Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah...akhirnya dapat juga menaip dengan lajunya,
dengan pantasnya dan dengan poyonya
di dalam blog sendiri
setelah hampir sebulan
Acik dok terkial-kial menaip,
menekan button kat telefon cerdik
yang tak berapa cerdik sangat
sebab tak dapat baca hati Acik,
apa nak tulis dalam blog.
Kita tekan lain, keluar lain.
Rindunya Acik nak berbual dengan korang semua.
Mesti banyak cerita yang Acik terlepas.
Nak beli laptop lain, tak mampu.
Nak repair laptop yang rosak, kena tunggu duit berlebih
yang setakat ni tak ada yang berlebih.
Kali ni Acik tekad, pinjam laptop pejabat,
bawak balik..nak buat akaun yang tak tutup lagi.
Sepatutnya tutup dah hujung tahun lepas.
Bayangkan, tempat Acik kerja, masih lagi tak ada liputan internet
bila Tanah Merah masih lagi slow.
Buka internet, loading-loading, mati..
Loading-loading mati.
Ni pun Acik tak tahu nak hapuskan data (history) kat mana.
Puas la menjawab dengan CC Acik esok ni.
Tak pe la...asalkan Acik boleh update blog.
dan cuba jenguk semuanya malam ni.
Pada yang dah terlepas birthday tu, Acik wish Happy Birthday.
Nanti Acik send hadiah ye.
Poslaju pun tak berapa nak laju ni.
Van baru nak kering..Jalan pun berdebu lagi.
Tu yang tak berapa nak sampai sangat surat menyurat di sini.
Camne pulak dengan niat nak tutup akaun malam ni?
Ahh...mana ada diaorang nak bayar overtime,kan..
So kita enjoy!!
Hahahaaa....saya suka..saya suka..
SEKIAN..
