Monday 1 September 2014

DIBUNUH KERANA KUAT MENANGIS

Anak meragam...
Inilah kes yang paling mencabar kesabaran.
Nak-nak pulak yang jenis menggelepar.
Pujuk-pujuk tak jalan jugak.
Yang itu memang ketap bibir la.


Semalam, kes rangka budak umur 2 tahun ditemui di belakang rumah sewa.
Difahamkan, budak ini dibunuh kerana kuat menangis
dalam erti kata lain, meragam la ni.

Memang betul, kalau anak tengah meragam,
susah sangat nak sabar.
Lebih-lebih lagi kalau yang jenis tak pandai cakap ni.
Kalau pandai cakap sikit-sikit pun, susah nak bagi mereka reda.
Apa yang mereka cakap tu, takkan jelas dan tak sama dengan apa yang dia nak.


Huii...yang pesen terjerit meraung-raung ni la yang tak tahan.

Ini la yang Acik tengah hadapi sekarang.
Waie sedang dalam fasa meragam.
Sikit-sikit nak mengamuk.
Dia cakap apa pun kita tak faham.
Bila kita sebut balik apa yang dia cakap,
dia menggelepar.
Apa nak menggeleparnya..
kita cakap benda lain dari yang dia cakap.
Puas la keluar segala jenis kamus bahasa dia.

Bila semua kamus dah keluar, bahasa tak jugak kena dengan peel dia tu,
last sekali, prapp sikit kat peha.
Meraung memang kuat la dari tadi.
Tapi cepat sikit senyapnya.

Mungkin Waie dalam fasa nak masuk 2 tahun kot.
Orang kata beralih tahun.

Apa benda la tulisan kecik kaler hijau ni tulis ni? 
Acik tak nampak!

Tapi jangan la sampai membunuh.
SAYANGILAH ANAK ANDA.

4 comments:

  1. Sabar ye..
    p/s: kenapa sanggup membunuh tu.. Ros belum baca berita tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tu bunuh sebab budak tu asyik menangis je. Serabut kepala otak dia kot

      Delete
  2. Kesiannya dibunuh budak tu. Hehe.. apa pun kna sabar dalam melayan kerenah anak. Azan xpon ayat kursi. Insyaallah berhenti nanges..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...