Sunday 28 February 2016

Timun vs Tembikai

Kalau korang datang Kelantan, ada banyak juga bahasa orang sini yang tak sama dengan orang luar antaranya ni la... TIMUN DAN TEMBIKAI





Teringat pengalaman Intan tinggal di asrama aritu. Kawan sebilik minta Intan ambilkan Timun di dewan makan. Freshie la ni.. Tolong ambilkan untuk senior.

Dia cakap tak ada pun. Senior marah-marah. Mustahil dah habis sebab tadi banyak. Katanya...

Senior minta orang lain ambil, setray budak tu bawa naik ke bilik. Rupanya Tembikai.

Jadi, kalau korang ke sini, timun tu maknanya tembikai ye.

Sekian

Friday 26 February 2016

Selalu Macam Ni Tau!

* Phone
Satu yang Acik perasan sangat-sangat dalam hal rezeki Acik ni ialah bila Acik terima banyak sangat tempahan, macam-macam hal yang akan jadi.

1. Bahan kat rumah dah habis, cari serata kedai, tak jumpa.
2. Nak beli banyak stok, auto teller rosak.
3. Dah la bahan terhad, tersalah adunan pulak. Nak bancuh lain, memang tak cukup dah.
4. Baru nak start enjin, anak pulak meragam.
5. Lagi 10 minit nak siap, gas habis termasuklah stok tong gas lain.
6. Paling haru, nak lelapkan mata kejap je, sudahnya pagi esok baru sedar...





Kekasih hati ni meragam. Sampaikan duduk tepi chiller. Nak makan edible image gambar Ultraman. Customer Acik punya. Takkan Acik bak bagi?




Kek ni pun sampai tenggelam kt tengah sbb terlebih masukkan ovelette. (Agaknya la). Esok kena buat baru nampaknya.

Tak boleh banyak merungut. Allah uji sikit je pun

Thursday 25 February 2016

Bantuan Awal Persekolahan 2016

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Bantuan Awal Persekolahan
adalah antara bantuan yang ditunggu-tunggu oleh
kebanyakan ibu bapa pelajar.

Walaupun cuma RM100 sahaja tetapi sekurang-kurangnya mampu
menampung sedikit perbelanjaan persekolahan anak.

Tapi tahun ini sedikit perubahan telah dilakukan iaitu
kelayakan penerima Bantuan Awal Persekolahan ini
ditapis. Pendapatan ibu bapa penjaga pelajar
hendaklah tidak lebih RM3000.

Acik antara penerima bantuan tersebut untuk Angah dan Intan.
Majlis di sekolah Intan, Acik tak pergi sebabnya
Acik masih di Melaka. Layan HeroHeroin Cinta Si Wedding Planner .
(Nampak tak majlis tu lagi penting daripada RM100 tu?)





Acik hadir kali ni untuk terimaan bagi pihak angah di SMK Tanjong Mas, Kota Bharu.
Biasa la, datang pendaftaran dulu pastu dengar sikit taklimat
pastu baru pemberian wang.

Naik pentas tu yang Acik lemah tu.






Nasib baik la ambil kat kantin je.


Alhamdulillah..

Ada yang cakap, untunglah kau, dapat RM100, anak 2 orang sekolah,
dah RM200, BRiM lagi. Mereka lupa ke, nilai wang terlalu rendah.
Haiyaa..

Wednesday 24 February 2016

MAJLIS SARAPAN PAGI BERSAMA ADI PUTRA, MIRA FILZAH DAN BLOGGER

Tazabarnya nak cerita.....

Pagi tu, 20.02.2016 (Sabtu), Acik terlambat bangun.
Mama pun sama. Sebabnya kami tidur rumah adik
jadi semuanya janggal. Dah la tersedar lambat, 
cari jam dinding pun tak jumpa. Nak lilit shawl pun rasa nak bertempik je
sebab tak jumpa cermin besar.

