Sunday 12 October 2014

BuLi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Malaysia sekarang ni dah tak selamat.
Macam-macam boleh jadi.
Salah satunya ialah BULI.


Risau sangat dengan budak-budak sekarang.
Nak-nak pulak budak lelaki.
Tempat Acik bekerja ni,
hampir tiap-tiap hari, ada saja kes pelajar membuli.


Yang pindah masuk ke sini dari sekolah lain.
Ada yang pindah dari sekolah sini ke sekolah lain.
Macam-macam pesen.

Terbaru kes pelajar di Kedah
yang jatuh dari bumbung Dewan Sekolah.
Tak logik langsung dia sengaja panjat bumbung tu
tanpa sebab.
Acik percaya sangat ia ada kaitan dengan kes buli.




Anak Acik, Angah Hifzhan, pernah dibuli oleh pelajar senior
masa kami di Kemaman.
Kebetulan pula Acik bekerja di sekolah angah.
Jadi, bila Angah dikejar, Angah masuk ke pejabat
dan cari Acik.
Maklumkan bahawa dia dikejar oleh budak-budak senior.
Ada juga mereka tunggu Angah di luar pagar sekolah.

Dalam berani tu, ada jugak takut.
Maklumlah, budak sekarang.
Macam-macam mereka boleh buat.
Nak-nak pula, bila Acik seorang saja.
Tanpa ada orang lelaki.
Acik pegi cari budak-budak senior tu.

Rumah tu, sentiasa je berkunci.
Kadang-kadang, bila Intan balik sekolah,
risau sangat. Takut orang dah 'aim' dia.
Memang tiada orang yang akan tahu macam mana 
rasanya takut masa tu.




Memang ralat,kan kalau anak yang kita jaga tutur kata,
budi bahasa, gerak gaya tapi jadi mangsa orang lain.
Makin ralat kalau jadi perkara-perkara yang tak elok
pada anak yang kita sangat sayang.

Jadi sekarang,
apa-apa saja yang kita buat,
kena fikir dulu.
Kalau kita buat kat orang,
Allah akan balas balik.
Kalau kita tak nak orang usik anak kita,
jangan usik anak orang.
Begitulah seterusnya.
Jaga tutur kata dan perbuatan kita
demi anak-anak kita.




SEKIAN..






13 comments:

  1. entah apa yang tak kena dgn budak zaman sekarang kan kak acik,
    mungkin sistem pendidikan & mata pelajaran yg ada sekarang tidak mampu membentuk sahsiah diri anak-anak remaja. mereka penuh dgn ilmu dunia tapi jiwa & hati mereka kosong..
    ibubapa yg busy dgn kerja pun boleh jadi salah satu sebabnya juga.
    bila anak-anak memberontak & tertekan, mereka akan mula cari geng lain kat luar.
    mungkin.

    ReplyDelete
  2. Risau tgk keadaan budak zaman skrg ni...saya tiap2 hari risau anak kat sekolah..keja pun asyik teringat anak kat sekolah je...harap anak2 kita sentiasa dilindungi dan dijauhi dari perkara yg tidak baik...

    ReplyDelete
  3. Setuju dgn acik. Smg ank2 kita sentiasa dilindungi dr sbrg bahaya dan malapetaka insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. orang yang dok suka buli tu perlukan perhatian kot.

    ReplyDelete
  5. isk isk.. apalah nak jadi dengan bebudak skarang ni..
    sedangkan mak bapak pun tak jentik anak sendiri ni diorang pulak suka suka hati
    nak buli anak orang. ingat dah besar kepala sangat la tuh..

    ReplyDelete
  6. betul tu acik
    kadang2 takott plak..
    same mcm kes adik ayu nie...
    skg dok tinggal ng ayu je sbb isao sekolah lame dia trllu sosial
    mcm2 kes jadi...

    ReplyDelete
  7. Moga Allah jaga anak2 acik. Bahaya dah sekarang ni.

    ReplyDelete
  8. Acik dah baca komen...ada masa, Acik jawab...anak-anak Acik nak tengok upin ipin pulak..

    ReplyDelete
  9. Itulah risau jugak.. dah la dua2 anak lelaki yang tengah membesar.. moga mereka sentiasa berada di dalam lindungan Allah.. amin..

    ReplyDelete
  10. 30 tahun yang biasa kita dengar buli berlaku disekolah2 berasrama sahaja...kini tak kira sekolah apa...baik pelajar lelaki atau perempuan ...sama jer..buli sana sini....seakan perkara biasa..

    Pelajar2 sekarang terlalu lantang dan berani yang tak bertempat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Bunda..sekarang ni memang takut dengan mereka..

      Delete
  11. pelajar skrg tak sama macam dulu..kalau dulu dekat skolah nmpk je Cikgu lalu tak kira la Cikgu kecik ke besar..semua da terabur lari..kes buli pun xde dgr sgt..p skrg tak kira lelaki pompuan..or cikgu n anak murid pun boleh jd kes buli..hmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye...sekarang cikgu perempuan pun kena ngorat dengan pelajar..cikgu pulak tunduk jalan depan anak murid

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...