Friday 31 October 2014

SeGMen : BerSuKan BerSama Cikgu Ayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Memandangkan hari ini dan hari esok
Acik ada kursus di Tok Bali,
maka Acik nak sertai segmen anjuran




Disebabkan Acik memang berdarah sukan,
maka semua soalan yang cikgu Ayu tanya,
memang dalam poket Acik dah..

1. Nama rumah sukan masa sekolah rendah. Dulu mana ada nama sukan
macam sekarang. Temenggong, Bendahara, Wira, Persona.
Dulu nama rumah sukan, ikut warna tu je la.

Sekolah rendah ada 2:
SK Tuanku Abdul Rahman, Gemas - Rumah Merah
SK PULAPAH - Rumah Hijau

Sekolah Menengah ada 2 jugak :
SMKA Sheikh Hj Mohd.Said Seremban-: Rumah Biru
SMK Batu Kikir - Rumah Kuning

Lengkap semua 4 warna utama.

2. Acara yang Acik sertai? Banyakkkkkk sangat.

Sekolah rendah :
Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton,
Olahraga (Runner sahaja - sebab tak sempat nak lari ke lontar peluru. 
Kalau sempat tu, harus lontar peluru, lompat tinggi pun Acik masuk)
Semuanya Acik masuk kecuali Bola Sepak dan Sepak Takraw.

Sekolah Menengah :
Masa kat SMKA, memang Acik frust giler.
Tak ada game!!Macam mana la Acik nak hidup.
Yang ada pun GERKORAMA.
Dapat la masuk team bola jaring asrama masa form 1.
Tembam Acik masa duk SMKA ni.

Form 4, Acik keluar mintak duk sekolah biasa.
(Tak lulus bahasa Arab pun ye jugak)
Masa kat SMK Batu Kikir ni, Acik masuk semua game.
Bola Jaring (GK), Bola Tampar (pemain utama),
Hoki (Captain), Bola Baling (Pemain Utama)
Olahraga (Runner)..Memang suka sangat
tak masuk class padahal budak class sains.

3. Kenangan?
Alahai...dah cerita kat atas.

Haa...ada sikit. Masa kat SK PULAPAH,
bila time kami sukan tahunan,
yang meramaikan padang ialah
abang-abang pelatih yang tengah training polis.
Ramainya jangan cerita la..Beribu-ribu orang.
Masa 4x100 meter, Acik ni pintas last runner yang ada
di tempat pertama betul-betul depan
abang-abang pelatih tu. Tetiba je semangat tu membuak
bila mereka bersorak2. Dah pintas tu, poyo pulak.
Muka tak boleh blah..Bangga la konon dapat no.1.

Masa kat SMK Batu Kikir pulak, Acik wakil sekolah
ke MSSD Jempol. Masuk acara 1500m.
Tengah-tengah lari, TERPANDANG  ayah Acik dalam ramai-ramai
penonton tu.. Terus lemah kaki..
Masuk round last, Acim dah terkebelakang.
Masuk 1 selekoh tu, Acik terus keluar celah-celah penonton.
Tak habiskan pun acara tu.
Tak boleh la nak perform kalau mak ayah tengok.


Mana tak tumpahnya kuah,kan?
Hasil 3 beradik ni sepanjang dari tadika
sampai darjah 6.


4. Ucapan untuk Cikgu Ayu.

SELAMAT MENGGUNAKAN SUN-BLOCK.
SELAMAT KEHILANGAN SUARA SEBAB MENJERIT-JERIT 
TENGAH PADANG
DAN SELAMAT BERURUT.


23 comments:

  1. Replies
    1. Seronok..lebih2 lagi kalu anak2 skali dalam bidang yang kita minat jugak

      Delete
  2. Slmt bersegmen acik. Amboi byknya pingat dan medal ye..

    ReplyDelete
  3. selamat bersegmen acik..banyaknya medal..

    ReplyDelete
  4. mak aiii banyak nau medal. atlet belaka ni.

    ReplyDelete
  5. itu memang terlebih tumpah tu acik.. banyaknya medal dorang menang.. medal sy boleh kira pakai jari je.. ahakss..

    ReplyDelete
  6. Wahhhh org sukan jugak acik yeee...
    Dgn anak2 skli...
    Bersepah medal tuu
    Heeee dulu ayu pon aktif sukan jugak...

    ReplyDelete
  7. Salam singgah sini Acik...banyaknya medal...Diana dulu masa sekolah suka join perbarisaan jer...hehe...

    ReplyDelete
  8. aktif betul kak. sampai ke anak pun aktif. bagus r. boleh buat iklan milo pasni. hehe

    ReplyDelete
  9. aktif betul Acik peeeergh !! CT main sport gak tapi rejam lembing hihi.. track mmg takleh lah semput. main netball jugak hihi.. tapi medal tak sebanyak tu.. hebat hebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik try gak rejam lembing tapi tak pernah tercacak...meleret je lembing tu landing

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...