Jam 7.10 pagi, Acik bertolak dari Melaka. Dengan tak tahu berapa kilometernya
dari Melaka ke Bangi, Acik gerak dari rumah adik
dengan rasa geram. Geram sebab tudung tak jadi. Grrr..

Makan tak sempat. Lapar giler. Kalau dilayan makan, bertambahlah lambat.
Masuk highway, tengok signboard, 100km++. 
Maknanya ada 1 jam lebih nak sampai ke Bangi.
Takut dah nak wasap kat KK (Khir Khalid) . Nanti ditanyanya Acik kat mana,
susah jugak nak jawab tu.
Takkan nak jawab baru naik highway sedangkan mereka dah start berkumpul

Acik nak cerita ni pun seriau lagi ni.

Disebabkan dah lambat, penganjur pun dah banyak kali bagitahu jangan lambat,
Acik tekan minyak sampai 140km sejam tau.
Fuhhh... memang tak pernah Acik cecah selaju tu.
Tobat dah.. tak nak buat camtu lagi.

Tapi tetap sampai jam 8 lebih jugak sebab 140km tu pun kejap-kejap je.
Datang pikir yang bukan-bukan, slow balik.. 
Masuk lorong tengah.
Bila pikir balik orang dah start majlis, tekan minyak semula sampai 140km.
Camtu la sampai la ke Bangi.

Dipendekkan cerita, dapat la jugak sampai dengan selamat.
Tapi eee... itu la last rasanya Acik pergi majlis camtu sorang-sorang.
Tengok la sebab apa?





















Semuanya gambar ambik sendiri tau. Tak ada kawan.
Takkan nak berkawan dengan KK pulak.
Dengan blogger lain, Acik tak kenal.

Akhirnya, Acik mintak tolong sorang blogger, tak tahu nama apa,
snapkan gambar Acik. Biar la dia nak cakap apa pun,
asalkan dapat bergambar.




Sorry Abang Adi..Acik terpegang sikit siku. Bukan sengaja tau.





Dalam banyak-banyak gambar mereka bersama blogger,
gambar ni je Acik ada sebab kepala ting tong sangat.
Badan letih. Tak daya nak lawan peminat fanatik Adi Putra.
Acik pandang je la gelagat mereka.

Terima kasih kepada Tuan Haji Denaihati dan team kerana
memberi peluang Acik merasa indahnya hidup berblogger.
Sekurang-kurangnya Acik dapat peluang ini atas nama BLOGGER.










HUK ALOH LAA...

Pagi-pagi lagi dah try tukar background apa bagai.
Klik itu klik ini.
Sekali, bloglist jadi panjang berjela.


Haritu ada orang tolong buatkan ikon 'scroll'.
Jadinya nak buat balik ikon 'scroll' tu tak pandai.

Iklan Nuffnang pun hilang. Adoii!!
Tolonglah!!




Camne la nak buat ni? Kalau ada sesiapa boleh tolong ke,
boleh bagi tutorial sikit, (yang tak memeningkan kepala orang tua ni),
sangat-sangat dialu-alukan. Wasap Acik ye. 
017-2954897.

Pada korang yang blognya ada dalam list sebelum ni tapi Acik dah terdelete,
Acik minta maaf sangat. Nanti Acik masukkan semula lepas
update ikon 'scroll' tu ye.

Kepala dah pening pulak pepagi ni.

Tu la..sapa suruh cari pasal!

Tuesday 23 February 2016

CoMe Back!!

Alhamdulillah... Akhirnya Acik dapat balik menaip seperti biasa. Rindu sangat dengan korang tau. Setiap hari, perasaan nak berinteraksi dengan rakan-rakan membuak-buak.

Banyak sangat masalah datang. Mulanya dengan masalah keyboard laptop. Pastu dengan masalah laptop pulak. Sambung pulak dengan order yang banyak (Alhamdulillah rezeki anak-anak). Hujung tahun lepas bergelut pulak dengan penutupan akaun sekolah.

