Friday 13 February 2015

TGNA DaLaM INgaTaN

Untuk catatan Acik sahaja ni..tak baca pun x pe sebab ramai dah update di blog dan wasap.













Ini antara sebab paling kukuh, Acik nak update di sini..

Catatan hiba seorg sahabat

12.2.2015: Sebaik shj menerima berita kematian TGNA pd jam 9.40 mlm, sya terus bertolak ke Pulau Melaka utk bersama2 rakan2 lain menziarahi Allahyarham TG. Perjalanan biasa selama 20 minit dri rumah scya ke P.Melaka mengambil masa hampir sejam kerana jalan sesak dgn ribuan ramai yg dtg utk ziarah TG. Sesampai shj di rumah TG, ribuan hadirin sdg menungu giliran utk masuk ke rumah. Sya mengambil keputusan utk menunggu dlm masjid bersebelahan rumah TG bgi memberikan peluang kpd org lain menziarahi TG. Hampir jam 3 pgi apabila hadirin agak kurang sedikit, barulah sya masuk ke rumah utk melihat wajah TG buat kali terakhir. Jam 3 pgi sya kembali semula ke masjid utk melelapkan mata sementara menunggu waktu Subuh. Ternyata sya tak dpt tidur walaupun sya memaksa & memejamkan mata. Dlm fikiran sya tidk henti2 terbayang wajah TG yg disayangi. Hinggalah jam 5 pagi sya bangun utk bersama2 hadirin yg lain yg sdg solat & baca Quran sementara menunggu solat Subuh. Setiap ruang solat dlm Masjid TG dipenuhi oleh orang ramai. Waktu skrg hampir jam 6 pgi. Kami seperti menunggu-nunggu TG utk muncul dari pintu kecil brsebelahan rumahnya utk solat bersama. Tiba2 shj sya menjadi sebak. Air mata yg sya tahan dari awal malam tidak dpt dibendung lgi. Ia mengalir dgn deras. Tak mampu lgi sya menahannya. Sya tahu TG sudah tiada. Tapi sya seperti terbayang2 kelibatnya berjalan dgn penuh lembut & sopan melangkah masuk ke masjid utk mengimami solat Subuh berjemaah, sebagaimana hari2 biasa. Air mata sya mengalir semakin deras. Azan Subuh pula dialunkan begitu mendayu-dayu, sesekali tersekat2 spt menahan sebak. Alunannya begitu menusuk ke hati, menambahkan lagi sebak di dada. Kedengaran hadirin lain teresak2 dalam alunan azan Subuh... Mereka jg merasa spt saya, merasa kehilangan dan kerinduan pda TG. Kerana selepas ini tiada lagi TG yg akan menjadi imam solat, tiada lagi TG yg dgn penuh sabar tanpa jemu menyampaikan ilmu2 agama, tiada lgi TG yg merupakan seorang ulama yg tegas dlm memperjuangkan Islam di bumi tercinta ini. Bila iqamah dialunkan, kelihatan adik TG iaitu Ust. Nik Radzi masuk bgi mengimami solat Subuh. Kelibatnya saling tak tumpah spt TGNA & suaranya ketika membaca ayat2 suci al-Quran hampir menyerupai suara TG. Sya & hadirin lain menjadi semakin sebak & hiba.. sekali sekala kedengaran esakan drp ahli jemaah semasa solat Subuh pgi Jumaat yg mulia. Kita kehilangan TG... dan kita akan rindu pda TG yg disayangi...

CoPY & PASTE...KERANA IA BENAR-BENAR MENYENTUH HATI ACIK..Hentikan fitnah..jom berubah..dunia dah akhir zaman.

21 comments:

  1. Tersentuh wana baca catatan tu..semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang soleh..amin

    ReplyDelete
  2. Sebak dan tersentuh hati ni..perginya tiada pengganti...semoga rohnya sentiasa didalam rahmat-Nya..al fatihah TGNA

    ReplyDelete
  3. sebak ayu bace ni acik..
    ayu pon dpt bayangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...sedihnya bila asyik teringat kelibat orang yang paling kita sayang

      Delete
  4. Assalam acik,
    Al Fatihah
    Ya Allah sedihnya

    ReplyDelete
  5. Hilanglah permata negara yg tidak boleh diganti. Innalillah....al fatihah utk allahyarham TGNA.

    ReplyDelete
  6. Innalillahi wainnalillahi rojiun.. tersentuh hati baca catatan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik kongsi di sini sebab Acik tersentuh sangat dengan coretan ni

      Delete
  7. Innalillahi wainnalillahi rojiun. Hilanglah permata negara yg tidak boleh diganti. Al Fatihah

    ReplyDelete
  8. Walaupun tak pernah bersua, saya pun turut merasai kehilangannya. Moga ditempatkan dikalangan para soleh dan solihin :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali menitis jugak air mata tapi bila teringat semula seksa arwah di sana, cepat-cepat kesat air mata

      Delete
  9. Innalillahi wainnalillahi rojiun... arwah dah lepas azab kubur.. kita belum tentu lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Firah...macam mana dengan nasib kita pun, kita tak tahu

      Delete
  10. Allahuakbar ... Sedih nyer baca ...
    Mari teruskan perjuangan arwah TGNA ...
    Hentikan fitnah ...

    ReplyDelete
  11. kalau Allah diketepikan, manusia itu sudah tudak berjasad pun tetap dimusuhi atau didengki. Pokok pangkalnya kita sendiri.

    Salam takziah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...