Wednesday, 15 April 2015

SukaN ZaMaN SeKoLAh

Tiap kali ambik anak Acik, Intan, pasti mata tak lepas dari tengok sukan MSSK yang sedang berlangsung sekarang.

Sukan yang pernah Acik gilai dan cintai. Lumba lari dan acara padang. Acik lebih suka lumba lari jarak jauh daripada jarak dekat. Penat tau nak press tenaga sehabis mungkin kalau jarak dekat ni. Rasa macam darah nak terpancut keluar dari kepala.

Kalau jarak jauh ni, boleh la ambik masa dulu..pastu dah nak dekat tamat, baru langkah panjang-panjang. Jarak antara peserta pun boleh la nampak jauh sikit.




Acara yang orang paling suka tengok, semestinya acara speeding...100m, 200m, 4x100m & 4x200m..Acik slalu dapat jadi peserta ke-3..tak suka jadi yang pertama sebabnya takut terperanjat...kalau pelepas guna pistol..adoi...maunya asyik batal ye.

Tak suka jugak jadi pelari akhir sebab kena speeding habis-habisan..Takut kalau last, OranG marah...nak-nak pulak, kalau orang potong kita nak dekat dengan garisan penamat..Sakit hati!!

Jadi pelari no.3, boleh bantu team..potong atau dipotong...jadi pelari ke 4 boleh catch up. Rindunya zaman aktif sukan...Sekarang ni rasa macam nak speeding jugak tapi nak speeding kat mana?Nak lari atas track jugak...macam dulu-dulu.




Sekarang, angah je la yang menurun Acik.. masuk acara padang..Boleh la jugak tumpang sorak..jerit kuat-kuat..heheheee...

Rindu nak ke sekolah semula la..Jom...

Sunday, 5 April 2015

ToLoNg SaYa..

Acik dalam proses mengesan nama-nama penerima hadiah dalam hangout...skali, Acik baru perasan yang hangout Acik yang satu ni tak berbalas..




Mintak tolong ye, sesiapa yang boleh beritahu kat Tunsha ni ye..

Terima kasih banyak-banyak.

Saturday, 4 April 2015

Hmmm...Tak TaHu Nak CakaP

2-4 April 2015, ada festival islamik di Kelantan Trade Centre..Lengang je manusia yang berkunjung. Acik singgah sebentar lepas hantar Angah ke pemilihan MENCARI RAMLI.




Kebetulan ada tazkirah dari imam muda Asyraf..Nak menitik air mata bila lihat penonton yang duduk dengar apa yang imam muda Asyraf perkatakan. Acik pulak masa tu memang bawak Nana dengan Waie..maka, dah nampak sibuk benar bila yang ni nak belon, yang tu nak bangun.




Nak kata lengangnya orang, kalau Acik pergi ke tempat imam muda Asyraf tu, memang tak de halangan langsung la. Bayangkan kalau kita tengah bercakap, ada segelintir je yang nak dengar.




Nana macam biasa la..dengan baju kurungnya. Ibu pulak yang berjeans bagai. Kalau Acik tak bawak budak berdua ni, memang Acik stay sampai imam muda Asyraf habis bercakap..tanda sokongan pada dia yang datang dari jauh. Tapi bila dah bawak yang berdua ni, terpaksa bangun jugak dari tempat duduk..mereka tak sabar nak grab belon.




Orang tak ramai, boleh la dapat belon sorang 3..malah boleh lebih lagi..tapi sebab tak muat tangan, cukup la tu.

Berbanding ada satu festival hari ni...di salah sebuah hotel..Orang ramai..bersesak-sesak..




Hmm..no komen..tak tahu nak cakap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...