(05.06.2014 - 08.06.2014)
Cuti sekolah baru-baru ni, saya rancang ke Negeri Sembilan.
Alang-alang dah terlajak ke sana, saya pun rangka la 'kertas kerja' saya.
Cadangnya nak ke Bandar Roti la, KLCC la, pegi situ la, pegi sini la.
Plan macam bawak duit beribu-ribu.
Sebenarnya kenderaan harian saya hanyalah sebuah kancil 850cc.
Manalah nak larat kancil kecik saya ni bawa semua anak-anak saya.
Maka saya pinjam la kereta adik saya iaitu Proton Saga BLM.
Haa...baru la boleh nampak anak-anak kat belakang.
Ini tidak, kalau naik kancil tu, tak nampak langsung anak-anak..
Yang nampak muncung je..
Mula-mula sekali, sila setkan dalam kepala masing-masing yang
SAYA DRIVE SORANG ye. Tak ada co-pilot.
Saya mulakan perjalanan saya dari Kota Bharu pada 5 Jun 2014,
hari Khamis, jam 10 pagi. Bismillah..
Call hotel confirmkan booking.
Saya lalu ikut highway Kuala Terengganu - Bukit Besi.
Terpaksa jugak la sebab kejar masa.
Dah lambat dan banyak tempat nak singgah.
Saya jarang guna lebuh raya tu.Takut.
Banyak sangat accident sebab
jalan tak berapa nak cantik.
Sampai Kuantan dah pukul 6 petang.Hotel dah call tanya, jadi 'check in' tak.
Jadi la kakak oii..Den ponek ni.Posponedkan time ke jam 10 mlm pulak.
Singgah kedai cute Zira si pembuat kek Di-Raja tu..peluk-peluk, cium-cium..
beli sambal hitam, kuih raya "Ketuk-Ketuk Aidilfitri" dan cheeseleleh..
Pastu singgah pulak ke kilang comey Kak Zati, Tokey Acar Jutawan.com,
cium-cium je (dia tak bagi peluk sebab berpeluh)..ambik stok acar..
Plan nak berehat di RnR Gambang..nak mandikan anak-anak kecik,
nak tido sekejap, charge tenaga tapi
harapan hancurrr...ada pasar malam pulakk..
aduhh..makcik dah penat ni.
Pampers Waie dah ada isi..cari jugak tandas.Jumpa tandas tapi tak de air.
Nak pengsan rasa..dah la badan penat. Nak pikir lagi kat mana nak cari tandas..
Pusing balik arah ke Kuantan..stop di stesen minyak Petronas. Tak de air jugak..
Saya agak, diaorang memang tutup air sebab ramai orang.
Last skali tak de pilihan, terpaksa guna air minum dan
terus tukar baju tido Nana dan Waie.
STOP KEJAP..WAIE DAH BANGUN..
Perjalanan diteruskan lagi dengan tak rehat langsung.
Dah hampir 9 jam!!Kalau orang lelaki drive, boleh la
hisap rokok bagai tapi kalau perempuan drive??Fuhh...mencabar..
Buat kira-kira sendiri...Dari Gambang ke Muadzam Shah 1 jam..
Dari Muadzam Shah ke Bandar Seri Jempol 1 jam..
Dari Jempol ke Kuala Pilah setengah jam..ngam-ngam check-in..
tu perkiraan tanpa berhenti rehat.
Drive punya drive, akhirnya sampai jugak.
WELKANG TO NEGERI SEMBILAN.
Check-in di tempat paling dekat dengan tempat yang nak berurusan esok,
tempat paling murah dan bilik paling murah..RM79 - 1 malam.
Booking 2 malam sebenarnya.
Bawak toto..orang kampung tido hotel,kan..
Dah check-in, terus pegi makan..anak-anak nak makan sangat
kuey-tiaw Pilah jadi ke sana la kami..
Along, angah, Intan, masing-masing 2 pinggan..hampir RM50 jugak..
itu baru sekali makan..tak pelah..dah susah nak sampai,kan..makan je la.
Cukup 12 jam perjalanan kami!! Driver?? Tak boleh angkat kepala dah. Tido time.
Bergulung dalam selimut dengan regular-customer saya, Waie dan Nana...
SELAMAT MALAM DUNIA..