Tuesday 23 December 2014

TerKiLaN DeNgan KepUtUSan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti semua orang tahu, semalam adalah hari pengumuman keputusan PT3..Anak Acik si Angah pun sama-sama join ambik result asal pagi.




Acik tak mengharapkan keputusannya Boom macam Along..memandangkan si Angah ni tak nampak langsung studynya..

Acik rasa la, kalau zaman Acik umur 15 tahun dulu ada PT3, mungkin lagi teruk sebabnya tak rasa langsung suasana peperiksaan. Belajar sepanjang tahun, buat kerja khusus itu ini, pastu hujung tahun, dapat result. Adoii...confirm Acik lagi banyak F daripada Angah.



Tak ramai pun yang dapat banyak A..yang 7A pun ada juga D..

Result untuk seluruh Malaysia pun macam suram je..Betul la ini percubaan pertama...tapi yang jadi mangsa, budak-budak ni la.. Acik tak risau sangat kat budak-budak yang 'rajin' macam Angah ni..tapi Acik risau pada semangat budak-budak yang cerdik-cerdik ni.

Walaupun Angah ni dapat 1A je, dia rileks je..harapnya dia tak perasan sesuatu yang Acik sangat perasan...TAK ADA SORANG PUN YANG CALL DIA, TANYA RESULT DIA..TERMASUK AYAHNYA!!

"Ya Allah..Kau tutuplah cela itu agar Angah tidak terasa hati.."

Kalau Along ambik result, kejap-kejap ayah dia call, pastu nenek pulak call, pastu makcik pulak call...hallamak...sedih pulak..



Dia ada bahagian dia....Sukan...



Dan Along ada bahagian dia...Cerdik..

Alhamdulillah....

SEKIAN..

23 comments:

  1. Tahniah buat angah kerana berjaya juga mengharungi PT3. Seorang ibu mesti tahu apa kelebihan dan kekurangan anak-anaknya. xper cuba struggle on SPM pula. Doa dari ibu tu penting.

    ReplyDelete
  2. Sabar la ye acik...angah tu nanti suatu hari jadi anak yg berguna dan memberi manfaat. Peranan acik...beri dia semangat utk terus maju ke depan.

    Psl giveaway tu..nnti aku msukkan slot utk acik..dont worry.

    ReplyDelete
  3. Sabar ya Achik, setiap anak punyai kelebihan dan kekurangannya, ia memang tak sama

    ReplyDelete
  4. tak apa setiap orang allah dah bagi kelebihan masing masing :)

    ReplyDelete
  5. takpa, yang penting spm dll. it's not the end of the world bak kata omputih. hehe

    ReplyDelete
  6. yang penting acik tetap support diaorang tanpa mengeluh. yeahh strong woman ! :D

    ReplyDelete
  7. anak kedua memang gini kot layanannya.. huhu.. saya pun anak kedua,, dedolu amsa sekolah, kalo peksa besor2 gini sape pun tak heran saya dapat apa dan berapa.. redho dan sabo jelah.. in shaa Allah, setiap anak ada rezekiNya.. dia akan cemerlang satu hari nanti,, :))

    ReplyDelete
  8. assalamualaikom...saya blogger masih baru... masa free nanti bleh singgah blog saya...atau ajar mna2 yang kurang terima kasih http://arenep93.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Setiap anak anak ada kelebihan masing masing. Kita sebagai ibu bapa dan masyarakat tak boleh nak beza bezakan manusia. Tapi..itulah manusia kan. suka beza beza kan orang. PT3 ni memang susah dan sangat berbeza dari PMR. Patutlah ada Prof kata PT3 ni kelam kabut punya peperiksaan.

    ReplyDelete
  10. Ya setiap anak ada kelebihan masing2.. kita mmg perlu kenali potensi mereka & beri galakan sebaiknya apa yg mereka rasakan baik dgn bimbingan sewajarnya.. Apa pun, tahniah buat Angah, saya yakin beliau akan berjaya dlm kerjaya & kehidupannya... aamiin.

    ReplyDelete
  11. mmg lumrah dalam satu2 keluarga itu ada yg naik ada yg turun. ada yg terlebih perhatian, ada yg terkurang. pasti ada walaupun ibu bapa itu x terniat begitu.

    semoga Allah oegang hati2 mereka.

    hmmm... btw patutlah mcm ada yg kurg bila nak bw. rupanya blog AW tercicir dr bloglist sbb hari tu terpadam bloglist T-T

    terus sukses ya ^

    ReplyDelete
  12. Teruskan usaha untuk SPM..tiada yang kurang selagi kita mahu berusaha untuk berjaya..

    ReplyDelete
  13. setiap anak ada keistimewaan masing, jgn compare, tapi raikan kelebihan anak2. good job acik sbb faham anak.

    ReplyDelete
  14. Tahniah buat Angah..yg penting SPM nanti buat yang terbaik ye Angah :)

    ReplyDelete
  15. Tahniah buat Angah, walaupun result dia sederhana jer.. apapun kak watie jangan sedih2, angah ada keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri.. SPM masih ada, nanti klau boleh kak watie cuba ikut minat dia.. cuba dedahkan dia ke arah minat dia.. In shaa Allah dia juga boleh berjaya.. tak semesti akademik kurang baik, kehidupannya pun sama..

    ReplyDelete
  16. betul kak, memang susah sgt PT3. Tapi, ni boleh dijadikan iktibar. Sistem dlu senang je nak A, sistem sekrang mmg susah..

    ReplyDelete
  17. betol. adik ana pon PT3. mmg kesian diorang jd tikus putih. hurmm.
    xpelah moga2 angah tabah je. yg pntg, acik tetap syg angah & along & yg lain.

    ReplyDelete
  18. Rezeki setiap anak lelain Acik.. tak pe lah.. sekarang bukan rezeki dia.. esok lusa tak tahu lagi... lagi pun, ni kan first try... mesti ada koyak2 sikit...

    ReplyDelete
  19. Assalam acik,
    hokeyh iols sedeh & tumpang sakit ati
    pa pun angah untung ada acik
    alhamdulillah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...