Friday 8 November 2019

PILIHAN YANG BUAT ORANG MARAH

Saya mulakan dengan Cuti Tanpa Gaji mulai 1.9.2018 hingga 30.05.2019. 9 bulan lamanya. Dengan harapan, mulai 1.6.2019, saya boleh terus bersara pilihan.

Tapi saya tak sempat nak isi borang bersara awal dek rakan sekerja beritahu kena pergi ke KWSP dan sebagainya. Dalam hati ni, "Aku bukan ada pape urusan pun dengan KWSP. Pinjaman perumahan tak de, pinjaman kerajaan yang lain pun tak de. Kenapa nak kena pi mengadap pulak?"


Niat nak bersara pilihan tahun 2019 pada umur 40 tahun diteruskan juga. Isi borang, turun naik Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, pujuk pegawai yang menguruskan borang, paling awal boleh bersara pada 1.8.2019. Submit borang ke Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Pencen. Selesai..

Yang buat permohonan saya mudah bila saya tidak terikat dengan pinjaman kerajaan. Maka mudah la sikit urusannya.

Jadi, pada 1.6.2019 terpaksa la masuk bekerja 2 bulan sehingga 31.7.2019. Hallahaiii....gaji pun tak sempat masuk payroll. Geram je member yang buat gaji saya. Haha..Sorry

1.8.2003 mula berkhidmat
1.8.2019 tamat berkhidmat

bersambung....

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...