Friday 17 October 2014

LiEBsTeR AwARd #14 - TaG By HiDaYuAYuMie

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ingatkan dah tak ada Award ni sebab daripada
tag yang ke-5 rasanya, Acik dah stop tagging orang.
Hahaha...melanggar peraturan LiEBSTeR AWaRD.

Kali ini Acik ditag oleh kawan kita yang sedang 
menunggu masa nak bersalin je ni.
Jadi, jom Acik layan orang yang tengah bercuti panjang tu




Acik nak jawab soalan yang dia beri..
Ada 11 nombor soalan semuanya,
tapi dalam 1 nombor soalan, ada 3 soalan sekali gus.
Mana aci!!

SOALANNYA :

1. Nama penuh, gelaran dan tarikh lahir..(dah 3 soalan).
Nama Penuh : Norhidayawati Othman
Gelaran : Nama panggilan ke gelaran macam Datin tu ke?
Acik jawab je la ye..PUAN.
Tarikh Lahir  :  24 Mei 1979

2. Asal kelahiran, tempat membesar dan kini menetap di? ( 3 soalan lagi)
Asal kelahiran  :  Port Dickson, NS
Tempat membesar  :  NS
Kini menetap di  :  Kelate

3. Status (bujang / berkahwin, bilangan anak jika ada)
Status  :  tiada dalam pilihan jawapan.
Bilangan anak  :  5 orang

4. Apa yang membuat diri rasa dihargai dan disayangi?
Bila nama kita disebut ketika membincangkan sesuatu
keputusan bersama lebih-lebih lagi yang melibatkan keluarga.

5. Makan & minum kesukaan & kenapa?
Makanan kesukaan  :  Laksa 
sebab suka masam.
Minuman kesukaan  :  Teh o / Sirap
sebab suka air yang tidak mengenyangkan bila tengah makan

6. Hobi atau aktiviti masa lapang?
Berguling-guling dalam bilik.

7. Bekerja / pelajar ?
Bekerja

8. Tempat pengajian?
Tadika  :  Tadika di Church Gemas..(tapi bukan belajar agama mereka)
Ini je yang paling dekat dengan rumah masa tu
Sekolah rendah  :  SRK Tunku Abdul Rahman, Gemas
& SK PULAPAH.
Sekolah menengah  :  SMKA Sheikh Hj Mohd.Said, Seremban
& SMK Batu Kikir

9. Anak ke berapa dari berapa orang adik-beradik?
1 daripada 5

10. 3 perkara yang boleh buat diri korang rase naik angin?
- Pantang sangat kalau orang sergah-sergah ni,
memang makan maki la. Acik bukan seorang
yang jenis maki orang, tapi kalau bab ni, memang Acik 
maki cukup-cukup lebih-lebih lagi yang memang dah tahu
Acik pantang disergah!! Lagi parah kalau dengan tangan Acik
sekali jalan..memang Acik pukul cukup-cukup.
Tak suka darah naik ke kepala.

- Pantang orang kejutkan Acik tengah tido,
jerit-jerit @ tempik-tempik..Acik jenis yang senang sangat
sedar daripada tidur. Usik hujung jari kaki je, dah boleh sedar.
Memang ambik masa la nak repair balik mood tu.

-  Acik seorang yang susah sangat nak rehat saja-saja.
Kalau terlelap atau tertidur tu, biasanya anak-anak Acik akan 
tutup pintu bilik, bawak anak-anak Acik yang kecik tu
jauh daripada Acik. kadang-kadang mak Acik yang
tarik anak-anak Acik tu.

11.  Nyatakan 3 perkara yang kawan / keluarga 
kenal benar dengan sikap korang?
- Kalau dengan adik-beradik, bila Acik cakap / nasihat, 
tak nak dengar, Acik akan buat tak tahu je.

- Kalau dengan anak-anak, bila Acik dah start
guna 'aku'..maknanya Acik marah sangat la tu.
(Memang Acik tahu sangat tak elok
bahasakan diri aku dengan anak-anak
tapi Acik tak ada cara lain nak tangani
masalah dengan anak-anak remaja ni.
Ayah mereka bukan boleh tolong pun.)

- Adik-beradik dan anak-anak tahu
yang Acik ni cepat terasa dancepat tersentuh.
Tu sebab kadang-kadang mereka tak bagi Acik 
dengar mereka bercerita
tentang apa-apa.
Walaupun muka Acik macam ni,
mereka cakap, dalam ramai-ramai,
Acik paling lemah..

Selesai sudah menjawab soalan yang banyak ni..

SEKIAN..


21 comments:

  1. Semoga acik sentiasa kuat dan tabah dalam membesarkan permata2 hati acik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah kuat demi anak-anak..Lain sikit tau confident anak ni jika ada mak ayah.. Ramai sangat yang nak samakan anak-anak Acik dengan anak mereka..bila Acik cakap semangat tu tak sama, mereka tak percaya...nak tahu sama ke tak, cubalah jadi macam Acik..mmm..manusia ni macam-macam ragam

      Delete
  2. Saya pun senang sedar kalau tido.
    Bila pesan soh orang kejut tapi orang tu.kejut dengan kasar memang geram jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang-orang tua cakap, roh tak sempat nak balik dengan aman

      Delete
  3. Semoga kak watie tabah dan kuat dalam membesarkan anak2.. ermm tak suka juga orang kejut time tido, kena plak time baru terlelap.. kekadang sampai susah nak lena balik terutamanya dah lepas kul 12 malam.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...kalau susah nak lena balik tu yang mood tak elok..

      Delete
  4. Smka tu kalo x silap femes kan sek tu acik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu pulak Acik femes ke tak..mungkin femes sebab histeria yang Acik ceritakan hari tu agaknya..hehehee..tak la...sekolah ini kategori budak2 pandai je

      Delete
  5. Wahh...yang no9 tu kita samalah Acik...yang soalan no3 tu...semoga Acik tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan dalam membesarkan dan mendidik anak2...

    ReplyDelete
  6. Maafla acik kalau soalan ade yg bt acik selesa yee... oooo acik ni garang jugak orgnye yeee... hehheheh takott pulak ayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat acik tak selesa...
      Pape pon terima kasih sebb sudi jawab walaupon aci ke tak aci ke 2 soalan skli kene jawab smpai 3 hehehhehe

      Delete
    2. tak cakap pun Acik tak selesa...biasa je.

      Delete
  7. Pernah org sergah saya dgn kuat masa saya tidur. terus pening kepala saya the whole day kak. wuwuwu. hate thatt.

    eh, akak org n9. samalah. saya org srmban. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sep sikit la kalau sama...orang macam kita ni bagus...(hahaha...angkat bakul sendiri ni)

      Delete
  8. ehh same lah feveret laksa, hehe semoga tabah selalu Acik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I suka Laksa Pineng je..terima kasih doa awak ni

      Delete
  9. suka makan laksa rupanya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sukaaa sangat..kalau ada jamuan yang ada laksa, memang buat muka tak malu je tambah banyak kali

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...