Yang paling ketara sekali ialah ketika Acik dapat pindah ke Kota Bharu. Dekat dengan anak-anak, dekat dengan mak. Boleh uruskan hal anak-anak sendiri. Nampak tak kesibukannya di situ.



Ni pun Acik try cari balik password emel. Tak puas rasanya nak mengupdate blog dalam phone. Dah la phone besarr sangat. Tak muat jari nak menekan.






Terkial-kial jugak nak klik button-button kat atas tu. Maklumlah makan tahun jugak tinggalkan blog.



Yang paling penting, Acik boleh BW korang punya blog. 

Weeee...

pstt...Sorry..entri kali ni syok sendiri sikit. Nak bagitahu dah aktif balik je.
So tak de idea lagi nak share apa-apa.
 
p/s : Boring pulak tengok blog ni. Ada sapa-sapa boleh updatekan blog Acik ni
dengan sedikit bayaran. I pay for your job.
 
 

Sunday 21 February 2016

Antara Nak atau Tidak

Satu yang korang akan rasa ralat ialah bila ada sesuatu yang korang nak buat tapi hati rasa antara nak atau tak nak

Bila hati kata nak, situasi tak mengizinkan. Bila hati kata tak nak, situasi mengizinkan.





Bila ada yang tahu tentang trip saya, ada la yang kirimkan skali buah tangan. Saya pergi demi amanah.





Saya rancangkan perjalanan hari Jumaat pagi. Sampaikan hari Khamis petang, saya masih berbelah bagi. Terlampau banyak hal yang datang. Terlalu pembahagian masa yang diperlukan.

Hati berkata, aku perlu sahkan pembatalan ini tapi nanti dulu la.. Bagi final result malam nanti la.

Satu persatu hal diselesaikan. Banyak bantuan datang. Paling ketara, tiada sebarang order untuk hari Sabtu dan Ahad. Cuma ada order kek pada Jumaat pagi.





Alhamdulilah..segalanya berjalan lancar dan kami pun bergerak jam 12.15 tengahari. Tinggalkan along angah di rumah. Ya Allah, jagakan anak-anakku sepanjang kami tiada di rumah.





Kami sampai Melaka jam 10.20 malam. Need rest sangat tapi ada 1 lagi temujanji wajib. Dating dengan kawan sekolah. Makan-makan di Asam Pedas Pokok Besar.

Balik cepat!! Esok nak drive jauh. Alone!

Wednesday 17 February 2016

Projek Jual Kuih Raya tanpa Buat Kuih Raya

Ketuk-ketuk Aidil Fitri (KKAF) 2016

Dah lama dah Acik perhatikan 1 jenama ni. Rasanya dalam 2 tahun lepas. Apa konsepnya? Biskutnya sedap-sedap belaka (dah pandai guna bahasa Klate + Ganu gitew). Maka tahun ni Acik try join team KKAF

Rupanya konsepnya mudah saja. Biskut dijual bila-bila masa saja. Biskutnya pun fresh tau. Kita order, baru HQ buat. Jangka hayat biskut pun lama jugak. Lebih kurang 9 bulan. Hampir 1 tahun tau!!







Target semasa ialah dapat makan biskut raya sebelum atau selepas raya sebabnya kalau time raya, confirm la kita jarang nak usik sangat biskut bertuah ni. Masuk pintu rumah orang, terus ke meja makan. Cari satay, nasi impit, nasi tomato la apa bagai.




Anak-anak Acik antara yang akan memperhabiskan stok di rumah nak-nak pulak si Waie. Suka betul dengan Chuncky Oreo.




Acik pun sama jugak. Buka sebekas untuk tester, sudahnya kita makan sampai habis. Sedap sangat lorr..




Ramai juga yang nak rasa. Setakat ni Acik pos, kurang juga kena kehancuran tu. Kalau ada yang nak cuba bekas trial ni, boleh contact Acik 017-2954897. RM 20 je sebekas. InsyaAllah menepati citarasa tekak korang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...