Sunday 26 October 2014

Mee KamPuNG Pek di KamPuNG PeK, MacHe.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Minggu lepas, Acik dan rakan sepejabat ke kedai makan
yang tersohor di sini iaitu Kedai Makan Mee Kampung Pek.

Ia terletak di Kampung Pek, Machang
di jalan Kota Bharu - Kuala Krai.





Kalau tak silap Acik, kedai ini banyak juga cawangannya.
Mana-mana yang korang jumpa kedai makan
Mee Kampung Pek, haa..ini la induknya..




Kedai makan ini dibuka lebih kurang
 jam 1.00 petang hingga malam. 

Apa yang bestnya di sini?
Tengok la nama kedai makan ni..
MEE KAMPUNG PEK.
jadi mee la yang glamournya.





Boleh pilih mee yang berkuah atau tidak.
Nak yang double special,
yang special dengan yang biasa.

Kami order 3 mee special yang berkuah.
Rupanya, kedai ni letakkan dalam 1 mangkuk besar.
Kami ambil sendiri nak banyak mana.




Ini CC Acik. Kak Za namanya.
Dia la yang ajak makan sini.
Bila dia ajak, maka dia la yang bayar.


Acik bagi mereka ambil dulu sebab menghormati orang tua lah konon.
Padahal nak ambil banyak.
Korang tak percaya,kan.
Acik memang makan banyak.




Mangkuk dah licin. Acik la yang habiskan.
Pinggan yang banyak kuah tu pun, Acik punya.




Sekolah ni betul-betul berhadapan dengan 
Kedai Makan Mee Kampung Pek.
Jadi bagi korang yang ke Kota Bharu melalui Gua Musang
seterusnya ke Kuala Krai, pastinya akan lalu di jalan ini.
Pandang kanan SMK Seri Intan,
pandang kiri Mee Kampung Pek.

Welcome To Kelate!!

SEKIAN....

14 comments:

  1. satu mangkuk tu habis . kebulur je gaye ^.^ hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam kebulur je...tapi tak...sedap la parihh

      Delete
  2. Acik, apa beza mee biasa, special n super.special?
    Asben saya ore Klate- Tanah Merah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee biasa, biasa-biasa je...yang special, ada udang sedang-sedang..double special ada udang besau..kalau balik sini, singgah la kat kedai asalmee kg.pek ni

      Delete
  3. kuah dia rasa camne kak? mcm kuah mee rebus pulak tgk nya.
    haah, apa beza mee biasa dgn special?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu la nak cakap macam mana rasanya..Mmm...rasanya sedap la. Acik tak cerewet bab makan..sume Acik bedal..tak tahu la orang lain yang biasa makan kat kedai

      Delete
  4. mee ape ni acik?? mee udang ea..?

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Biasa saja CP..Nak highlight owner asal bagi cawangan-cawangan Mee Kg.Pek ni..

      Delete
  6. ya ALLAH, temptingnya acik, saya tengok makanan tu... >.<

    dah lama x kena Kelantan. rasanya last masa dua pupu kawen campur raya sekali... lama sangat dah...

    ReplyDelete
  7. Oooo byknye makan acik...
    Heheheh jaoh nye sampai ke machang... kt kubang kerian pon ade jugak kan acik

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ada ek..jadi yang sini ni, emaknya la

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...