Saturday 28 June 2014

KB 2 KB (PART II)


(Kuala Pilah - Gemencheh- Bangsar - Shah Alam - Melaka)

Saya mulakan perjalanan saya hari ni, 06.06.2014, Jumaat, jam 11 pagi..
Laparnya...Kita dah biasa makan nasi pagi-pagi..Tu sebab keluar lewat sikit.
Nak carik nasi terus..(Padahal mengantuk semalam tak habis lagi)

'Check-out'

Berurusan dulu di pejabat 'Y'. Anak-anak tunggu kat kereta..kejap je..
Lepas tu, target kami...
MAKAN NASIK!!Yeaaaa!!!

Dah makan, singgah rumah mak mertua
di Kampung Tengah, Tanjong Ipoh, Kuala Pilah..
Lepak situ kejap sampai orang habis sembahyang Jumaat..
Perjalanan kami jauh lagi..terpaksa 'cut-cut' masa asalkan jenguk..
Ok la tu daripada tak jenguk lagi..Ntah bila dapat jumpa lagi..
Babai mak dan 'pakwe lama'

Saya ke Gemencheh, hantar sekotak 'oat' yang mama kirim pada 
Fikri (adik lelaki tunggal merangkap adik bongsu)
Dah hantar bekalan, ajak dia sekali ikut kami.
(Bukan boleh drive pun di Fikri ni.)

Dari Gemencheh, terus ke KL..nak anta ACAR IKAN MASIN ke kawan lama.
Nak naik highway, lalu ikut Alor Gajah..
Bapak jauhnya..
Saya selalu lupa yang
MELAKA TU LAGI BAWAH DARIPADA NEGERI SEMBILAN
jadinya saya ke KL ni, menambahkan lagi jarak kilometer.
Untung PLUS..

Nak jumpa kawan, kawan suh tunggu di Petronas Pantai Dalam..
(ye ke tak Pantai Dalam tapi yang saya ingat nama tempat tu ada 'Kampung' dan 'Dalam')
Dia terus bawa kami ke tempat dia bekerja di Bangsar.
Berehat sebentar sebelum saya pass acar..
ACAR IKAN MASIN TALANG 5 BOTOL
ACAR IKAN MASIN KURAU 5 BOTOL
Terima kasih ye Ayin...
Alin..tunggu Ayin pass kat awak ye..



Borak-borak, tanya Ayin, dekat-dekat sini, ada apa? Sesuai untuk Nana dan Waie..
Memandangkan dah nak dekat malam, Ayin cadangkan ke KLCC.
Dia cakap ada taman permainan..banyak benda boleh main.
Aduhh Ayin..U know tak yang I ni datang dari Kota Bharu Kelate?
Bukan dari Kuala Kubu Baru.
Tanya jalan ke i-City.
Peta punya peta, akhirnya sampai jugak saya ke sana..


Sepanjang perjalanan ke i-City, badan dah mula lemah. Jalan jammed.
Tapi semangat nak bawak anak-anak ke i-City tu lebih lagi.
Ya Allah...akhirnya sampai juga saya di sini.

'trade-mark' i-City - pokok lampu


berbincang nak pegi mana lagi


Di sini pilihan kami












Jam 11 malam, kami bergerak ke Melaka. Tidur rumah adik (Juliana).
Mata memang dah tak larat sangat. 
Perjalanan ke Melaka tak dapat nak budget berapa jam.
Main redah je janji matlamat ke rumah Ana, kesampaian.
Nak pass barang-barang Ana yang mama kirim tu.


Atas highway, jalan jammed. Ada accident agaknya. 
Saya memang dah lembik habis.
Saya pilih untuk berhenti berehat di RnR (masih area Selangor)
Along, angah dan Fikri jadi penjaga kereta.
Saya tidur dalam kereta dengan Waie di pangkuan - menyusu.




Dapat tidur sekejap, gerak semula ke Melaka. Kepala ingat nak tidur je. 
Sebelum sampai Melaka, 2 kali lagi saya tidur di RnR.
Last skali, susur keluar di Ayer Keroh, saya tidur lagi.
Sampai la jam 5.15 pagi..Haa...puas hati.
Asalkan sampai Melaka.


ALHAMDULILLAH...SEMUANYA SELAMAT.

*peta - ungkapan orang terengganu yang menggambarkan pelan.
(contoh ayat : cer mung peta gok, mane ghumoh mek Tie tu)




1 comment:

  1. Assalam sis watie,
    wooooooooooooooo
    ni la dikatakan woman power gitew kan3

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...