Showing posts with label Hilmi. Show all posts
Showing posts with label Hilmi. Show all posts

Friday, 19 September 2014

MANA TAK TUMPAHNYA KUAH KALAU BUKAN DI TEPI PINGGAN..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Betul tak tajuk entri ni??
Betul la,kan??Kalau kuah dah sampai ke nasi, itu bukan tumpah..
Tumpah tu, mungkin di tepi pinggan 
sebab berlaga siku dengan orang sebelah.
Haha...ada pulak la yang hentam Acik ni kang.
(Mampus aku!!)

Maaf la..Acik ni loyar buruk sikit.
Suka mengarut-ngarut.

Kali ni nak cerita sikit pasal pengalaman mencari kerja.
Misi mencari kerja 'tetap dan berpencen'.
Mama Acik memang titik beratkan kerja dengan 'gomen' ni.
Terjamin katanya..

Sebelum kerja yang sekarang ni, 
Acik pernah pergi macam-macam interview.
Polis, cikgu, kerani. office-girl,
PASKAL pun Acik mintak tau!!

Kan smart tu, kalau Acik di situ.


Hoh..PASKAL paling sakit hati..
Tak layak sebab terlebih umur 2 bulan.
Dah merayu pun tak dapat jugak.
Hampeh!!

Pergi Ujian Bertulis untuk pemilihan cikgu,
tak pernahnya lepas..
3 kali mengandung, 3 kali pergi..
Kos pilihan..PJK / BM.
Sapa nak bagi...beribu orang mintak PJK / BM.
Subjek paling senang.
Bukan rezeki anak-anak.

Interview polis...kacang je..
Biasa la..anak polis..
Tak bagitahu yang kita anak polis pun 
orang tahu kita anak polis.
Cer tengok muka Acik, ada nampak muka anak polis??
Ada,kan..


Sedih nak cerita pasal polis ni.
Acik tinggal di Pusat Latihan Polis Air Hitam, Jempol, N.Sembilan..
Tiap-tiap hari tengok pelatih kulu kilir berkawad.
Tiap-tiap hari dengar mereka nyanyi lagu 'POLIS SEDIA BERKHIDMAT"
Sampai lancar la..

Time mereka tamat latihan, kita pun sama la menyibuk kat 
padang kawad tu..tengok mereka tamat latihan.
Perghh..tahannya mereka berdiri berjam-jam tanpa
bergerak-gerak..ada sorang dua je la yang pengsan.
Tak tahan..mungkin sebab lapar kot.
Maklumlah..orang nak tamat latihan,
tak lalu makan la, mandi tak basah la..
Kalau Acik dalam barisan mereka,
mungkin Acik la yang akan buat-buat pengsan tu.
Boleh keluar awal..hehehe..
Hah...kan Acik dah melalut..

Acik dah dapat tawaran latihan polis tu,
beli barang, semangat giler.
sedih pun ada sebab masa tu along umur 4 bulan.
tengah menyusu lagi.
Acik start ajar minum botol la KONON...

Hari lapor diri, saja lapor diri lambat.
Sebab training kat situ jugak.
Maknanya, kalau nak tengok along tu,
boleh la bapak dia bawak jalan-jalan,
Acik intai dari jauh.
Alahai..sukanya memanjangkan ayat la,Acik ni.

Beberapa jam nak lapor diri, Papa dan suami Acik,
balik rumah, bagitahu yang Komandan PULAPAH masa tu,
baru keluarkan arahan yang pelatih yang dah kahwin,
tidak diterima..
Bagaimana pula yang dah datang dari jauh.
Khabarnya ada yang terpaksa menipu.
Tukar status, Kesian.

Dipendekkan cerita, Acik ni umpama
MANA TAK TUMPAHNYA KUAH KALAU BUKAN DI TEPI PINGGAN,
Sipi-sipi je lagi nak jadi polis macam Papa Acik,
cuma pangkat bawah dari Papa Acik la.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


Thursday, 7 August 2014

HILMI DAN HALIM (I)

Masa Along kecik lagi. transport kami hanyalah moto bujang ayah dia.
Moto apa ntah...Macam RXZ tu la..
Bila petang-petang, ayahnya nak bawak anak berjalan-jalan 1 PULAPAH,
tertonggeng la budak Along tu duduk kat tanki moto.
Mana ada raga nak letak kaki.

Masa tu aku tak kerja tetap lagi..Setakat kerja kedai makan je.
Pada awalnya Papa tak bagi aku kerja kedai makan.
Mungkin sebab dia malu kot aku kerja situ.
Aku pun malu jugak...ambik order kat bapak sendiri.

Kebetulan Cik Salim nak jual moto Honda lampu bulat dia.
Aku nak beli tapi tak de duit.
Cik Salim pun bagi bayar sikit-sikit.
Beli sebab apa??Sebab kesian kat along satu hal..
Aku ni ha...takkan nak round-round bawak moto tu jugak??

Ehsan En.Gugel

Aku tengok orang lain, petang-petang bawak bini round-round.
Aku??Boleh kira berapa kali aku ada kat belakang.

Satu malam, ayahnya bawak along naik moto.
Nak ke kedai...beli rokok.
Tak lama lepas tu, dengar Kak Lia menjerit.
Panggil aku.."Yang, Halim accident!!"
Haa??Baru je keluar tadi..kat mana pulak accidentnya?

Aku berlari keluar..tengok Along dengan Halim kat simpang.
Berlanggar dengan moto jugak.
Lindung kat pokok tebu rumah JM Mardiana la tu.

Halim tu ada luka sikit...Along langsung tak cedera.
Tapi terkebil-kebil jugak. Terkejut agaknya.
Aku tak la terkejut sgt tgk accident tu.
Mungkin sebab along tak de apa-apa.

