Friday 31 October 2014

SeGMen : BerSuKan BerSama Cikgu Ayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Memandangkan hari ini dan hari esok
Acik ada kursus di Tok Bali,
maka Acik nak sertai segmen anjuran




Disebabkan Acik memang berdarah sukan,
maka semua soalan yang cikgu Ayu tanya,
memang dalam poket Acik dah..

1. Nama rumah sukan masa sekolah rendah. Dulu mana ada nama sukan
macam sekarang. Temenggong, Bendahara, Wira, Persona.
Dulu nama rumah sukan, ikut warna tu je la.

Sekolah rendah ada 2:
SK Tuanku Abdul Rahman, Gemas - Rumah Merah
SK PULAPAH - Rumah Hijau

Sekolah Menengah ada 2 jugak :
SMKA Sheikh Hj Mohd.Said Seremban-: Rumah Biru
SMK Batu Kikir - Rumah Kuning

Lengkap semua 4 warna utama.

2. Acara yang Acik sertai? Banyakkkkkk sangat.

Sekolah rendah :
Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton,
Olahraga (Runner sahaja - sebab tak sempat nak lari ke lontar peluru. 
Kalau sempat tu, harus lontar peluru, lompat tinggi pun Acik masuk)
Semuanya Acik masuk kecuali Bola Sepak dan Sepak Takraw.

Sekolah Menengah :
Masa kat SMKA, memang Acik frust giler.
Tak ada game!!Macam mana la Acik nak hidup.
Yang ada pun GERKORAMA.
Dapat la masuk team bola jaring asrama masa form 1.
Tembam Acik masa duk SMKA ni.

Form 4, Acik keluar mintak duk sekolah biasa.
(Tak lulus bahasa Arab pun ye jugak)
Masa kat SMK Batu Kikir ni, Acik masuk semua game.
Bola Jaring (GK), Bola Tampar (pemain utama),
Hoki (Captain), Bola Baling (Pemain Utama)
Olahraga (Runner)..Memang suka sangat
tak masuk class padahal budak class sains.

3. Kenangan?
Alahai...dah cerita kat atas.

Haa...ada sikit. Masa kat SK PULAPAH,
bila time kami sukan tahunan,
yang meramaikan padang ialah
abang-abang pelatih yang tengah training polis.
Ramainya jangan cerita la..Beribu-ribu orang.
Masa 4x100 meter, Acik ni pintas last runner yang ada
di tempat pertama betul-betul depan
abang-abang pelatih tu. Tetiba je semangat tu membuak
bila mereka bersorak2. Dah pintas tu, poyo pulak.
Muka tak boleh blah..Bangga la konon dapat no.1.

Masa kat SMK Batu Kikir pulak, Acik wakil sekolah
ke MSSD Jempol. Masuk acara 1500m.
Tengah-tengah lari, TERPANDANG  ayah Acik dalam ramai-ramai
penonton tu.. Terus lemah kaki..
Masuk round last, Acim dah terkebelakang.
Masuk 1 selekoh tu, Acik terus keluar celah-celah penonton.
Tak habiskan pun acara tu.
Tak boleh la nak perform kalau mak ayah tengok.


Mana tak tumpahnya kuah,kan?
Hasil 3 beradik ni sepanjang dari tadika
sampai darjah 6.


4. Ucapan untuk Cikgu Ayu.

SELAMAT MENGGUNAKAN SUN-BLOCK.
SELAMAT KEHILANGAN SUARA SEBAB MENJERIT-JERIT 
TENGAH PADANG
DAN SELAMAT BERURUT.


TemPaHan Kita Dah Sampai...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama jugak Acik tunggu tempahan Acik ni
daripada kawan sekolah Acik dulu.
Berdasarkan nama pada sampul surat,
boleh lihat kawan Acik ni dari group mana di sini





Sememangnya daripada zaman sekolah dulu,
dia seorang yang berseni.
Orang cakap, kalau jari runcing tu kreatif.
Betul la tu agaknya.
Sebab ada 2 3 orang jugak kawan Acik
yang berjari runcing.

