarnya ada yang terpaksa menipu.
Tukar status, Kesian.

Dipendekkan cerita, Acik ni umpama
MANA TAK TUMPAHNYA KUAH KALAU BUKAN DI TEPI PINGGAN,
Sipi-sipi je lagi nak jadi polis macam Papa Acik,
cuma pangkat bawah dari Papa Acik la.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


Thursday, 18 September 2014

TUHAN MAKBULKAN JUGA WALAUPUN TAK MINTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masa muda-muda dulu, Acik suka sangat tengok
orang lelaki yang ada parut kat kening.
Nampak gangster, nampak macho gitu.

Lepas kes Acik memandai-mandai repair bulu mata Angah,
kali ni kes Angah jugak.

Masa ni Angah berumur 4 tahun.
Dia ni nakal sikit..Lari sana, lari sini,
panjat sana, panjat sini.
Sekali tu, tengah-tengah meniti kat longkang rumah pengasuh,
dia tergelincir dan kening terkoyak.
Terkena tepi longkang yang kasar tu.
(Perasan tak kalau longkang yang buat cincai-cincai tu, 
kan tepinya bergigi-gigi kasar)

Bawak ke klinik..
Angah dah standby dijahit.
Boleh pulak bapak si Angah ni 
suruh Acik yang tunggu Angah.
Dia tak sanggup nak tengok.
Hadoiii...Acik pun gerun jugak, pak cik oii!!


(Pinjam gambar dari En.Google)


Jahit kening hidup-hidup..Aduhh..
Yang (Medical Assistant) MA tu boleh pulak cabut-cabut jarum.
Tersalah jahit..
Cangkuk kat sini, eh, salah,
cabut balik.
Cangkuk pulak sini sikit, eh..salah lagi.
Ada yang kena hempuk ni!!
Budak ni dah la menggelepar sakit.

Tapi nasib baik bapak budak ni tak ada sekali.
Kalau tak, rasanya kena jugak sedas dua.

Kali kedua, bila si Intan ni baru pandai berjalan.
Bapak si Intan ni, mintak tolong Intan ambilkan spray nyamuk,
Tak jauh pun..setakat dalam 6 langkah dia tu je.

Nak jadikan cerita, Intan yang 
tengah baru dapat berjalan tu terjatuh.
Spray nyamuk yang dia bawak tu, jatuh betul-betul
atas kening Angah yang sedang tengok TV
sambil berbaring depan TV


(Pinjam gambar google)

Bila kening anak dah berparut,
terus Acik teringatkan 'kesukaan' Acik tu
Allah tunaikan juga supaya Acik tak pandang orang lain.
Cukuplah acik debab kita tu sorang je.

Ishh..tak nak dah terlintas yang bukan-bukan lagi..




Sunday, 7 September 2014

AKULAH WANITA GAGAH PERKASA ITU!!

Bukan nak kata la..
Acik ni memang suka kerja-kerja lasak ni.
Bertukang, repair-repair dan macam-macam lagi la.

Memasak, menyapu, basuh baju,
sidai kain, basuh pinggan..
Hallamak!!Perempuan sangat!

Bila Acik kaji, duduk bermeditasi,
apa pasal Acik suka sangat kerja-kerja macam ni,
baru Acik dapat kesan dari mana puncanya.

Acik anak sulung..Adik Acik, Si Ana, selang setahun muda dari Acik.
Bila ayah Acik nak buat apa-apa kerja dulu,
Acik la dia panggil.
Adik Acik tu, Mama Acik dah rembat dulu.
Booking dia suruh masuk dapur.




"Yang, tolong pegang lampu ni, suluh kat sini"
"Yang, tolong ambik screw-driver tu"
"Yang, tolong papa angkat ni"
Yang..itu..
Yang..ini..
'Yang' tu nama panggilan Acik - Kak Yang.


Bila dah kawin, untung banyak la suami Acik.
Ampaian kat rumah, Acik buatkan..
Rumah flat, mana ada ampaian.
Acik bertukang la..
Buat ampaian depan belakang.
Acik suruh, tak buat-buat.
Hari berganti minggu,
minggu berganti bulan.
Sudahnya Acik yang buat.

Gas dapur habis, pegi beli gas.
Angkat gas naik tangga.
Nak tunggu dia, penat baru balik keje.
Tido dulu..pastu tido sampai kedai tutup.
Mana kau nak carik
Perempuan macam ni!!

Nasib baik la anak rapat-rapat.
Kalau tak, mungkin akan jadi macam ni jugak.





Friday, 22 August 2014

BILA ANGAH KENA LELONG


Jaga budak ni memang betul-betul mencabar.
Macam-macam hal.
Kali ni masih lagi cerita Angah masa kecil.

Masih lagi Acik ingat, masa tu keluarga Acik tinggal di Kuala Terengganu.
Setiap hari Jumaat malam, akan ada pasar malam
di Pantai Batu Burok.

Acik yang masa tu tinggal di Negeri Sembilan,
akan ke Pasar Malam Batu Burok tu la
bila balik ke Kuala Terengganu.

Sebelum masuk ke pasar malam tu, 
biasanya akan singgah ke taman permainan kanak-kanak di situ.
Kita bawak budak kecik ni, 
tak sah kalau diaorang ni tak merengek
kalau kita tak nak singgah kat tempat-tempat camtu.

