Wednesday, 8 October 2014

Accident BerLanggaR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pagi semalam, Acik terlambat ke pejabat.
Bukan lambat sikit tapi lambat sangat.

Semalam luar biasa sikit sibuknya.
Maklumlah..ramai orang belah-belah pantai barat
dah beransur-ansur balik ke rumah masing-masing.

Diaorang ni pun, time Acik lambat la, diaorang keluar.
Ataupun asal diaorang keluar je, Acik lambat?

Sampai simpang nak masuk ke Machang, 
lebih kurang 10 minit nak sampai ke pejabat,
kereta dah mula bergerak perlahan.

Mmmm...takkan pasal traffic light kat depan ni.
Cerita traffic light ni akan Acik ceritakan..
sebab traffic light ni dinyalakan ikut suka.

Tiba-tiba member sepejabat Whatsapp Acik,
bagitahu ada accident di atas lagi daripada tempat Acik kerja.
Dalam 5km dari pejabat Acik.
Humang aii!!Jauhnyerrrrrr...



Kejadian libatkan 7 buah kenderaan. Semua jenama smart-smart.
Dengarnya sebab elak lembu.
Mmm...lembu sapalah tu.
Diaorang ni pun, nak sangat bela lembu,
tapi tak nak jaga elok-elok.
Bila kena angkut, tahu pulak pergi tuntut kat Jabatan Haiwan.





Sebab apa jalan jammed jauh sangat?
Sebabnya, kalau kereta yang accident tu 2 bijik je,
korang boleh bayang berapa punya panjang.
Inikan pulak 7 buah kereta.
Semua kereta orang nak tengok.
Tu yang jadi slow tu.





3 bijik kereta di atas jalan raya,
yang lagi 4 terjun dalam parit kat bawah tu.
Dengarnya juga, pemandu kereta hitam ni, kritikal..
Doa banyak-banyak untuk pemandu ni.

Boss Acik selalu pesan kat Acik,
bawak kereta elok-elok.
Beringat masa memandu.
Iye Boss...Saya ingat tu.

Bayangkan, dah setahun Acik kerja di sini,
sudah lebih daripada 10 kejadian kemalangan sepanjang
perjalanan Acik pergi balik kerja.
Semoga Acik selamat dalam perjalanan pergi dan balik.
Maklumlah, Acik drive ke pejabat dengan
Nana dan Waie.
Kadang-kadang, Waie meraung-raung nak duduk kat riba.
Semoga selamat semuanya..

SEKIAN...

23 comments:

  1. teruknya tengok. mesti laju sangat ni xdan brek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...maybe jalan lurus + kabus + laju..tak dan brek dan elak..

      Delete
  2. Takut kan sekarang. Drive jgn maen empon. Teheee *lompat kijang*

    ReplyDelete
  3. Malang tak berbau.. mudah2an kesemuanya selamat, aamiin..

    ReplyDelete
  4. sm lah ank sy pn klo sy tgh drivd dia cbuk nk main stereng jgk.adoiyai

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...kita terpaksa pilih antara stress kalau anak meraung-raung dalam kereta atau bagi mereka duduk kat riba..akhirnya pilih, bagi mereka duduk kat riba dengan syarat perhatian pada pemanduan dan stereng kena pegang lebih kuat lagi

      Delete
  5. Kadang-kadang kita dah drive elok2, orang lain pulak yang datang hentam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la CP...orang datang hentam tu yang kita takut tu..

      Delete
  6. Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...terima dengan redha apa saja yang Allah beri

      Delete
  7. teruk jugak tu...kalau betul sbb lembu...tuan punya lembu wajib kena di saman...kena la bertanggungjawab...nyawa orang ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tu..kalau sebab lembu, letih la sikit...mentaliti tuan punya lembu tu...jalan ni jalan utama orang KL balik KB...wajib clear..

      Delete
  8. ooo ade jugak info dr grop whatps asben..
    byk btl xcden time2 raye ni
    masing2 pon nak cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...ini jalan utama, lurus je..boring..tu yang masing-masing bawak laju...kalau brek memang tak sempat

      Delete
  9. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh-NYA...takut nak bayangkan kalau bnda2 mcm ni berlaku pada diri n keluarga kita..minta dijauhkanla.. :)

    ReplyDelete
  10. Kadang2 pemandu kat malaysia ni pon cerdik sangat. Kita dah bawak habis baik still ada yang cerdik pandai ni menyebabkan eksiden berlaku. Tapi tula malang x berbau kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la yang Acik takut sangat tu..kita berhati-hati sangat tapi kecuaian orang lain, kita pulak yang kena

      Delete
  11. Moga kita semua berada di dalam lindunganNya.. risau jugak, hari2 drive p opis..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...