Namanya Rashidah...tapi kami di sekolah dulu
panggil dia Cidot.
Jadi, boleh la try search apa yang dia buat sebenarnya.
Facebooknya CI DOT.

Dia ni sekarang tengah menyiapkan
satu job untuk client dia.
Hari tu, lukiskan gambar untuk kamus bergambar kanak-kanak.
Sebelum tu, jadi pelukis untuk cerita kartun Malaysia
tapi tak ingat pulak cerita apa.

Orang kreatif,kan..
Semua orang cari.

Logo bisnes Acik pun, Acik minta dia yang lukiskan.
sebab nak nampak eksklusif.
Tapi tak siap lagi..Acik tak nak rush dia.
Kesian, banyak job yang kena siap segera.

Jadi, dengan tersampainya parcel ini,
maka Acik akan mula mengagihkan hadiah 
yang tak seberapa daripada Acik ni
sebagai tanda ingat-ingatan.

Bagi yang masih belum hantar details,
boleh lagi hantar. Walaupun dah lepas.
Baca betul-betul GA kat sebelah ni.
Tak payah buat entri pun tak apa.
Hantar details je pada Acik :
are.cheek.watie@gmail.com.

PADA BIRTHDAY BOYS AND GIRLS
BULAN OKTOBER, TUNGGU YE.
MINGGU DEPAN ACIK AKAN MULA POS.

SEKIAN...

Wednesday 29 October 2014

SaJa Suka-SuKa : TaHi LaLat AnDa Di Mana?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni nak buat entri SAJA SUKA-SUKA.
Nak kongsi-kongsi dengan korang pasal TAHI LALAT.

Korang pastinya ada tahi lalat,kan?
Kalau tak ada, anggaplah jeragat tu tahi lalat.
Hehehee...



1.  KEPALA
Banyak fikir, bijak / kreatif, kuat berangan, banyak dugaan dan ujian.


2.  UBUN KEPALA
Kurang jujur dalam perkara yang melibatkan emosi.


3.  DAHI
Ada halangan dalam silaturrahim. Orang akan rasa cemburu 
dengannya sebab kelebihan yang dimiliki.


4. BULU KENING KIRI
Jadi tarikan tetapi terselit keperitan dan kesusahan.


5. BULU KENING KANAN
Terkabul cita-cita, cerdas dan cekap.


6.  BAWAH MATA
Sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi
dan disayangi.


7.  HIDUNG
Disukai ramai dan murah rezeki.


8. PIPI
'Panas' dalam perhubungan dan pergaulan. 
Sentiasa ingin menang dalam percakapan
sekalipun pendapatnya salah.
Ego yang tinggi.


9. ALUR SENYUMAN
Rezeki dipermudahkan.


10. ALUR DAGU
Perjalanan jasmani dan rohaninya sering terganggu,
banyak halangan dalam mencapai cita-cita.


11. TELINGA
Keras hati, degil, tak mahu dengar pendapat dan nasihat.
Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi
sukar menerima.


12.  TENGKUK
Banyak halangan dalam hidup, fikiran sering kusut 
dan tidak tenteram. Sukat tidur nyenyak dan mudah stress.


13.  BAHU KIRI
Rezeki sering terhalang sedangkan selalu ada peluang.
Tidak disukai ramai, ramai musuh dan mudah stress.


14.  BAHU KANAN
Banyak tanggungan. Dimusuhi dan dicemburui.


15.  DADA
Mudah mempercayai orang sedangkan pergaulan dan perniagaannya,
kasih sayangnya mudah mendapat tipu daya daripada 
orang-orang yang dikenali.


Sampai sini sahajalah.
Walaupun banyak lagi tempat-tempat
yang TAHI LALAT ni boleh tinggal,
Ini saja la tempat yang orang boleh nampak.


*Saja suka-suka je ni. Jangan pula percaya kepada
ramalan. Jangan jerumuskan diri kita dengan syirik.
Ok!!

Anyway, no.3 dan no.15 itu Acik.
Tapi kenapa yang no.6 tu Acik tak ada?
Walhal ciri-ciri tu ada...
PERASAN SUDAH...

SEKIAN...







