Thursday 2 October 2014

PRojEK BERhAntU

Histeria...
Satu pengalaman yang Acik tak boleh lupa.
Acik ni memang dari kecik takut hantu.
Tak ingat pulak bila start takut hantu.

Masa sekolah asrama, mak Acik penah buatkan Acik tangkal.
Ikat kat pinggang . Tapi Acik tak rasa apa-apa pun.
Perasaan takut tetap ada.
Bapak penakutnya Acik ni.

Ini cerita masa Acik kat sekolah agama.
Sekolah ni memang ada penunggu.
Ada saja manusia yang bercerita pasal ni.
Ish..diaorang ni..tak takut ke masa bercerita tu??

Ada sekali tu, 1 sekolah diserang histeria.
Acik rasa, kalaulah dulu pemberita macam sekarang,
mau tak nya sekolah Acik pun masuk surat khabar sekali.


Keratan akhbar salah sebuah sekolah yang diserang histeria


Masa tu Acik ingat lagi..tengah belajar subjek Bahasa Arab.
Ustaz Alias yang ajar.
Tiba-tiba Ruzaini Syam (G-Mie) rebah kat riba Azliza (Aleq).
Acik ingatkan dia terlelap a.k.a mengantuk.

Sekali, kepala dia tegak balik sambil meraung.
Suara dah garau!!
Allah!!Takutnya.
Budak-budak lelaki yang perasan macho, perasan kuat tu,
semua ke tepi.
(Najib, Azman..tu je yang kepala gila-gila.)
Ustaz Alias pun ke tepi.
Biarkan G-Mie menggelepar.

Tak sampai 3 minit G-Mie menggelepar, 
ada pelajar lain pulak menyahut dari tingkat atas, bangunan sebelah.
Rasanya dari kelas tingkatan 5 kot.
Pastu berjangkit-jangkit ke kelas tingkatan 3,
seterusnya kelas tingkatan 6 dan akhirnya hampir 1 sekolah.

Pelajar-pelajar semua dah berlari-lari..
Ada yang lari sebab takut.
Ada yang lari sebab nak tengok siapa lagi yang kena.
Acik buat apa?
Acik tergamam..nak lari, hantu dah kepung.
Kalau nak lari pun,'mereka' dah serang kami.

Bila tengok Ustaz arahkan budak lelaki pegang G-Mie,
Acik pun tolong la sekali.
Perempuan muka ganas ni mana boleh kalah,beb!!
Ehh..tetiba je jadi berani.
Ayat Quran tu tak payah la banyak mana Acik baca..
Tapi Al-Fatihah je la yang paling banyak.
Surah lain semua blurr.
Paling-paling tinggi pun baca,
"Yaasin, wal quranil hakim.."
Sampai situ je lancar.

Kederat G-Mie makin kuat.
Ustaz arahkan angkat G-Mie yang sedang menggelepar,
hantar ke padang asrama.
Lepaskan di situ beramai-ramai.
Kalau tak silap Acik, ada sorang lagi budak kelas Acik histeria.
Ellya Suraya namanya.

Masa angkat G-Mie tu, muka poyo tu mesti ada sekali.
Eksyen...sebab berani tolong orang histeria.

Dah letak G-Mie kat tengah padang, Acik berlari tolong yang lain pulak.
Wahh...Supergirl sudah mari..



Ada jugak yang berlari ke pagar sekolah.
Nak panjat pagar sebab nak lari ke arah kubur Kristian sebelah sekolah.
Perghh..yang ni yang Acik seram ni.
"Kau menggelepar sorang-sorang tak pe sebab aku tak tahu hantu tu kat mana.
Tapi kalau sampai lari nak arah ke kubur Kristian, seriau maa.."

Lepas lepaskan G-Mie dengan yang lain-lain tu kat padang,
Acik tengok ramai budak lelaki tunggu tepi padang.
(Termasuk la budak lelaki kelas Acik yang perasan macho tu)
Nak tengok rambut budak-budak perempuan yang histeria ni la.
Hampeh korang...Nama je budak sekolah agama,kan?

