Friday 17 October 2014

Tak WaSTekan MaSa La..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini Acik nak berkongsi sedikit
apa yang Acik dah cuba guna
iaitu Aplikasi WAZE.




Sebelum ni, bila kawan-kawan Acik cakap..
"Woi, bagi alamat rumah..Aku nak waze kejap"
Acik tak paham..apa maksud waze.
"Kau cakap je la ko nak google rumah aku."
"Bukan google la!!Aku nak waze"
Ahh...ikut kau la...
Asalkan kau sampai rumah aku.







Inilah antara yang ada.

Minggu lepas, Acik cuba guna Waze ini 
untuk ke Pantai Cahaya Bulan.
Set dari rumah nak ke sana.

Acik tahu jalan jauh je,
jadi Acik try la guna ni sensorang.
Letak kat riba, pastu ikut je la petunjuk yang di beri.

Acik ingatkan Waze ni guna jalan utama je,
rupanya Waze ni ikut jalan potong,
jalan kampung yang orang ramai tak lalu.







Ikut je apa omputih ni cakap.
Kalau suruh ambik simpang kanan,
kita pusing la.
Kalau kita tak pusing,
akan keluarkan Waze tu kaler merah.
Marah la konon..
tak ikut cakap dia.






Round about ni, omputih ni suruh masuk 
"second junction"
barulah Acik perasan selama ni
simpang ni ada 3 je simpang.





Inilah jalan 'short-cut' yang Waze ni tunjuk.
Entah mana-mana ntah jalannya.






Bila nampak bendera hitam putih tu,
rasa macam dalam perlumbaan kereta 'racing' pulak.
Maknanya penamatnya di situ.

*Buat malu je, orang Kelantan guna Waze dalam negeri.

22 comments:

  1. tapi x semua tempat waze ada. kadang2 bagi direction yg salah.
    da banyak kali terkena. frust jugak la

    waze boleh guna di bndr2 besar, kalau kmpg pekan kecil mmg kena hati2..
    nnt dibawanya kita nth ke mane..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye...sama jugak dengan benda tu (adoi..lupa pulak nama benda tu...ala yang orang guna untuk cari direction tu)...jalan yang orang tak lalu dia bagi. setakat ni, masih lagi membantu..bukan guna sepenuhnya pun...setakat nak tengok2 petanda2 yang ada di sepanjang jalan

      Delete
  2. hihi..anis pon baru2 nie nak pegi wedding kawan pun gune waze.. ikut jalan kampung corok mane tah.. pening..huhu.. tapi sampai jugak destinasi..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau memang zero pasal jalan tu, memang bahaya sikit la..tapi setakat yang Acik try ni, semuanya memang short cut daripada jalan yang selalu Acik lalu...saja try test

      Delete
  3. application ni baik dan membantu juga kan acik..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye...sangat membantu untuk Acik tahu short cut...

      Delete
  4. mmg sng guna waze if nak ke mana2..sgt berjasa :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik tak pernah lagi guna untuk perjalanan jarak jauh yang Acik tak tahu 100% jalannya...selama ni main redah je...

      Delete
  5. Kdg kat bandar besar pun tah mana hala waze ni bawa. Tension je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ayat 'tah mana hala" tu yang kelakar...

      Delete
  6. Penah guna, tapi untuk destinasi yang biasa jer.. destinasi yang tak familiar belum cuba lagi.. klu salah tunjuk jalan naya je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..Acik guna utk tempat yang biasa je..tu yang kadang-kadang muka Waze ni merah menyala sebab kita tak ikut cakap dia!

      Delete
  7. Saya dah upload apps ni tapi x gunakan pun sebab lebih selesa guna Google.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik pun gatal-gatal tangan je cuba ni..selalu ikut papan tanda je..

      Delete
  8. Nak juga download ni...macam menarik pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Download la...guna ke tak guna ke, belakang cerita

      Delete
  9. Tak semua ade jugak acik.. kadang2 da trlps smpang baru pasan suh masuk smpng tu... hehheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha...tu biasa...kena pulak pusing balik..nak tgk awak nanti, Acik guna waze la

      Delete
    2. Wahhh nk tgk ayu nanti... terharu sattt..... ok acik...

      Delete
  10. Tak pernah guna sebab tak pernah drive. Hehe

    ReplyDelete
  11. samalah macam cik budak kat atas,
    saya pun tak pernah guna..
    sebab tak pernah drive..
    mwahahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...