SelaMaT Hari UlanGTahuN KelahiRan, Ibu AiNul ^Alif

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni, 29 Oktober 2014
bersamaan dengan hari Rabu.

Sekejap je rasa bulan ni.
Pejam celik pejam celik, dah hujung bulan.

Hari ini Hari UlangTahun Kelahiran rakan blogger kita,
Pemilik nama Nor Nazliana
yang beralamat URLnya http://adna2029.blogspot.com/





Semoga diberikan kesihatan yang lebih baik,
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Insya Allah, apa yang dikerjakan
akan mendapat balasan yang setimpal.

HAPPY BIRTHDAY!!
LOVE YOU..

Sekian...

Tuesday 28 October 2014

Aku Ke YaNg Tak AleRt?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam semalam, Acik terbaca keputusan
GA daripada 1 blog
yang menganjurkan GA Shaklee.

Tak sangka pula, hadiah boleh dibatalkan
jika lambat hantar details.
Ayooo...takutnya.

Tak kisah la sebenarnya,
nak batal ke, nak tukar pemenang ke.
Sebab Acik tak tahu rules tu.
Terima kasih kepada penganjur tu
sebab kalau dia tak buat camtu,
mungkin Acik tak tahu jugak bahana lambat hantar details.

Terus la Acik teringatkan 1 GA yang Acik sertai.
Betul-betul Acik tak ingat yang mana
sebab Acik tak 'bookmark' pun.
(Nak bookmark pun tak tahu sebenarnya)

Acik menang keronsang.
Details kena PM ke FB sponsor tu.
Acik dah hantar details kat FB sponsor tu.
Sampai sekarang tak dapat-dapat.

Entah sponsor tu perasan ke tak Acik PM dia.
Sebab tak de jawapan pun. OK pun tak.

Ada rezeki, ada la..
Tak de rezeki, tak ada la.

Maklumlah...GA banyak..
Tak terpandang dek kita ni,
yang mana dah keluarkan senarai pemenang.
Yang cerdik pandai tu, boleh la buat
iklan yang melintas-lintas kat atas kepala entri ini.
Yang tak berapa nak pandai,
kesian...mmmm...kesian.

JOM LA BERANGAN DULU.
KERONSANG YANG MACAM MANA YE
YANG ACIK BAKAL DAPAT TU.










Susahnya ada penyakit tak ALERT ni..


SEKIAN..

LasT Day : Day 10 : 10 RanDom Facts About You

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni hari terakhir cabaran bulan Oktober ni.

Pasni, siapa pulak yang nak buat DC?
Boleh inform kat Acik.



Jom kita lihat, Acik ni macam mana orangnya.
Acik dah kongsikan pada entri sebelum ni

Jadi, untuk memudahkan kerja Acik
yang memang dah sedia banyak ni,
Acik naikkan semula 10 RANDOM FACTS ABOUT YOU.

Pilih je la yang mana berkenan di hati..




COPY PASTE FROM ENTRI SEBELUM NI :

No.1 - betul
No.2 - betul
No.3 - betul
No.4 - betul
No.5 - betul
No.6 - betul
No.7 - betul
No.8 - betul
No.9 - macam betul je
No.10 - betul
No.11 - macam betul je
No.12 - penyayang tu betul..panas baran dah kureng.
No.13 - tengok sparing la..sesuai ke tak.



MENGIKUT TAHUN PULAK



Kambing

Tahun
1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003

Sifat positif
Kreatif, murah hati, patuh, lemah lembut, sederhana, idealistik, penyayang, peka

Sifat negatif
Tidak bertanggungjawab, cemas, malas, sentiasa mengubah fikiran, ganas, pendendam, 
cuai, mudah tersinggung

Paling serasi
Arnab, Babi, Kuda

Sederhana serasi
Harimau, Monyet, Ular, Kambing

Tidak serasi
Tikus, Lembu, Naga, Ayam, Anjing



MENGIKUT ZODIAK PULAK 





Lincah, Pandai berbicara, Tidak Stabil, Mudah Berubah-Ubah, Mudah Gugup, Sangat Peka


Jangan percaya sangat!! Ramalan je.


