Thursday, 23 October 2014

DaY 5 : 10 FaVourite SonGs

Assalamualaikum dan salam sejahtera,





Lagu Kegemaran Acik :
(Random je ni sebab Acik pun
hantu muzik jugak)

1. Cuba - Faizal Tahir

Lagu ni terimbas zaman Acik bersusah payah
ke hulu-ke hilir uruskan satu hal yang betul-betul
mencabar dan tak terlintas dek akal.
Sedih sangat teringat zaman susah tu.


2. Sampai Syurga - Faizal Tahir

Sama jugak..Lagu ni best...
Persembahan Faizal Tahir masa sampaikan lagu ni
masa AJL memang best.


3. Gemuruh - Faizal Tahir


Lagu ni Acik suka sangat sebab teringat
zaman angah bersukan,
jadi olahragawan sekolah.
Time naik stage tu, cikgu bukak lagu ni.
Nak nangis.

Masa Along jadi tokoh pelajar pun
cikgu mainkan lagu ni.
Fuhh...nangis lagi.
Touching habiss..


4. Pergi Tak Kembali  - Rabbani

Lagu ni memang tak boleh elak 
daripada fikir orang-orang yang kita sayang.
Tak sanggup rasanya nak hadapi semua tu.

5. Gugurnya Bunga Cinta - Laksamana

Lagu ni imbas memori sekolah rendah je dulu.
Tak ada pakwe-pakwenya.


6. Bahagiamu Deritaku - Hafiz

Suka dengar lagu ni sekali dengan video klip
sebab kesian dengan Hafiz.
Selalu sangat letak diri Acik ni kat tempat Hafiz

7. Jaga Dia Untukku - Siti Nurhaliza

Dah cerita sebelum ni sebab apa suka lagu ni.
Nak link,kan, tak sempat.
Suka sebab nak tujukan pada bekas pakwe kita.

8. Menghapus Jejakmu - Peter Pan

Ini lagu zaman dengan pakwe no.1.
Lagu-lagunya pun semua best-best.
Dulu ada simpan CD.
Sekarang semua dah hancur.

9.  Yank - Wali Band

Lagu ni best jugak layan satu masa dulu.
Belasah je la lagu apa-apa pun.
Asalkan Indon.

10. Di Ambang Wati - Wings

Ehem ehem..saja je letak lagu ni.
Best jugak layan lagu Wings.


Selesai DC hari ni.

SELESAI..

24 comments:

  1. hehehe kak watie nih banyak suka lagu Faizal Tahir lerr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye...suka sangat lagu Superman Malaysia ni

      Delete
  2. sampai syurga tu best!
    wali band. dok layan jugak dulu2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai Syurga memang best...tak muak kalau nyanyi.
      Kalau terlebih feeling, boleh nangis.
      Wali band tu lagu Yunk je. Yang lain tak tahu.

      Delete
  3. Dulu byk jugk lagu fav... tp skg ni layan mane sedap je acik.. mne xsdp pon kadang terikut nyanyi jugak... hrheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...dulu banyak la lagu favourite..sekarang ni ikut apa yang ada je..banyak sangat

      Delete
  4. kalau saya kena pilih lagu mana satu yg saya suka.. saya rasa tak terpilih..
    daripada asia ke bolloywood ke hollywood ke latin..
    semua saya suka.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu sebab la Acik random je...banyak sangat suka..sampai tak terpilih.

      Delete
  5. FT dgn Dato CT punya lagu sue pun suka juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu Faizal Tahir, Acik lancar dari mula sampai akhir.
      Lagu Dato CT, tak lancar..hahaha

      Delete
  6. Bahagiamu deritaku~
    Ada kawan pernah hantar lagu tu kat kite, haha mcm nak gelak je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secret admire la tu...zaman hantar-hantar lagu ni dah lama lepas dah..Awak tahu Acik dulu dapat lagu apa? Lagu Kurt Cobain dengan Metalica..tak romantik langsung!

      Delete
  7. wow. faizal tahir, peter pan, dato CT, legend tuuuuu XD

    ReplyDelete
  8. Acik suka FT ye....lagu Cuba tu memang best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka lagu-lagu dia..Cuba memang best

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...