Thursday 9 October 2014

DatiNG Kali PertaMa..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sambungan daripada cerita pendek yang diceritakan oleh Wawa

Plan dengan blogger ni nak jumpa memang dah lama.
Lama pun tak lama sangat,
sejak mula-mula kenal dulu.
Haa..bunyi macam lama,kan?
Padahal baru 3-4 bulan je kami berkenalan.

Bila terbaca kat blog, Wawa tengah mengemas beg 
nak balik kampung,
terdetik kat hati Acik, takkan nak jumpa macam tu je?
Takkan nak borak-borak pasal blog,
padahal aku ni tak tahu kepala ekor.
Ikut orang je.
Haa...dapat idea!
Order la barang yang dia jual.
Ada jugak alasan nak jumpa dia.

Acik order ESP ni sebab ESP Acik dah lama habis.
Acik pun stokis sebenarnya.
Tapi atas nama stokis je.
Bukan aktif pun.
Boleh jugak tolong kawan.
(Ha...tengok, dah melalut..padahal nak cerita pasal ESP je pun)

Sebelum ni Acik minum ESP ni dengan Alfalfa..
sebab Acik menyusukan Waie dengan Nana SERENTAK!!
Tengok badan Acik...kurus kering,kan?
Tapi Alhamdulillah...susu banyak.
Niat kena betul.
Sampai sekarang, Nana dah 3 tahun,
Waie dah 2 tahun...
masih lagi menyusu.
*Wawa...Acik tolong promote ni!



Whatsapp Wawa...bagitahu nak jumpa mana,
pakai kereta apa, pakai tudung apa,
berapa RM..siap semuanya.
Konon-konon nak cepat.
Umpama pass duit, pastu blah!!
Malu la kengkonon..

Bila tengok Wawa,
tetiba 'kemaluan' yang tebal tadi,
hilang...jadi tak malu pulak..
Kesian Wawa..berdiri kat sebelah pintu 
Kancil Acik yang besar ni ditemani dengan
hujan renyai-renyai.
(Demam pulak bini orang ni kang, aku jugak yang susah!)

Acik gamit-gamit dia suh masuk dalam keta.
Nak ambik gambau..
Wawa baru masuk kereta,
Acik dah snap.
Kelam kabut si Wawa betulkan tudung.
(Cubaan nak sabotaj dia la..Nak bagi Acik nampak lagi lawa)




Siap bagi free Shaker lagi.
Beli harga promosi...tak mahal mana..dah minum pun.
Beli dengan duit jualan kuih Hari Raya baru ni.
Wawa cakap minum ESP ni tak boleh lebih 3 sudu besar sehari.
La...ye ke...selama ni Acik belasah je.
Wawa cakap tambah susu sikit, baru sedap.
Betul la...Acik dah try campur susu, memang sedap.




Eh..kat mana kita tadi..
Laa...Wawa tak keluar dari kereta lagi ni..

Dah satu-satu cerita kami keluarkan.
Pasal apa Wawa tak respon segala tag-tag Acik,
pasal apa Wawa low-profile,
pasal apa Wawa jeles dengan 'kecantikan' Acik
(hahaha...yang ni tipu je).

Akhirnya Acik terpaksa suruh Wawa keluar dari Kancil Acik.
Bukan sebab tak suka, tapi kesian kat
tok laki Wawa yang tunggu dalam kereta dia yang parking
kat belakang Kancil Acik.
Kau keluar Kancil ni, tengok kereta Saga tu tak ada nanti,
baru tahu!!
Lama sangat borak dengan blogger yang suka cakap
berjela-jela ni..

OK lah Wawa...Good luck...sampai jumpa lagi.

p/s  :  Target pasni nak pergi kenduri kahwin member blogger.
Jemput Acik tau!!
Acik pasti akan ke sana jika tiada aral kerana
Acik sanggup buat apa saja demi kawan.

SEKIAN...

39 comments:

  1. hehehee tergelak2 ayu bace entry acik nie..
    amboii masuk2 je nak amek gamboo da..
    heee tak pandai btl nk makan ke mnum bnd2 cmni acik..
    heee mggu dpn dah balik sane...
    bleh lah acik dtg singgah bawak carrot cake tok ayu
    waahhh tak malu btl

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok Ayu...nanti koling-koling la Acik ye..Acik akan sampai..insya Allah

      Delete
  2. seronoknya bila dapat jumpa secara 4 mata dengan rakan blogger kan acik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok...macam jumpa artis la...kita excited

      Delete
  3. bestnya jumpa kawan2 blogger

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat jumpa rakan blogger bukan senang nak jumpa kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...usaha lebih sikit la kalau nak jumpa..

      Delete
    2. eh, bukan tuju untuk awak ayat si atas...ayat ni untuk Acik

      Delete
  5. Bestnye.. Tak penah lg jumpe blogger (tgh menipu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah menipu??Acik pun nak tipu banyak lagi la..

      Delete
    2. ayat yang bawah tu untuk awak ye..

      Delete
    3. ayat bawah utk kite eh. hihi doakan ade jodoh yee :p

      Delete
  6. wahh,dapat jugak jumpak dengan rakan blogger..

    ReplyDelete
  7. Syoknya. Bila pulak sue dpt jmp acik^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue kat mana?Boleh kita jumpa-jumpa dalam kereta

      Delete
  8. Acikkkkk, terharunyaaa hahaha panjang acik explain ni blh buat movie ni.kih3.tq acik, sy pon blur sbenarnya time acik ckp nak ESP.awalnya ingat nak order kek/kueh ngan acik, tp lupa nak bgtau.huhuhuhu.ada ke patot.tkut gk nyusahkan acik tkut acik bz.so xterbgtau🙊.xpe lainkali saya balik saya bgtau kita jumpa lg.(acik naper xbgitau acik pon ahli shaklee, lagila terharuuu rasa, isk3)

    Trima kasih byk2 acikkk! I love you ♡♡♡♡

    ReplyDelete
    Replies
    1. terharu memanjang awak ni...eh, lain kali jangan salam macam tu lagi...Acik orang biasa je.

      Delete
    2. kih3.acik jadi kakak angkat boleh?so boleh pow acik, nak duit blanja skett.hahaha

      Delete
  9. wah.. seronokya dpt jmpa.. selalu tgk kt dlm blog je kan.. nk jmpa acik jugakkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jumpa....bila? Kat mana? pukul berapa?

      Delete
    2. kita jmpa kt tengah2 lah.. hehe.. acik kat kelantan, Fira kt png.. so tgh2..?? hurmh...

      Delete
    3. banjaran titiwangsa la nampaknya

      Delete
  10. Nak jumpa acik jugak..hehehe :)

    ReplyDelete
  11. alamak..nampaknya Acik Watie ni lebih muda dari JM lah.huhuhhuh
    aha..mula2 malu2 kucing ye..bila dh jumpa borak2 dh lupa si wawa dtg dgn toik laki ahahaha..lawak lah acik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdebar nak jumpa orang yang kita tak pernah jumpa ni...macam nak jumpa MB je rasanya..si Wawa ni pulak, dah satu-satu cerita dia sambung. Kecek kelate pulak tu

      Delete
  12. Acik bila nak turun perak? Jom dating dengan saya mesti taknak balik kelantan dah. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh??Perak tu ada adik Acik...bila-bila Acik boleh turun tapi kalau dah jumpa nanti, macam mana Acik nak buat entry...muka Acik dengan kasut awak je la nampaknya..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...