Rasa MaCam NaK MeRayu Je..."ToLonGLaH FahaMM!!"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya Acik dalam proses 'mereka' logo untuk 
bisnes Acik ni.
Logo sebelum ni dah tak nak guna
sebab dah tukar nama dan daftar SSM

Acik suka sangat dengan gabungan warna hijau tua dan putih
macam gambar Acik di sebelah ni
tetapi memandangkan warna tu sensitif sangat
digunakan maka Acik berbelah bagi.

Itulah warna semangat Acik.
Bilik khusus untuk Acik memasak,
semuanya berasaskan Hijau-Putih.
Daripada langsir, alas oven, alas chiller
dan lain-lain.




Kalau Acik gunakan 2 warna ni untuk logo bisnes Acik nanti,
takut di'gam' pulak.
Tak boleh masuk pasaran.





Keduanya, Acik takut tempat kerja Acik dipindahkan lebih jauh
daripada tempat kerja sekarang
atas alasan pemberontak.





Acik benar-benar dilemma..
Nak guna sangat warna tu tapi takut.
Rasa macam nak merayu je..

TOLONGLAH FAHAM!! 
SAYA GUNA WARNA NI BUKAN SEBAB POLITIK..

Adoyaii...susahnya bila politik menguasai 
sesuatu urusan.
Sesiapa sahaja yang kerja dengan kerajaan,
WAJIB sokong kerajaan.

Bukan tak sokong kerajaan,
cuma dalam sesuatu institusi, mesti ada kontra.
Barulah kepimpinan akan lebih baik.

*Acik tak cakap Acik sokong mana-mana pun
sebab UNDI ADALAH RAHSIA.





Monday 27 October 2014

CPUV LaGi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni nak jek sikit si Nuffnang ni.

Tengok orang lain update CPUV, Acik pi jenguk
CPUV Acik..Tak beranak pun.
Rupa-rupanya kena klik VIEW ALL
baru keluar yang lain-lain.



Terima kasih kepada semua yang menderma,
merajinkan diri dan merelakan diri
mengklik kempen-kempen di blog Acik ni.

Insya Allah, lepas ni, Acik nak update
penderma yang dermawan.

Terima kasih semua.
Terima kasih Nuffnang!!

SEKIAN...

LiEBSteR AwARd #15 - Cik YaNa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini Acik ditag oleh Cik Yana..
Macam selalu, Acik tak sampai hati nak tag kawan-kawan lain.
Jadi Acik nak jawab soalan je.






Acik jawab soalan ye.

1. Sejak bila anda mula blogging dan sebab apa anda nak blogging?
Acik baru je start berblog ni.
Tahun ni juga.
Tarikh dan entri pertama Acik di sini.


2. Cinta pertama anda pada usia berapa?
Cinta monyet la ni..darjah 6..


3. Kalau anda diberi USD 1 juta, anda nak tak masuk bilik mayat?
Acik sanggup buat apa saja...masuk bilik mayat je kan?
Tak susah pun. Padahal penakut sangat!!


4. Aktiviti yang anda suka buat pada masa lapang?
Sukaaaaaa sangat baring-baring.


5. Kalau anda tak ada lesen tak kiralah lesen apa pun, kalau nampak
polis traffik atau JPJ awak nak pecut ke buat-buat cool depan diorang?
Semestinya muka kena confident depan mereka,
turunkan cermin, senyum selebarnya.
Kalau pecut, lagi mereka cam.


6. Makanan dan minuman kegemaran anda
Laksa dengan western food
Air Teh O suam dan fresh orange


7. Antara Sony Experia Z dan Galaxy Note 4, mana satu yang korang pilih?
Galaxy Note 4 kot.
Acik tak tahu guna function banyak-banyak ni.


8. Perkara yang paling anda benci?
Setakat ni sedang berusaha mengurangkan 
rasa benci terhadap banyak perkara.


9. Cara awak memujuk orang yang tengah merajuk?
Cakap je dengan dia..Dia tak nak jawab, Acik blah la..


10. Senaraikan 5 rukun iman?



11. Pendapat anda tentang blog Miss Yana...
Acik suka blog Miss Yana..Header simple,
tulisan besar-besar, senang nak cari.
Warna lembut..