Dalam sibuk-sibuk orang tolong Along tu, terdengar la Kak Lia cakap..
"Orang kata budak-budak ni ada malaikat jaga"

Aku ambik along, bawak balik rumah..Halim pun ke kedai. Beli rokok.
Rokok tak boleh putus..Biar sakit macam mana pun, rokok mesti ada.


Wednesday, 6 August 2014

1st MOMENT

Wahh...speaking gitew.
Itu je yang kita tahu. Jangan cakap lebih-lebih dengan kita taw,
kita tak pandai cakap omputih.

Kali ni nak cerita sikit pengalaman bersalinkan anak pertama

Subuh itu, 1.4.1998, dah rasa sakit sikit-sikit.
Dalam hati, ahh..budak ni..nak main 'April Fool' dengan kita pulak.
Bangun dan turun bawah
(masa tu duduk 1 rumah dengan mama kat PULAPAH)
Masak burger sebab lapar.
Adik-adik pun nak pegi sekolah.
Dah habis burger sebijik, tido kat kerusi panjang depan TV.

Tersedar dalam pukul 9 lebih kot. Dah sakit banyak.
Aku dah naik bilik semula dah..tak tahan sakit.
Nak ambik beg, sediakan apa yang patut.
Memang tak harap kat suami dah masa tu. Kang macam-macam tertinggal.

Mama pulak asyik suruh sabar..
"biasa la tu yang"
aik??kita mana biasa lagi mama oii.
Mama memang la dah biasa.
Mama gelak bila aku cakap camtu kat dia.

Tak lama lepas tu, ambulan sampai.
Ambulan dari Bandar Baru Serting sampai sebab 
ambulan PULAPAH out-station.

Masuk dalam ambulan, dah tak boleh tahan dah ni.
Boleh pulak HA (Hospital-Assistant) singgah rumah.
Ambik beg doktor dia tu.

Dah singgah rumah HA Rizal, singgah pulak Klinik PULAPAH.
Ambik kelengkapan lain sebab ambulan yang aku naik tu
betul-betul baru sampai petang sebelum aku nak bersalin tu.
Kiranya macam baru bukak plastik la.
Aku la perasminya. Hehehe...nak tulis nama sikit boleh?

Sampai klinik, aku dah nak bersalin sangat dah.
Nak berjalan masuk klinik pun memang tak boleh dah.
Jadi dalam ambulan tu je la bersalin.
Wahh...specialnya...bersalin dalam ambulan yang sempit tu.

Keliling aku tu, ada polis escort sorang, driver ambulan sorang,
JM (Jururawat Masyarakat) sorang, HA sorang,
mama dengan suami.
Haa...boleh bayang berapa orang dalam 1 ambulan?

Kat luar ambulan ustaz Asri dah standby..
Bukan standby sebenarnya..kebetulan ustaz tu ada di masjid.
Jadi bila dah kecoh-kecoh dalam ambulan tu,
dia pun datang sekali la..meramaikan orang.

Bila along dah keluar je, HA bawak masuk klinik.
Cuci-cuci pastu bagi ustaz azankan..
Alhamdulillah..ustaz ada kat situ.

Aku dengan JM Mardiana, layan jahit dalam ambulan.
Perghh...jahit dalam ambulan yang sempit..
Dengan katil yang muat-muat badan je.
JM punya tangan tersangkut-sangkut kat besi penghalang tu.
Aduhh..tolonglah!!

Dah siap jahit, diaorang pun hantar balik rumah mama..
Adik dan Kiah balik sekolah, tanya mama, ni baby sapa.
Hello, ini baby I la!!

Dapat la Baby April Fool.

Pilih nama paling tak suka..Bergaduh-gaduh..
Kali ni, aku menang sebab aku memang suka nama 
Hilmi / Helmi.
Risau sangat kita letak nama pak we kita!!
Sori ok...I tak ada pakwe zaman sekolah.
So tak payah takut.

Muhammad tu aku yang pilih.
Nur tu wajib taruk.
Hilmi tu ambik la sikit huruf H tu..
buat tanda yang tu anak dia.

MUHAMMAD NURHILMI BIN HALIM



Jadi anak yang baik ye. Jaga tingkah laku.
Hormat orang..
Sembahyang jangan lupa.







Friday, 27 June 2014

KENAPA PULAK MESTI ADA BLOG??

Saya orang biasa je. Ada kerja tetap dan berpencen.
'Single-parent'.
Mak ayah saya orang Kelantan.
Saya dilahirkan di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Saya dibesarkan di NS.
(sila teka-teka sikit warganegeri saya ye)


13 tahun saya membesar di Pusat Latihan Polis
Air Hitam, Negeri Sembilan iaitu
saya dari darjah 4 hingga beranak 3.


 Tiada apa yang nak dibanggakan. 
Cuma ada 5 orang anak. 3 lelaki dan 2 perempuan.

YANG INI 1st BADGE

(Dari kiri : Intan Nursyahirah Halim (Intan), Muhammad Nurhifzhan Halim (Angah) 
dan Muhammad Nurhilmi Halim (Along)


YANG INI PULAK 2nd BADGE

(Dari kiri : Nur Adriana Natasha Mohd.Izalrudin (Nana) dan 
Muhammad Waie Zharfan Mohd.Izalrudin (Waie)


KENAPA PULAK MESTI ADA BLOG??

Saya rasa saya perlu catatkan sesuatu untuk kenangan anak-anak.
Satu hari bila saya tiada, mereka boleh lihat coretan ini.
Agar mereka tahu susah senang, manis pahitnya hidup bersama mereka.
Zaman dah canggih,kan..mesti la ikut peredaran zaman.
Muka ganas tapi tak reti buat blog pun tak guna jugak. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...