Satu hari, Acik ke pasar malam dengan adik-adik Acik.
Nora dan Kiah.
Along, Angah dan Intan, Acik biarkan mereka main di situ.


Suka la hati masing-masing.
Naik ikut sini, turun ikut sana.
Naik sana, turun hujung situ pulak.
Nak menunjukkan suka tu, sampai terjerit-jerit panggil kita ni.

Memang ramai sangat orang kat situ.
Acik suruh Nora dan Kiah tunggu anak-anak Acik kat pintu gelongsor.
Minta pegang tangan masing-masing.
Dah Maghrib. Nak ke pasar malam pulak.

Along dan Intan dah turun.
tapi Angah tak turun-turun.
Kami bergerak dalam samar-samar tu, cari Angah.
Intai kat setiap pintu turun gelongsor.
Yang pastinya, Angah masih lagi belum turun dari atas.

Lama jugak kami cari. Nora dan Kiah bermati-matian cakap 
tak nampak Angah turun.
Acik putuskan untuk tinggalkan taman permainan tu.
Cari Angah di tempat lain.

Acik ke tempat Acik parking kereta.
Setiap kali selisih dengan orang sepanjang perjalanan ke kereta,
tengok kot-kot Angah ada di tangan mereka.
Tak ada!!

Cemas memang cemas.
"Apa la aku nak jawab dengan bapak dia ni nanti"
Jantung macam nak tercabut.
Lajunya jantung berdebar.
Masa tu tak de lagi cerita-cerita budak kena culik pastu kena kerat.
Kalau masa tu dah ada cerita tu,
Acik rasa Acik meraung kat situ dulu baru cari.

Sampai di kereta, Angah tak ada jugak.
Terjengket-jengket la kami 3 orang ni.
Tengok-tengok keliling tempat parking kereta.
Kot-kot nampak Angah.

Kali ni kami bergerak ke pasar malam.
Tempat yang kami harapkan dapat jumpa Angah.
Tapi mungkin ambil masa yang lama la
sebab pasar malam bukan sikit orangnya.

Kami berpecah..Janji jumpa semula di kereta nanti.
Selak baju-baju, tengok anak orang.
Tengok kerusi penjual, Intai buaian orang.
Tak jumpa.

Riuh pasar malam dengan lagu dikir barat.
Putar lagu Siti Nurhaliza, Search.
Tak payah nak Search sangat la oii.
Aku ni tengah 'search' anak..tak jumpa-jumpa.
Lelong-lelong barang pun dah biasa kat pasar malam ni.
Lelong barang..5 barang singgit.

Dalam mata selaju jantung mencari Angah,
sempat lagi dengar apa yang si Tukang Karut ni lelongkan.
"Haa..kali ni nak lelong budak"
Acik tak pergi kat situ lagi.
Telinga dah macam tikus dengar bunyi kucing.
"Sapa ada hilang anak pakai baju Superman warna Biru"
Ahh...bukan..Angah pakai baju Power Ranger merah.
Nak nangis rasa. Itu bukan anak aku!!!

Sambung cari balik..
Kali ni si Tukang Karut lelong budak lagi.
"Hai..malam ni kita pakat lelong budok la"
"Ada sorang lagi ni..budok kecik lelaki,
pakai baju Power Rangers meroh........"
Ahh..anak aku!!
Ayat yang belakang-belakang tu aku tak dengar dah.
Muka dah cembeng-cembeng. Nak nangis.
Tak nampak orang dah.
Acik nampak jalan tu lurus je.
Acik rasa Acik langgar je orang-orang kat depan Acik tu.
Nak tengok betul ke budak yang kena lelong tu Angah.


Dari jauh Acik nampak Angah atas 'busut baju'.
Angah tak nangis. Cuma muka dia nampak pucat.
Mata dia melilau je tengok orang.

Bila dia nampak ibu dia, berlari la dia.
Si Tukang Lelong tu cakap la ntah apa-apa.
Acik rasa dia pesan macam-macam kot.
Tak pun perli-perli Acik.
Acik tak dengar dah.Acik sibuk peluk Angah,
tanya Angah pergi mana.
Sori ye pak cik!!Saya bukan jenis orang suka belek-belek handbeg,
try-try baju.
Sampai anak terlepas.

Bila tanya Angah dia pergi mana,
nak tahu apa dia jawab?

Angah tengah main gelongsor.
Bila Angah turun, Angah cari ibu.
Tak ada. Oteh tak ada,
Kiah tak ada.
Angah cari kat kerusi ibu duduk pun tak ada.
Angah pegi kat kereta, ibu tak ada.
Angah dahaga. (sebab main taman tadi la tu)
Ada orang bagi Angah air. Pastu dia pegang tangan Angah.
Ajak Angah cari ibu.
Dia bawak Angah pegi pasar malam.

PERSOALANNYA :
1. Angah turun ikut mana?
2. Acik tak nampak pun Angah jika berselisih masa Acik ke kereta 
sebab kami bertiga berpecah untuk ke kereta. Semua laluan ke kereta kami lalu.

Adakah kes bulu matanya ada kaitan dengan kes ini?

MORAL OF THE STORY :
Betul la orang tua cakap, jangan main masa Maghrib.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...