DaY 9 : 10 ThiNgs ThaT You Want To Do

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni dah masuk cabaran hari ke-9.
10 perkara yang saya nak buat..





Kacang je ni..Lelap mata pun boleh buat.

Jom tengok apa yang Acik nak buat HARI INI.

1. Nak balas segala komen-komen korang.



2. Nak komen pada blog-blog korang.



3. Nak settlekan penyata Online yang tak selesai-selesai
dari hari tu lagi. Kalau tak boleh imbang jugak,
terpaksa keluarkan cek guna manual je dulu.



4. Nak kemas-kemas laci pejabat yang banyak sangat 
kertas-kertas yang tak pakai dah.



5. Nak tidur kejap.



6. Nak pergi jumpa homemade baker.
Nak ambik jeruk mangga asam boi

Tak sabar weh..



7. Nak susukan Waie dengan Nana dulu.



8. Nak lelap kejap.



9. Nak buat produk yang nak hantar ke kedai.



10. Labeling the produk,




Senang,kan??

SELESAI...

Sunday 26 October 2014

TeRiMa KasiH DaUn KeLadi #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 3.9.2014, Acik join 2nd GA By Miminadam

Acik peserta ke-6

Acik menang LOGO TRADEMARK BLOG

Dalam pada Mimin berulang-alik
semasa arwah pakciknya tenat baru-baru ni,
sempat lagi dia curi-curi masa.

Takziah untuk keluarga Mimin.

Dan kelmarin, Acik dapat logo trademark
yang Acik menang tu.




Mimin cakap boleh guna sebagai watermark
di gambar-gambar yang Acik upload nanti.

Insya Allah Acik guna nanti ye Mimin.
Tu pun setelah Acik pandai.
Sekarang ni tengah terkial-kial nak
tampalkan trademark ni.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK MIMIN.

 *.Hadiah pertama daripada Mamaniza.


1St SeGMen BloGWalKiNg By BuDaK KiLaBreT

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini Acik nak join segmen yang dibuat oleh kawan kita ni


KLIK BANNER UNTUK JOIN!!

Jom sama-sama join.

DaY 8 : 10 DreAm PlaCes To Visit

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Hari ini adalah hari last seksaan untuk Acik.
10 perkara yang hampir tiada sasaran
dalam hidup Acik.
Hari ke-9 dan hari ke-10,
tutup mata pun Acik boleh jawab.



Jadi hari ni, cabarannya ialah
10 tempat impian yang anda nak pergi.

Sememangnya Acik seorang yang sangat simple.
Tak simpan banyak sangat angan-angan yang tinggi
atas sebab kekurangan diri, masih lagi berpijak di bumi yang nyata.
Anak-anak adalah segalanya.
Perbelanjaan anak-anak lebih penting.

Oleh sebab itulah, Acik memang tidak simpan
angan-angan yang tinggi melangit.

Jom kita tengok, cukup ke tak 10 tempat yang diminta tu.
Semuanya ikhlas dari hati..Tak tipu punya..

1. Perancangan terdekat, nak pergi ke Cameron Highlands.
Bawak anak-anak Acik ke sana.
Acik pun last pergi masa rombongan masa darjah 6 dulu.
Perghh..lama betul.

google

2. Nak ke Pulau Langkawi. Bawak anak-anak.
Acik dah 2 kali pergi ke sana sebab kerja.
Pertama masa Kursus Induksi selama 2 minggu.
Sampai boring duduk kat sana lama-lama 
sebab Acik bukan kaki shopping pinggan mangkuk.

Kali kedua ke sana, ada kursus kewangan di sana juga.
Ikut je la orang berjalan.
Acik tukang bawak pinggan mangkuk orang.


google

Nak jugak bawak anak-anak rasa
tempat tersohor di Malaysia.
Kita orang Malaysia pun tak habis melawat lagi.

