Thursday, 16 October 2014

JaNGaN BaNGGa DeNGan JawaTan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni, kakitangan kerajaan dah terima gaji 
untuk bulan Oktober sempena Deepavali.
Jangan pergi keluarkan dulu tau!
Disiplinkan diri melainkan anda 
NAK SAMBUT DEEPAVALI JUGAK!!

Entry ini ditulis setelah melihat 
satu kejadian semasa dalam perjalanan Acik ke pejabat.




Bukan semua POLIS itu ikut peraturan 
sepertimana bidang tugas mereka.
Ada juga yang gunakan pangkat dan nama POLIS
untuk lepas daripada kesalahan.
Had laju, seat-belt, minta duit jika 
nak lepas daripada saman dan macam-macam lagi.





Ada juga yang POYO bila jadi polis..
Hidung tak mahu langsung jatuh ke bawah.
Senyum jadi berat semata-mata 
nak nampakkan garang dan serius.
Hmmm..boleh bertempat jugak,kan senyum tu?
Ada juga yang Acik pernah nampak,
masa Acik buat report di balai polis,
mereka bergurau sesama mereka,
lelaki dan perempuan
sampai tepuk-tepuk punggung.
Adoi..Acik pulak yang malu.!!





Bukan semua GURU itu baik akhlaknya
sepertimana bidang tugas mereka yang mengkehendaki
mereka mendidik anak murid mereka supaya berakhlak baik.
Ada juga yang menggunakan bahasa-bahasa kesat 
dalam pengajaran mereka.
Ada juga yang terlampau mesra
sampaikan boleh bertepuk tampar tanpa ada batasan.
Ada juga yang sangat bangga jadi guru.
"Saya guru. Ikut saya la"




Bukan semua KETUA itu bagus dalam pengurusan
sepertimana yang dituntut.
Ada yang berat sebelah.
Ada yang tak mahu dengar pendapat.
Ada yang tak boleh ditegur.
Ada yang buat tak tahu je.




Bukan semua yang bertudung itu bersih hatinya
sepertimana tuntutan agama.
Ada yang bertudung sebab ikut trend.
Ada yang bertudung sebab terpaksa.
Ada juga yang sekejap pakai, sekejap tidak.
Ada yang bertudung tapi mencuri.
Ada yang bertudung tapi menipu.
Ada yang bertudung tapi berkhalwat.
Ada yang tiba-tiba bertudung sebab nak tutup 'lovebites'.





Jadi janganlah kita bangga pada manusia
dengan jawatan dan pekerjaan kita
kerana kita tidak tahu apa pandangan orang pada kita.
Jadikanlah hati kita serendah-rendah hati kita sesama manusia.






Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Tak perlu melatah..
Terima sahaja dan berubah..

SEKIAN..





17 comments:

  1. semua kerja kena ada keihklasan, tol x?

    ReplyDelete
  2. Amalkankan kerja sebagai satu ibadah. Pasti semua jujur dalam melaksanakan tugas. Acik macam tau je CP tengah bengang pasal kes jawatan ni hehe

    ReplyDelete
  3. keikhlasan dalam menjalankan apa juga tanggungjawab yang diamanahkan..jangan pula ada yang ambil kesempatan atas kebaikan orang lain

    ReplyDelete
  4. Tidak kira apa jawatan yang disandang, atau apa jua pekerjaan yang dilakukan, harus dibuat dengan perasaan penuh ikhlas dan ehsan. Integriti itu penting.

    ReplyDelete
  5. Betul tu acik.. kadang2 manusia melakukan sesuatu perkara pnyai sebab.. ssh nk jmp yg buat ikott keikhlasan....

    ReplyDelete
  6. Kerja mau ikhlas.. apapun semua terletak pada hati masing-masing..

    ReplyDelete
  7. Mmm..kadang-kadang terngumpat jugak dalam hati...menyampah betul aku tengok dia tu..ish...buang jauh-jauh..

    ReplyDelete
  8. Peringatan yang baik Acik...kadang-kadang kita tak perasan kelemahan kita. Jadi kalau ada yang menegur, take it positively..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...kadang-kadang kita perlukan orang untuk tegur kelemahan kita,,tapi tak ada pula yang nak tegur..kita nak tegur orang, orang pulak melenting..mungkin sebab itu,kot, ramai orang mengambil jalan mudah...diam saja.

      Delete
  9. A good reminder to my self... tq for the sharing acikk...

    ReplyDelete
  10. Setiap kerja yang telah di amanahkan kepada kita haruslah di jalankan dan di laksanakan dengan penuh tanggungjawab...kerana kerja merupakan satu ibadat...jangan kerana pangkat kita sanggup lakukan mengikut kehendak kita tanpa memperdulikan perasaan orang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kebanyakkannya yang terjadi..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...