Thursday 20 November 2014

CuTi SeKoLah....SeNang HaTi AtaU SusaH Hati??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kejap je kan dah hujung tahun?
Rasa macam baru je masuk tahun 2014.
Terkelip-kelip mata Acik memandang,
cikgu-cikgu di sekolah ni,
ke hulu ke hilir, serahkan macam-macam buku,
macam-macam kunci di pejabat.






Ramai yang cakap, cuti sekolah pun kerja jugak ke?
Kami kerja pejabat di sekolah, bukannya kerja dengan anak murid.
Sekolah je yang tutup, pejabat bukak.
Kalau time cuti sekolah, kami pun cuti jugak,
seronok sangat...melampau-lampau seronoknya.






Bagi ibu kepada anak remaja, Acik sangat susah hati
bila tiba time cuti sekolah ni.
Maklumlah...macam-macam sangat aktiviti
dalam kepala mereka.
Semua dah dirancang..Lainlah dulu,
masa kecik, Acik rancang masuk program tu,
program ni..Mereka ikut je.

Bangun tidur entah pukul berapa.
Bangun awal pun bersebab.
Jogging la, nak ke sana la, ke sini la..
Paling tak best, anak-anak tak tengok buku langsung.






Jadi, tahun ini, mama Acik dah rancang nak hantar
anak-anak remaja Acik ni ke sekolah pondok.
Biar terisi sikit ilmu agama.
Ni tidak...asyik nak berseronok je.
Kalau mereka ikut bapak mereka bercuti,
sembahyang entah ke mana.
Susah sangat nak lekat sembahyang
bila tak ada penekanan daripada orang tua.

Jadi, rancanglah aktiviti untuk anak-anak
supaya masa mereka tak terbuang begitu saja.
Kalau nak hantar ke kampung tu,
pantau juga la...
Lagi satu, hujan-hujan ni,
jangan leka...kang kok berendam macam buaya pulak.

Selamat berholiday la ye kengkawan.
Acik ada je kat pejabat sekolah ni..
Kerja...Cuti tahunan tak banyak dah..
Tinggal 4 hari jer...
Sob..sob...
Lagipun nak ke mana?
Dah tinggal dengan orang tua,kan..
Bercucuk tanam je la  kat sini.

SEKIAN....

32 comments:

  1. Akak suka sebab jalan tak sesak macam selalu gi kerja
    Anak-anak dpt berkumpul sebab along balik dari asrama :)
    Akak tak suka.....anak tanya ummi kita nak pergi mana cuti ni????
    Ummmi....huaaaaa....ummi kerje tak cuti anak tunggu ummi cuti dulu ya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. huaaaa......anak cuti, kita tak cuti...kejap-kejap tepon..

      Delete
  2. bagus idea hantar ke sekolah pondok tu. nanti bila anak sy dah remaja, nak hantar mereka ke sek pondok juga la time cuti sekolah, selain belajar agama, belajar berdikari juga :)

    jemput join > http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini senang sikit nak cari sekolah pondok,kak...

      Delete
  3. alhamdulillah.. semoga depa dpt sesuati dari cuti sekolah kali ni...

    ReplyDelete
  4. Sy xrse cuti ponn..huhuhuhu..exam spm smpai bln 12. Tanda kertas mula bln 12. T^T
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Susah hati jugak sebab tak rasa macam kerja pulak bila jalan lengang..

      Delete
  6. hehehe lepas nih jalan pun lengang jer.. itulah, anak2 pun ada tanya nak ke mana cuti sekolah nih.. tak rancang apapun, mungkin plan last minute agaknya.. kesian juga bila tak bawa anak ke mana2.. biar laa diaorang bergembira skit cuti sekolah nih..bagus perancangan kak watie untuk anak2, semoga mereka menjadi anak yang lebih baik dari segi ilmu agama dari sebelumnya..

    ReplyDelete
  7. memang best bila sekolah cuti sebab hujung tahun macam ni tempahan banyak masyuk..maklumlah, macam2 majlis ada.kenduri kawen, betunang, khatan dan macam2 lagi..tapi betul la cakap acik, cuti sekolah kena ada pengisian masa yang berguna buat anak2 yg cuti ni..x la buang masa buat x berfaedah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Wana...macam-macam order masuk...antara nak terima atau tidak je

      Delete
  8. semoga cuti sekolah pelajar2 tu semua diisi dengan aktiviti yg berfaedah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah...kena ada pemantauan sikit la

      Delete
  9. bagus juga hantar sekolah pondok. mamamyja next week nak bawa anak2 g klcc. tengok replica dinasor. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik nak berjalan-jalan, susah sikit dah sekarang...Anak-anak ada 2 generasi...

      Delete
  10. bila anak dah besar, lain pula ragamnya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la masalahnya....kecik, senang sikit handle...dah besar, lain pulak kesnya

      Delete
  11. cuti sekolah mestilah best. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak sekolah, best la...mak bapak budak, susah hati....musim duit keluar macam air..bercuti, beli kelengkapan sekolah...pastu masuk sekolah

      Delete
  12. cuti skolah plajar sekolah . tapi plajar kolej kelas dah mula masa cuti skolah . sedihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu bapa la sedih...nak pergi bercuti dengan family, tak kena masa

      Delete
  13. Cuti sekolah best sbb jln x jem dgn harapan daddy boleh blk cepat smp umah dr kerja. Ank kecik 3 org mmg letih la jg dr pg smp mlm. Daddy blk pas button pulak kt daddy. Yg sulong asyik ty bila nk p pantai...daddy sibuk bekerja...x tau la bila boleh nk p nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena beli kolam plastik la nampaknya....main air sampai puas,,tapi budak-budak bukan tahu semua tu...dia tahu, apa yang dia nak, dapat.

      Delete
  14. Bercucuk tanam apa tu,Acik?
    Rajin nye.
    Saya ni risau juga memikirkan keadaan anak bila makin besar nanti.
    Dengan kes buli lah...macam-macam sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cabut rumput, tanam bunga la tiap2 hujung minggu..kalau dulu, asal hujung minggu je, drive balik kampung..sekarang tidak lagi...selamat menempuhi cabaran anak2 remaja pulak.Pandai sangat pun risau..tak pandai pun risau..

      Delete
  15. bagus cadangan mama akak tu. moga ada ilmu agama dalam diri anak2, inshaAllah bahagia dunia akhirat. peranan ibu bapa jugak penting sebab time ni nak didik dan luang masa dgn anak2.
    sekian, dari orang bujang. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam pidato diraja pulak...tahun-tahun lepas ada jugak offer masuk pondok.tahun ni tak ada pulak...baru je nak hantar...mungkin lambat sikit kot tahun ni

      Delete
  16. Huhuhu da start cuti da... mmg penuh lah KB musim2 cmni kan acik.. heheheh xsbrnye nak abia pantang.. nak merase bercuti jugak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...