3. Tempat ketiga ni, Acik tak pernah pergi lagi.
Tengok orang update gambar tempat ni. Cantik pulak.
Kalau letak pulak Acik kat tempat tu,
memang bertambahlah cantik.
Huhuu..

google

4. Aquaria KLCC pun antara yang Acik idam-idamkan 
nak pergi dengan anak-anak.
Acik pernah jugak pergi ke sana masa rombongan
Intan masa dia Prasekolah.
Jadi kali ni nak semua rasa keseronokan ke sana.


google

Tapi memanjang je terbantut.
Kos ke sana mahal. Tiket nak masuk saja dah banyak mana.

5. Mana-mana hotel dalam Malaysia.
Tak ada tempat lain dah nak pergi selain daripada
bawak anak-anak tidur kat hotel.
Bagi mereka rasa, macam mana rupanya duduk kat hotel.

Acik pernah habiskan semua 'bonus' tahunan Acik,
hanya untuk bayar harga bilik yang kami duduk tu.
RM500++ semalam.
Hah...Padan muka!!


google

Acik pun tak pernah termimpi nak check-in kat bilik 
semahal ini. Pada asalnya ada promosi kat sini.
Bila tanya kat pendaftaran, dah penuh.
Biasa la..nama pun promosi

Acik pujuk anak-anak.
Tapi Acik pulak kena pujuk balik kat Angah.
"Kita check-in je la ibu..Orang kat pendaftaran tu pandang
kita macam tak berduit."
Haish...Acik tak boleh orang bakar-bakar ni.
Hahaha...

Acik punya dressing simple je.
Selebet semacam. Naik pulak kancil berhabuk.
So, kami pun check-in la kat bilik RM500++ per night ni.


google

Ahh..melalut dah ni..sebab No.6-10 memang tak ada dah.

Time check-in tu, boleh nampak muka anak-anak gembira.
Riang semacam..poyo pun ada.
sebab check-in kat bilik mahal.
Hehehe..jahat ibu korang ni mengutuk anak sendiri.

'Bonus' yang Acik dapat tu, kongsi sama-sama
kegembiraan dapat 'bonus' tu.


THROWBACK SIKIT
(Gambar dari FB Acik)


Bilik kami atas sekali..untuk Non-Smoker.



Tengok tu, Waie dengan Nana kecik lagi.
Sampai-sampai je, terus lompat-lompat atas katil.



Angah je yang berendam..Yang lain sejuk..
Tak mahu turun

Dah la merapu meraban.
Acik nak bagitahu je yang Acik
suka bawak anak-anak ke hotel.
Tak kisah la hotel mana.
Duit boleh cari,kan?
Kegembiraan anak tak boleh cari.
Itu je la sekali mereka kecik.
Lepas ni, dah besar, tak boleh kecik balik dah..

SEKIAN DC HARI INI..



Mee KamPuNG Pek di KamPuNG PeK, MacHe.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Minggu lepas, Acik dan rakan sepejabat ke kedai makan
yang tersohor di sini iaitu Kedai Makan Mee Kampung Pek.

Ia terletak di Kampung Pek, Machang
di jalan Kota Bharu - Kuala Krai.





Kalau tak silap Acik, kedai ini banyak juga cawangannya.
Mana-mana yang korang jumpa kedai makan
Mee Kampung Pek, haa..ini la induknya..




Kedai makan ini dibuka lebih kurang
 jam 1.00 petang hingga malam. 

Apa yang bestnya di sini?
Tengok la nama kedai makan ni..
MEE KAMPUNG PEK.
jadi mee la yang glamournya.





Boleh pilih mee yang berkuah atau tidak.
Nak yang double special,
yang special dengan yang biasa.

Kami order 3 mee special yang berkuah.
Rupanya, kedai ni letakkan dalam 1 mangkuk besar.
Kami ambil sendiri nak banyak mana.




Ini CC Acik. Kak Za namanya.
Dia la yang ajak makan sini.
Bila dia ajak, maka dia la yang bayar.


Acik bagi mereka ambil dulu sebab menghormati orang tua lah konon.
Padahal nak ambil banyak.
Korang tak percaya,kan.
Acik memang makan banyak.




Mangkuk dah licin. Acik la yang habiskan.
Pinggan yang banyak kuah tu pun, Acik punya.




