Saturday 4 October 2014

JaGa HubuNGan DenGaN MeReka..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sekarang macam-macam kes dah kita dengar pasal taska.
Ramai bayi mati sebab kecuaian pengasuh.

Alhamdulillah, Acik tak pernah lagi hantar anak-anak ke taska.
Walaupun Acik berjauhan dengan keluarga
dan berseorangan menjaga mereka.

Waktu Along Hilmi, Angah Hifzhan dan Intan kecil,
kami hantar anak-anak kami di dalam tempat kami tinggal.
Walaupun waktu itu, Acik belum kerja tetap,
setakat kerja dewan makan pelatih polis
di Pusat Latihan Polis Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan.

Bukan senang nak cari pengasuh yang benar-benar sayangkan budak.
Waktu kami berpisah, mereka menangis.
Peluk, cium..sampaikan Acik tak sanggup nak tengok,
rapatnya mereka.

Bila anak-anak dah besar ni, kami masih lagi 
jalinkan hubungan dengan meraka.

Masa kami di Kemaman,
kami ke rumah mereka di Kampung Sanggang, Temerloh, Pahang.
Walaupun kami singgah sebentar saja,
mak dengan baba masak juga nasi untuk kami.


Bila mak dengan baba jumpa anak-anak Acik, mereka menangis.
Rindu agaknya.

Badge kedua pulak masuk...
Adriana dengan Waie..
Macam tu jugak..Hantar rumah orang juga.
Ramai kengkawannya.
termasuk Nana dengan Waie, semuanya 8 orang.
Tak apa lah..janji hantar ke rumah orang.

Dari Kota Bharu kami ke Kemaman.
Sebabnya Nana demam nak jumpa mama dia.

Kami ke sana pun sekejap je.
Kami sampai jam 11 pagi, balik jam 2 petang.
walaupun sekejap, tapi mama Nana ni siap mandikan,
macammana dia buat sebelum ini.

Nana ni dia jaga dari lepas pantang
sampailah Nana dapat adik baru, Waie.
Waie pulak, mama sempat jaga sampai umur Waie 7 bulan.
Kemudian kami pun berpindah balik ke Kota Bharu.




Firdaus (anak bongsu mama) sayang sangat kat Waie.
Sampaikan dia minta mama dia ambik Waie.
Masa Waie di sini, Firdaus ni cium Waie sorang je.
Yang lain dia tak nak cium.







Ini masa pergi ambik result PMR Along Hilmi


Sekarang, anak-anak Acik tinggal dengan nenek mereka.
Alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusan Acik
dalam hal anak-anak.
Semoga hubungan yang kita jalinkan ini
akan anak-anak Acik jaga sebaiknya.

SEKIAN..

16 comments:

  1. kalau kita jaga hubungan dengan allah, allah akan jaga hubungan kita dgn manusia, insyaAllah.. :D
    Betul tak kak gitu? hehe
    http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah acik dpt penjaga anak2 yg bsik hati...smg ukhuwah berpsnjamgan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...kita pun dah rasa macam keluarga

      Delete
  3. Alhamdulillah.. samalah, anak2 pun ada pengasuh yang baik.. kak watie, sue tag akak untuk GA nih..

    http://izzeyda.blogspot.com/2014/10/giveaway-pertama-sitisab.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..mudah cari pengasuh-pengasuh ni..

      Delete
  4. Insyaallah acik
    Skrg pusat asuhan mcm2 kes jadi
    Takott pulak
    Mcm takde tgjwb je sbg pengasuh

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah jmpa org yg sesuai jga anak2 acik.. tgk berita skrg, mcm2.. takut plak pikir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kuat semangat kalau nak hantar Taska sekarang

      Delete
  6. Ramai gak ahli keluarga.. Mcm mana pun, hubungan sesama Allah & sesama mnusia perlu dijaga..
    Ukhuwah ssama mnusia tu yang dapat bantu kita bila tiada bantuan wkt hari perhitungan nnt..

    Eh.. join ni...nama awak dipetik,,, hahaha

    http://kasut-rantau.blogspot.com/2014/10/giveaway-pertama-sitisab.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai ler ahli keluarga Acik...anak saja dah 5 orang..

      TQ tag...insya Allah, free nanti, Acik join..

      Delete
  7. InshaAllah Allah jaga anak2 acik time acik pergi mencari rezeki. Comel tgk nana dgn waie :)

    ReplyDelete
  8. Acik. Dulu mak kiite ada jaga budak. Jaga dari kecik. Awl tahun haritu kite pindah. Budak2 tu menangis nak naik kereta sekali. Sedih tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la...sebenarnya dia duduk dengan pengasuh lagi lama daripada duduk dengan family dia..balik rumah, berapa jam je dah tidur...bangun tidur, dah pergi rumah pengasuh semula..mana tak sayang.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...