Petang tu,pelajar asrama disuruh balik rumah seminggu.
'Pagar' asrama dah runtuh.
Ustaz nak pasang 'pagar' semula.
Ada yang cakap, 'pagar' sekolah runtuh sebab ramai yang buka lagu-lagu
yang tak sepatutnya. Seludup bawak masuk walkman.

Bila tanya G-Mie, apa yang dia nampak masa dia histeria tu.
Dia cakap, masa dia tengah dengar Ustaz Alias mengajar,
tiba-tiba ada lembaga hitam kepala botak datang kat dia.
Lepas tu, tak ingat dah.

Start pada hari tu la, Acik makin penakut.
Tak boleh dengar langsung lagu yang iras-iras lagu hantu.

SEKIAN..



32 comments:

  1. CP masa tinggal kat hostel dulu kalau dengar student perempuan kena histeria, mesti kitaorang yang sampai dulu..bukan boleh tolong pun sebab ustaz tak bagi..tolong tengok ja hehe..bukan senang nak masuk aspuri time tu..

    ReplyDelete
  2. Pernah juga berlaku kejadian histeria ni masa sekolah menengah..pandai bejangkit..err, takotnya

    ReplyDelete
  3. Akak duli tinggal kat hostel akak la yg jadi hantu...hahahhaa...tp siyes bab hantu sampai skrg akak takut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuuu,,tu yang hantu suka...kita lagi hantu daripada hantu.

      Delete
  4. ingat lagi time zaman belajar dulu.. huhuhu memang takut laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. situasi tu yang menakutkan..seriau ni tak yah cerita la.

      Delete
  5. ayu pon takott antu gak acik
    tapi mase kecik suke sgt dengar cte2 antoo ni..
    sekolah adik ayu pon pernah kene jugak
    dok maen2 virtual ape tu tah..
    budak2 sorang2 kene

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...main seru-seru hantu tu,kan?takut la...Acik memang super penakut

      Delete
  6. Asrama Cik Mimie dulu pun pernah ada kes histeria ni..budak junior kena..yang seramnye..budak junior ni boleh dia letak kat bilik kita..kawan Cik Mimie dah takut giler dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa...tu lagi takut..dah confirm la hantu tu ada skali dalam bilik tu.

      Delete
  7. Histerialah yang akak paling cuak sampai la ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la kak...takut sangat kalau terjangkit kat kita

      Delete
  8. ok. bace cite ni waktu maghrib.ok terus nk klua nk klua. haha seram!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila keluar...cabar diri anda...(ayat mem'bakar' orang ni)

      Delete
  9. Alaaa..baca malam2..pastu dah 2 blog ni baca pasal seram2 ni..tadi baca kt blog maria..adehhhh..mau takut nak keluar bilik ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak keluar nanti, jangan pandang belakang, bawak side-mirror sekali..hikhikk

      Delete
  10. Dulu masa kecik saya penakut juga. bila dah bergelar "abah" ni takut dah hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan hilang sangat pun 'takut' tu...just nak control macho je tu..hahaha

      Delete
  11. Assalamualaikum kak watie.. saya tag untuk GA nih ya..

    http://izzeyda.blogspot.com/2014/10/giveaway-by-nazatupperware.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem..ehem...Acik Watie ye..hahahaa...kat wasap lain, kat FB lain..
      ok..TQ..nanti Acik join

      Delete
  12. Masa saya sekolah dulu pun ada ramai kena histeria.
    Mujur x jangkit kat saya.
    Eeeee...takut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut kita pulak ter'over' dari mereka pulak..

      Delete
  13. Haha. Sy pon suka menyibuk bila tgk kawan kena histeria :)
    Tapi sy pegang kata2 jangan takut sangat, jangan berani sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...jangan takut sangat, jangan berani sangat

      Delete
  14. Owh sekolah berasrama penuh la ni.. sekolah saya pun pernah kena.. tapi budak-budak asrama je la.. kita semua yang outsiders tumpang menyibuk tanya itu tanya ini xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asrama harian ni....sama macam sekolah awak ler...tapi ada jugak budak luar yang kena histeria ni

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...