Monday, 13 October 2014

RUMAH ACIK ADA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rumah Acik ada pokok ni.
Korang kenal tak pokok apa ni?
Inilah pokok cherry.
Disebabkan duduknya di Malaysia
jadi namanya CHERRY MALAYSIA.





Tiap-tiap hari, time balik dari pejabat, Acik akan menyusup
bawah pokok yang baru nak besar ni.
Carikan buah ini..
Kalau jumpa 3 biji, 2 biji dah masuk mulut.

Papa Acik cakap, cara paling senang nak cari buah ni
ialah dengan cara, tunduk sambil menongkat tangan di lutut
(macam rukuk la),
pastu toleh ke atas..
Hahaha...macam-macam.
Dia berlawak la tu.
Ada pulak camtu



Senang sangat kenal buah yang dah masak.
Warnanya merah.
Kalau yang nak dekat-dekat masak,
warnanya kuning-merah.
Kalau yang tak masak lagi,
ataupun kita panggil putik,
kaler hijau muda.



Nana dengan Waie suka sangat makan buah ni.
Yang merah tu rasa sirap.
Sedap...



Tadi Acik cari, dapat banyak ni.
Ini pun dah banyak masuk dalam mulut Acik.
Kalau dapat kat Nana dengan Waie,
memang pandang je la jawabnya.
Oleh itu, sebelum Acik lari masuk dalam batu belah,
baiknya Acik masuk dalam mulut Acik dulu,
baru pass kat mereka.






Tadi Waie tak bangun tidur lagi masa Acik ambik buah ni
jadi Nana makan sampai habis sebelum adiknya bangun.
Suruh simpankan, tak nak..

Ini la Cherry Malaysia.
Senang dah jumpa pokok ni,
sebab burung suka makan buah ni.
Jadi sesiapa yang suka buah ni,
lebih kurang macam burung la..
Cuma kalau kita membuang sebab makan buah ni
tak la boleh tumbuh pokok macam burung..
Huhuuuu...

SEKIAN..

21 comments:

  1. mase kecik2 dlu memang selalu curik makan buah ni kat umah jiran.
    taklah curik, nama pun budak2 kan so tuan tanah mesti redha punya lah...
    especially bila anak dia pun tumpang sekaki...
    hohoho.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan...duduk atas pokok ni sambil makan-makan

      Delete
  2. Bestnya ada pokok ceri dekat rumah..bila nak makan ambik ja..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah cherry ni bukan boleh letak kat pavlova pun BBwana

      Delete
    2. kalau nak makan-makan camtu, memang sedap jugak

      Delete
  3. Wah bestnye ada pokok ceri...boleh hias dkt kek dan semestinya buat kunyah2 time lapar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik makan isi dalam je...kulitnya buang

      Delete
  4. Mak slalu crita psal pokok ni byk kt kampung Aloq Setaq dlu.. Mak suka pokok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kongsi la Kasut...apa mak awak cerita?

      Delete
  5. Kat rumah lama CP banyak pokok ni..kalau yang besar sikit tu jadi tempat lepak la kat bawah tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu best tu..boleh buat pangkin..petang-petang, buat air teh sambil ngumpat-ngumpat

      Delete
  6. mase kecik dulu sllu pnjt pokok ni..
    yg merah mmg masuk mulut
    tapi yg hijau tu jadikan pelurur snapang buatan
    heheheheh nasb bek tak ngidam buah nie..
    kalu tak suh acik bwk tok ayu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mengidam, tunggu awak balik sini la..

      Delete
  7. petik petik masuk mulut memang nikmat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..petik masuk mulut..petik masuk mulut

      Delete
  8. acikk.. boleh kalau nk pokok tumbuh.. tapi kena berak dlm sungai mcam dolu2... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...hanyut la..tumbuh kat rumah orang lain pulak..

      Delete
  9. adeee dekat rumah lama tapi tak pernah makan pun. CT macm doubt sikit nak makan..

    ReplyDelete
  10. zaman sekolah dulu selalu la layan. hehe. tajuk macam nak buat karangan dah acik ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...