Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ramai kawan-kawan Acik dah datang Kota Bharu ni
tapi takut nak call Acik.
Acik bukan nak jumpa lama-lama pun.
Sebab Acik tahu, mereka bukan datang
semata-mata nak jumpa Acik.
Jadi kadang-kadang Acik cakap nak jumpa,
setakat boleh tentang mata, peluk-peluk
pastu balik la.
Acik tak kecik hati pun..

Ini Cikgu Halimat-Ul-Saadiah
dari Kemaman.
Balik kampung suami berhari-hari
tapi datang rumah Acik kejap je.
Anak-anak dan suami dalam kereta.
Setakat jumpa, salam-salam,
ambik gambar,
pastu dia pun balik.
Tak de hal pun.

Ini Wawa...macam dalam entri Acik sebelum ni.
Jumpa kejap je.
Tak de hal pun.
Kalau dapat minum-minum tu kira bagus jugak.
Tapi kami masing-masing ada hal.

Ini Ida
Kawan Acik yang buat Acik TAUBAT sungguh-sungguh
tak nak menari di khalayak ramai..
Masih ingat lagi cerita Acik dipaksa menari?
Inilah dia cikgu tarian Acik.
Last kami jumpa di PULAPAH.
Kawan Acik yang buat Acik TAUBAT sungguh-sungguh
tak nak menari di khalayak ramai..
Masih ingat lagi cerita Acik dipaksa menari?
Inilah dia cikgu tarian Acik.
Last kami jumpa di PULAPAH.
Lebih kurang 10 tahun lepas.
Masa ni dia ada di Pasir Puteh, Kelantan.
Hantar rombongan kakaknya kahwin di sini.
Acik dari Kota Bharu, redah ke sana
lebih kurang sejam..
dengan jemnya jalan.
Jumpa kejap jugak ni..
Borak tengah panas, sampaikan bersalam pun lupa.
Ida minta suaminya ambil gambar,
sekeping dua, pastu kami balik.
Dia ke Rantau Panjang nak shopping,
kami balik ke Kota Bharu semula.
Jadi, jangan takut Acik mengata,
kalau jumpa Acik cincai-cincai camtu je
sebab Acik pun macam korang.
Sibuk sesibuk-sibuknya.
Tak payah nak formal sangat.
SEKIAN..