Sekolah ni betul-betul berhadapan dengan 
Kedai Makan Mee Kampung Pek.
Jadi bagi korang yang ke Kota Bharu melalui Gua Musang
seterusnya ke Kuala Krai, pastinya akan lalu di jalan ini.
Pandang kanan SMK Seri Intan,
pandang kiri Mee Kampung Pek.

Welcome To Kelate!!

SEKIAN....

Saturday 25 October 2014

DaY 7 : 10 ThiNGs To Do When You ARe BoRed

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni masuk hari yang ke-7.
Dan cabarannya ialah 10 perkara yang dibuat ketika bosan.





Kalau bosan, macam-macam Acik buat :

1. Buka aCiKwaTiE.blogspot.com

Tulis entri merapu, meraban,
join GA tu, join Segmen ni..
Pastu BW blogger-blogger lain.


2. Buka game dalam phone.
Bagi POU makan, 


Selalunya camni la POU Acik...kelaparan dan mengantuk.
Dengan comotnya campur tak sihat.


3. Tengok TV

Selalu kejap je Acik tengok TV.


Rancangan ni best jugak layan.
Suka loyar buruk macam AC.

4. Makan

Acik suka makan..
Dah makan, makan...
Dah makan, makan lagi..
Sampai muak.


5. Tidur


Alangkah seronoknya dapat tidur sorang-sorang atas katil empuk,
pasang econ..fuhh...lambatnya la budak Waie dengan Nana
ni besar. 

Maklumlah, Acik tidur tengah-tengah antara mereka.
Tidur tak pernah nyenyak.
Sebabnya mereka masih lagi menyusu.
Kejap-kejap, Nana menyusu. Baru nak lelap,
Waie pulak menyusu.
KALAU ada masa lapang, memang Acik tidurrr sepuasnya.


No.6 - 10 :

TIADA SEBABNYA JARANG ADA MASA UNTUK BOSAN
KALAU ADA PUN, 1-5 PUN TAK TAHU NAK BUAT
YANG MANA SATU.

SELESAI CABARAN HARI NI.









Friday 24 October 2014

DaY 6 : 10 ThiNGs ThaT You Want To Buy

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Sempena nak sambut Maal Hijrah, 
Acik nak senaraikan 10 benda yang Acik
teringin sangat nak beli.

1. MPV


Sejak dari mula Acik berseorangan kali pertama lagi,
Acik dah mula pasang angan-angan nak beli MPV.
Tak kisah la jenama apa. 2nd-hand pun tak apa.
Bila dah beranak 5 ni, makin membuak-buak keinginan
nak beli MPV sebab anak-anak dah besar-besar
tapi nak buat camne,kan.
Acik berseorangan..income pun rolling-rolling
situ je..Insya Allah, Along Angah besar nanti,
mereka boleh laksanakan impian Acik
nak beli MPV ni.


2. BASIKAL


Untuk Waie




Untuk Nana


3 hingga 10 >> tiada dalam list.

Motor untuk Along Angah, Acik dah beli kat Singer.
Bayar bulan-bulan. Tak mampu nak beli cash.
Bukan beli untuk mereka ke hulu ke hilir tak tentu pasal.
Beli untuk kegunaan emergency.
Acik kerja jauh dari rumah. Mak Acik pun dah tua.
Kalau ada apa-apa hal, senang sikit nak mintak tolong.


Telefon anak-anak >>mereka kumpul duit sendiri.
Acik cuma tambah sikit-sikit je.


Rumah >> tumpang duduk rumah mak je la.


Handbeg dan kasut mahal >> Alhamdulillah tak ada nafsu di situ.


Baju Berjenama  >>  Memang tak terpasang angan-angan nak beli.


Laptop >> beli guna kad kredit mak. Bayar bulan-bulan jugak kat dia.


Simpanan dengan Insuran anak-anak pun tak ada lagi,
inikan pulak nak beli macam-macam.
Hidup dah tak de ada dah..
Semuanya untuk anak-anak je.


MAAF...HARI NI DC TAK LENGKAP..

SEKIAN..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...