Tuesday 18 November 2014

RaiN RaiN Go AwaY...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semenjak dua menjak tiga menjak ni,
lepas demam baru-baru ni,
Acik slow sikit mengupdate blog.
Tak tahu kenapa..
Sebab sejuk agaknya.

Mungkin juga terpaksa berkejar dengan
hari-hari last di pejabat.
Nak berurusan dengan guru-guru di sekolah.
Maklumlah, jika dah start cuti sekolah,
cikgu-cikgu ni memang Acik tak jumpa dah..
Hingga lah ke tahun depan.

Bila urusan kewangan ni masih tak setel lagi,
jadi terpaksalah Acik mengejar mereka.
Nak tunggu mereka mengadap Acik, memang tak la.
Mereka sibuk dengan 'print-out' result peperiksaaan
yang sekarang ni semuanya online.




Sekarang ni, rata-rata pantai timur tengah mengalami
hujan sepanjang hari. 
Pagi-pagi nak pergi kerja, hadoiii....sejuk wey!!
Macam mandi air batu.
Rumah Acik tak ada water-heater.
Memang ketap bibir la mandi.
Sekali sehari je mandi.
Cukup la tu. Alhamdulillah badan kecik je.
Kurang berpeluh..

Memandu ke pejabat, 1 jam tu macam-macam perasaan ada.
Mengantuk tu tak payah cerita la.
Memang 'layan' je drive.
Lampu memang kena sentiasa nyala.
Perhatian tu 200%.
Jalan licin, pemandangan terhad.
Tu yang badan jadi bertambah letih.
Ingat memandu tak letih ke?
Jangan main-main...fokus lebih tu yang buat mata mengantuk.





Rumah Acik ni, asal hujan je, penuh la rumah.
Segala jenis besen keluar.
Daripada anak besen sampailah ke bapak besen.
Beratur sepanjang jalan.

Ruang tamu pulak penuh dengan pakaian.
Nak sidai kat luar, alamat tak kering la.
Jadi sidai dalam rumah je.
Tak nak hapak?? Guna jenama 'Haiyaaa...'..
(Tetiba terbaik hati nak promote)




Jadi, bila dah hujan ni, cuti banyak mana pun, tak guna jugak.
Tak boleh nak ke mana.
Nak keluar Kelantan, takut keluar boleh,
nak masuk Kota Bharu semula tak lepas.

Pergi kerja balik kerja la nampaknya.
Sepanjang perjalanan Acik ke pejabat,
memang tak de langsung tempat yang dinaiki air.
Kalau ada tempat naik air, ada can jugak la
kerja dekat-dekat dengan rumah.
Lapor diri di sekolah yang berdekatan dengan rumah.







Oklah...berhenti la membebel Acik Watie oii...
Tak reti berhenti pulak macam hujan ni.
Jangan main hujan...nanti demam.
Jangan berendam dalam banjir...nanti hanyut.

Kepada blogger-blogger yang bekerja sebagai guru,
SELAMAT BERCUTI YE..

SEKIAN...





37 comments:

  1. Betul kalau hujan sejuk sungguh.. nak mandi pun sejuk sesangat.. harap2 tak banjir laa yaa.. risau plak musim tengkujuh nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah tempat Acik tak naik air..cuma longkang-longkang je la banyak yang tersumbat. Alhamdulillah...nak habis sekolah dah ni...kurang sikit la risau anak-anak ke sekolah

      Delete
  2. sini pun sejuk gak. mandi pun sekali sehari ja. harapnya tak banjir la kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuk....nak masak air panas, tak rajin...insya Allah tak banjir kawasan Acik..tempat lain, ada potensi..

      Delete
  3. Kt kl pun hujan acik..kt klntn mmg musim. Mg tiada betlaku banjir di sana. Mil ada di kb. Tmpt tu pun mmg selalu banjir.

    ReplyDelete
  4. sekarang musim hujan kan.. jadi, nak kemana-mana payah sikit..
    Mama Niza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah sikit. Acik jarang pakai payung...ladies sangat nampaknya...selalu lari je..tu yang jadi susah sikit nak bergerak

      Delete
  5. hati2 ye kak . nasib saya tengah cuti lagi ni . kalau tak taj tau la mcam mana prgi kolej

    ReplyDelete
  6. Hehe.. mandi sekali sehari.. der org kata petua awek muda. Hahaha. Ntah betul ntah idak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awet muda ke??Hmm..kena kekalkan mandi sekali sehari ni..

      Delete
  7. Skrng ni dah masuk musim hujan.. sejuk je. Seronok juga utk bermalas2an waktu cuaca sejuk berbanding keadaan masa musim panas terik dulu hehee. Harap2 musim hujan kali ni tak sampai membawa bencana spt banjir teruk & sbgnya. Tp mmg betul.. bab nk mandi tu uhhh... sejukkk.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok bermalasan ni KK...ndak2 pulak, nak makan, siap semua...tak payah cari..

      Delete
  8. skrg musim hujan dah kan.. banyak dah kawasan yang naik air.. huhu..

    air pun macam air ais da.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...air macam ais...badan jadi kebas je mandi pagi2

      Delete
  9. Jelesssss.. cikgu cuti dah.. selamat bercuti walaupun post ni panjang tapi tersenyum saya baca.. best layan blog ni memalam..

    Salam perkenalan Saya Aula penulis di blog aulawrites.blogspot.com, semoga Watie akan dapat sedikit ilmu dari perkongsian saya di blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih menyinggah di blog Acik...Acik ni memang suka mengarut-ngarut..jadi la panjang berjela. Insya Allah, Acik akan jenguk ke sana

      Delete
  10. Mesti banyak kerja nak kena settle sebelum cuti kan, Acik.
    Jangan lupa rehat cukup2 ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak keje kak...cikgu dengan hal mereka, kita pulak nak kejar mereka...

      Delete
  11. Bunda baru dengar berita tv pagi tadi ..dah ada sesetengah tempat dah naik air/banjir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...belakang rumah Acik dah naik air dah Bunda..

      Delete
  12. saya suka hujan!! sejuk!! boleh hibernate.. ekeke. harap2nya tak banjir teruk lah yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alangkah seronoknya kalau dapat hibernate tu...

      Delete
  13. patut sunyi... sobbb....

    rest well.. eat well Acik..

    ReplyDelete
  14. Kat Seremban pun sejuuuukkk sangat pepagi kalau nak mandi memang nak cepat2 je.
    Sejuk ke tulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kurus macam kita ni memang sejuk sampai tulang

      Delete
  15. sini dah x hujan acik.... sini start panas terik. nak buka mata pun susah. sobs T___T saya suka hujan. hujan bawa rahmat...

    saya ingatkan acik cakap pasal rain penyanyi tu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la Amy J...masa mula2 dapat idea nak tulis pasal rain, ada terlintasgak nak cite pasal Rain tu..tapi terlupa

      Delete
  16. Hehe. Moga acik sabar tempuh hujan tu.
    Sy x bcuti..sob3
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  17. amboi kak jimat sungguh air mandi sekali je sehari. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejukkkkk la HSB...Mama Myja cakap Awek muda..

      Delete
  18. Tp skg ni on off je hujan acik.. badan pon nk demam sbb cuaca xtentu.. kejjap panas kejap hujan... kadang2 mandi berkali2 kadang2 mmg mandi skli je.. berketar2 badan.. hhehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...