Sunday 19 October 2014

DaY 2 : 10 FavouRiTe PHoNe AppLiCaTions

Assalamualaikum dan salam sejahtera..





3 , 2 , 1 mula...

1. 'Aplikasi Apa'




Inilah kawan-kawan Acik..borak-borak,
menyampuk-menyampuk..
Ini yang paling utama dalam phone Acik.
Borak-borak tak payah pakai kredit phone.
Kalau emergency kredit, boleh la guna.
Tapi kalau ada hal emergency,
tak sesuai guna sebab entah bila-bila
la si penerima akan baca lebih-lebih
lagi kalau mereka 'MUTE'kan sound. 


2. Muka Buku


Ini kawan-kawan Acik..Segalanya Acik kongsikan
di sini. Yang bestnya, boleh LIKE je kalau tak ada apa nak komen.
Kalau kita tak suka, boleh slide je...tak payah baca pun.
Boleh tag nama kawan tanpa kita beritahu pun
yang nama dia kita 'petik'.

Dah lama juga Acik ada akaun ni.
Seingat Acik masa Acik di Negeri Sembilan lagi.
Masa tu gila main 'Farmville'.
Masa tu jugak, line internet kerajaan ni,
tak sekat lagi FB ni.
Tak jadi kerja pulak tuap-tiap hari.
Sibuk bercucuk tanam kat situ.
Sekarang entah kering kontang dah kot 
tanah jajahan Acik tu.

Dulu, kalau kita 'ajak' kawan join,
mereka join.
Sekarang, jangan kau cari pasal 'ajak'
kawan main.
Nanti kena remove.

Tapi Acik tak pernah pun remove orang lagi,
sebab Acik paham jiwa orang-orang yang 
addict game FB ni.


3. PhotoGrid


Sangat penting untuk Acik labelkan gambar
terutama hasil kerja tangan Acik dalam bisnes.
Kadang-kadang tu, terlalu banyak gambar
yang sama tapi posisi yang berlainan.
Jadi, bolehlah Acik simpan dalam 1 gambar.


4. eRaFM


Kereta Acik tak ada radio. Salah satu sebab
Acik ada application ini ialah
sebab nak gelak sorang-sorang dalam kereta.
Dengar JOHARA ni mengarut-ngarut pepagi.
Nak-nak pulak cerita pasal MAK JEMAH.
Macam bagussssss je perempuan tu.
Poyo tak sudah!!


5.  Addin


Terbaru Acik simpan. Boleh check arah kiblat.
Tak payah lagi tertanya-tanya waktu sebenar
masuk waktu sembahyang.
Lagi satu, nak azan tu berkumandang.



6.  InstaGram


Masa orang kemaruk IG ni, Acik tak teringin langsung
nak bukak akaun IG ni.
Macam susah pulak bila setiap entry,
mesti beserta dengan gambar.

Acik mula wujudkan IG bila
ada customer Acik call,
tanya ada jual apa.
Boleh tengok gambar kat mana.

"Ada IG tak?
Kalau ada, senang sikit."

Start daripada itu, Acik wujudkan akaun IG Acik
Kakakwatie - personal
Chocakewatie - bisnes

Yang bestnya, kalau orang klik hashtag,
boleh link sekali IG kita..


7.  Waze


Untuk cari jalan je..setakat ni baru guna dalam KB je


8. Bloggeroid


Tak guna sangat pun untuk update entry.
Guna hanya masa nak updatekan gambar pastu 
simpan dalam draf.

9.  4Shared


Guna untuk download lagu je.
Kadang-kadang download Caller Ringtone.


10.  YouTuBe


Ini paling jarang sekali guna.
Emergency je guna iaitu waktu
Waie mengamuk dalam kereta.
Pujuk-pujuk tak jalan jugak,
jadi bukak youtube,
cari cerita "PADA ZAMAN DAHULU"


SELESAI...







22 comments:

  1. Kalau CP, IG ngan FB je yang lain tu jarang guna.

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh semua nak download...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak guna, tak payah la download..buat penuh memori je

      Delete
  3. whatsapp dan photogrid tu wana pun sering guna..penting bagi orang macam kita yang bisnes ni kan acik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..nak watermark sikit je..walaupun tak cantik mana pun hasil kerja kita tapi sekurang-kurangnya orang tahu itu hasil kita.

      Delete
  4. addin tu menarik juga. bagus kalau kita ke mana-mana kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik pun baru terlintas pasal Addin ni..senang sangat

      Delete
  5. fon ayu skg byk whatps je acik..
    yg laen macam layan tak layan jee...
    leh lah nanti whtaps2 ng acik
    hehehhe

    ReplyDelete
  6. Banyak guna whatsapp ngan fb jer.. yang lain, ada yang tak pernah layan langsung pun.. huhuhu..

    ReplyDelete
  7. Oh acik pun join challenge ni ye. Selamat menghabiskan cabaran!

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka join sebab kalau tak ada idea nak update, boleh guna DC ni

      Delete
  8. 4shared dengan youtube pun fav cik fafa jugak. tapi dalam laptop la sebab tak ada smartphone. hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...